::Diari Si Kotak Hati::
Assalamualaikum


Welcome to my Kotak Hati. Fahami aku dalam tulisanku.


Stuff Diary About Him Site


Owner

Miss Novelist




Hati terasa sepi bila ku jauh dari sentuh cintamu.
Ingin selalu ada dekatmu,
selalu ada di hatimu.


Mr Photographer



You're my love, you're my life
You're my everything I need.
I give you my heart
I give you my soul
In every way


My Precious



Pinky Promise!
You are always my sister,
forever my best friend.
Love you.

#KandaDinda



Lagu sendiri
Manuskrip siap!
Koleksi novel
Jadi novelis
Guitar
Honda City
Trip to Langkawi
Europe, here I come!
Travel to Istanbul
Travel to Australia
Jadi bestfriend AHR
Car license
Iphone
Kedai hadiah
Mirrorless Camera
Mr Photographer!
Jumpa Kanda Kesayangan
Nikah tanpa couple



Missing You..


Missing you, Onni..
Ya Allah, ubahlah rasa rindu ini,
menjadi kekuatan buat Onni..
Tabahkan hatinya..
Bahagiakanlah dia dengan hikmah yang tiada tara..
Selepas berat dugaan yang Engkau turunkan..
Aku percaya..
Tiada kasih yang lebih besar melainkan kasih-Mu..
Tiada cinta yang lebih agung melainkan cinta-Mu..


Miss you
With Love
-Eqa-

Labels: ,




Tak Sanggup Lagi..



Aku tak sanggup lagi melihat kesedihan itu. 
Apatah lagi melihat air mata yang tak henti mengalir. 

Ya, Allah.. 
Kau ringankanlah beban dalam hatinya. 
Kuatkanlah Onni, Ya Allah..
Moga ada sinar baharu buat Onni dan anak-anak..

Amin.

Labels: ,




Dear, Onni. With Love, Eqa.


Sabtu.
3 Ogos 2019.

Aku tanpa khabar berita dari Onni sejak beberapa hari yang lalu. Risau tak menentu. Tapi, setiap kali aku nampak dia update status whatsapp, kiranya itu boleh melegakan sedikit kerisauan aku. Dan aku cuma akan renung skrin phone (ruang chat whatsapp kami) kalau nampak Onni ‘online’ kat situ, pun itu juga dapat menghilangkan sedikit kegusaran.

Rindu.
Tapi, takde rindu yang dapat menandingi rasa rindu Onni pada arwah suami.

Dear, Onni..
Take your time..
Stay strong, okay?
ALLAH will always be there for you.
You will get threw this.
You will be alright.
Everything will be okay.
Amin.

Dan.

Masa berlalu dan akan menyembuhkan sedikit demi sedikit kepedihan itu. Insya-Allah. Cuma yang tinggal adalah segala ingatan tentang arwah yang pastinya tak akan pernah hilang. Cuma itu satu-satunya pengubat rindu.

Keep moving on, Onni. Eqa tahu Onni wanita yang cukup kuat untuk menempuh hari-hari sukar dalam hidup Onni..

Tapi.

Maafkan andai Onni merasa bahawa Eqa telah menghilang pada waktu-waktu sukar begini. Sesungguhnya, Eqa yang tak kuat untuk support Onni. Eqa risau kehadiran Eqa cuma akan menyinggung hati dan membuatkan Onni melemah lagi. But, I will never stop praying for you. You are always in my dua’s. Stay strong kesayangan hamba.. 

Maaf.. Eqa tak mampu berbuat apa-apa di kejauhan ini. Eqa cuma mampu kirim doa buat Onni dan anak-anak juga buat arwah suami. Moga Allah perkenankan.


With love,
Eqa.

Labels:




Sakit



Ya Allah..
Sakitnya aku rasa, Ya Allah..
Sakitnya aku melihat kesedihannya..
Berat dugaan itu..
Kuatkan Onni, Ya Allah.
Bantulah Onni melawan keperitannya.
😢

Labels:




Kuatkan Onni, Ya Allah..




Ya Allah,
Hendak kuluahkan kesedihan ini,
aku tak tahu harus pada siapa..
Kau maha mendengar dan lebih mengetahui, Ya Allah..
Sesungguhnya, apa yang aku rasa saat ini,
adalah kesedihan yang mendalam..
Apatah lagi buat Onni.
Pasti tak tertanggung pilunya.

Sejak semalam, emosi aku sangat tidak stabil. Petang itu, aku resah, gelisah tak tentu. Sekejap-sekejap aku pandang skrin phone. Seakan tidak ingin percaya dengan khabar yang aku terima. Ya Allah.. hanya Kau mahu mengetahui peritnya hati aku waktu itu. Tangan aku menggeletar. Kejap aku duduk. Kejap aku berdiri. Kejap aku pandang lagi skrin phone. Aku tak ingin percaya. Jiwa aku sangat tak tenteram.

Aku tak putus-putus istighfar. Tak putus-putus mengucap. Semacam tak tahu apa yang sedang aku lakukan. Sangat tak menentu. Apa yang ada dalam fikiran aku waktu itu hanyalah "Onni"..

Ya Allah.. 
kuatkanlah Onni, kuatkanlah anak-anak dia..
Ya Allah.. 
tabahkan hati mereka..
Aku tak sanggup, Ya Allah..
Keadaan itu pasti benar-benar pahit buat Onni..
Besar sungguh dugaannya, Ya Allah.

Aku tak tahu. Hati aku benar-benar sakit. Sampai ke hari ini, fikiran aku tak menentu setiap kali memikirkan berita duka itu. Tempiasnya benar-benar terkesan dekat hati aku. Walaupun aku tak pernah sekalipun bertemu dengan orangnya, tapi mereka terasa benar-benar dekat dengan hati aku. Kerana Onni orang paling dekat dengan aku. Sangat dekat dalam hati aku. Aku rasa simpati. Aku rasa sebak. Aku rasa sedih teramat.

Ya Allah,
Kuatkan Onni, Ya Allah..
Jika aku masih punya kekuatan, ambillah Ya Allah..
Sampaikan pada Onni..
Salurkan kepadanya semua kekuatan yang aku ada..
Aku cuma minta dia kuat, Ya Allah..

Dan.

Aku tahu.
Keadaan pasti tak sama lepas ni.
Tak apa..
Asalkan Onni kuat untuk teruskan hidup dia, Ya Allah..
Itu je aku mintak, Ya Allah..
Sembuhkan kesedihannya, Ya Allah..
Ubati lukanya..
Tabahkan dia..
Jaga dan lindungilah dia..
Berikanlah dia rasa masih punya segala-galanya..
Peluklah dia, Ya Allah..
dengan kasih dan cinta-Mu.


Innalillahi Wa Inna Ilahi Rojiun..
AL-FATIHAH buat arwah suami Onni yang telah kembali ke rahmatullah (31 Julai 2019). Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah SWT yang beriman. Tenanglah di sana. Amin..


Labels:




Bawalah Aku Pulang

Ya Allah,
Aku bukan hamba-Mu yang sempurna,
Akulah pendosa yang tak pernah tenang hidupnya,
Aku benar-benar mohon pada-Mu kali ini Ya Allah..
Hadirkanlah ketenangan itu..
Tunjukkanlah aku sebenar-benar hikmah,
Atas segala yang Engkau takdirkan ini..
Apakah kesunyian yang Engkau masukkan ke dalam hati hamba ini 
adalah selautan kasih dan rindu-Mu terhadapku?
Andai benar, Ya Allah..
Ya..
Aku sedang berusaha kembali kepada-Mu
Bawalah aku pulang, Ya Allah..
Dan jangan Kau bolak-balikkan hati hamba,
Aku tidak sanggup hidup berdosa lagi, Ya Allah..
Kerana apa yang aku rasa sepanjang itu,
Sangat tidak menyenangkan..
Aku hilang semua orang yang aku sayang..
Atas dosa dan kesalahanku jua,
Aku tidak ingin lagi, Ya Allah..
Bawalah aku pulang..
Kesunyian ini benar-benar menekan,
Dosaku ini benar-benar menghimpit,
Pimpin aku kembali mencintai-Mu.
Bawalah aku pulang kepada-Mu.

Labels:




Sahabat



Sahabat,
banyak yang telah hilang antara kita,
kerana waktu yang selalu cemburu,
kerana sayang tak selamanya sama,
kerana rindu lambat-laun akan pergi,
dan hati perlahan-lahan tawar..

Meski begitu..
aku mahu kekal di sini,
walau yang tinggal hanya kenangan kita,
dan yang pergi cuma,
waktu yang bukan milik kita lagi..

Sahabat,
aku akan tetap di sini,
seperti bintang yang tak pernah meninggalkan langitnya.



Sayang kamu sahabatku..










XoXo
-Miss Novelist-


Labels:




Maafkan Aku





Kepada insan yang aku tinggalkan..


Ketika aku menyedari yang aku sedang terperangkap dalam jalan cerita yang salah, aku masih berusaha untuk menjadikan segalanya kelihatan indah di mata semua orang yang mendampingiku. Aku masih cuba untuk menutup jurang dan memecahkan dinding yang memisahkan aku dengan mereka. Aku masih cuba untuk menutup lubang-lubang keretakan dalam hubungan yang sedang berantakan.

Tetapi ada kalanya, apabila tiba suatu saat, aku mulai bosan untuk menutup segala keretakan itu. Aku bosan dengan kekecewaan dan kemarahan yang terbuku dalam hati ini.

Saat keadaan mulai tidak terkawal dan hati sudah tidak mampu untuk aku tenangkan, jalan paling mudah yang aku temui hanyalah dengan pergi meninggalkan semuanya. Kerana aku sudah tidak bertemu sebarang penyelesaian untuk memperbaiki hubungan kita yang sedang perlahan-lahan karam. Aku juga tidak nampak sebarang alasan untuk terus kekal bersama kamu apabila hati ini terus terluka hari demi hari. Aku tidak nampak  jalan lain yang membolehkan aku untuk terus bertahan.

Dalam proses meninggalkan semua itu, aku sedar bahawa aku sebenarnya turut menyakiti kamu. Aku bertindak seakan perasaan kamu tidak penting bagi aku. Aku bertindak seolah-olah aku merasakan kamu layak untuk merasai kesakitan itu, sama seperti apa yang aku rasa selama ini. Aku bertindak seakan-akan aku adalah mangsa keadaan dan kamu adalah penjenayahnya. Sesungguhnya, aku sedar bahawa aku bersalah dan mementingkan diri sendiri. Maafkan aku.

Maafkan aku kerana meninggalkan kamu. Maafkan aku kerana menyinggung perasaan dan melukai hatimu. Maafkan aku kerana meluahkan semua yang terbuku dalam hati dan fikiranku tanpa bertimbang rasa terhadap perasaanmu yang mungkin terluka dengan kata-kataku. Maafkan aku kerana terus membiarkan kamu tenggelam bersama kekecewaan terhadapku. Maafkan aku kerana masih memilih untuk pergi, walaupun kamu dan ramai lagi yang masih berharap agar aku terus kekal bertahan.

Aku belajar untuk percaya, bahawa pilihan yang kita buat dalam hidup ini suatu hari nanti pasti akan membawa kita berdiri tepat di tempat yang sepatutnya. Aku belajar untuk percaya, tidak kira sama ada keputusan yang kita ambil itu betul mahupun salah, pada akhirnya, ia akan mengajar kita untuk menjadi lebih kuat dan lebih bijak memilih.

Aku juga percaya bahawa 'masa' akan selalu menjadi 'teman terbaik' kita. Masa akan menyembuhkan segala luka. Masa juga menjadikan kita lebih kuat dengan cara tersendiri.

Aku menyedari bahawa aku takkan berdaya untuk maju ke depan jika aku masih berpegang pada kepahitan yang aku bawa dari masa lalu. Dan aku juga telah memaafkan semua orang yang aku tinggalkan. Aku turut memaafkan diri sendiri dengan harapan kamu juga akan memaafkan aku.

Aku berharap agar suatu hari nanti kamu akan mengerti dengan keputusan ini meski hakikatnya aku juga tidak mahu segalanya berakhir begini. Semoga kamu juga sedar akan alasan kenapa aku tidak memilih untuk kekal bersama kamu malah memilih jalan sebaliknya. Sebelah hatiku sebenarnya masih ingin berada di situ, bersama kamu. Cuma aku tidak berdaya lagi.

Aku berharap yang suatu hari nanti, apabila kita kembali menoleh ke masa lalu, kita akan saling mengenang waktu-waktu indah yang kita kongsi bersama, bukannya saat-saat yang melukakan. Malah aku juga akan terus berharap, yang kita akan bertemu di persimpangan jalan yang sama dan saat itu kita masih lagi berteman.

Aku pasrah dan menerima dengan sepenuh hati segala apa yang terjadi. Perlahan-lahan, aku percaya yang aku bakal bertemu dengan kebahagiaan yang aku cari. Perlahan-lahan, aku percaya perjalanan hidup aku akan terungkai satu demi satu dan membawa aku berdiri lebih dekat dengan segala impianku.

Aku belajar menghapuskan segala keegoan dengan mengaku bersalah atas apa yang telah terjadi antara kita. Kerana tidak ada yang lebih manis selain hidup dalam ketenangan hati dan bebas dari segala perasaan bersalah serta kemarahan. Tidak ada yang lebih baik selain melepaskan diri dari semua itu.

Dan dengan memaafkan, aku mampu tersenyum lagi mulai hari ini.
Terima kasih atas segalanya.




Terus sayang..
XoXo

-Miss Novelist-


Labels: , ,




Ingin Selalu



Dari matamu
Keningmu bibirmu
Memberikan senyuman padaku
Untuk rasa indah

Walau segala yang ada di mata
Takkan pernah mengubah hatiku 
Untuk inginkanmu

Tapi bagaimana?
Untukku mendapatkan semua jiwamu
Untuk kau bersamaku selalu

Mengapa?
Sukarnya untukku membuang
Perasaan cintaku padamu

Mengapa?
Dirimu mengikat ragaku
Sehingga hatiku ingin selalu denganmu


Hari ini aku menulis tentang kamu. 
Setelah hampir enam tahun berlalu...

Sehingga hari ini, terasa inilah kali pertama aku menulis lagi sesuatu tentang kamu. Sesuatu yang aku kira hanya menjadi kenangan buat aku.

Pernah aku berharap..
Agar suatu hari nanti kita akan bersua lagi dan mungkin itulah kesempatan untuk aku wujudkan kembali cerita kita yang pernah terhenti.

Namun.

Yang aku dapat dari harapanku kini cuma air mata. Harapan yang tinggal berlalu dibawa angin. Kesempatan itu kau bawa pergi bersamamu. Terasa seperti aku sedang kepatahan sayap saat ini. Mengapa?

Setiap kali aku memikirkanmu, yang datang kepadaku hanyalah kesedihan. Mengapa? Mungkinkah kesedihan itu sebenarnya penyesalan? Penyesalan kerana aku tidak mempertahankan kisah kita yang lalu. Penyesalan kerana aku tidak berusaha untuk mewujudkan kembali kasih sayang kita yang aku tinggalkan begitu saja. Penyesalan kerana aku tidak berdaya untuk merapatkan kembali jurang antara kita.

Benar. Rasa ini sebenarnya penyesalan.

Sedangkan aku sejujurnya ingin selalu bersama kamu, menyayangi kamu hingga ke akhir hayat, namun aku tidak mampu mengubah keadaan kita. Hingga akhirnya aku terlambat.

Maafkan aku kerana tidak mampu menatap kamu buat kali terakhir.
Maafkan aku..

Moga penyesalan ini menjadikan aku seorang yang lebih menghargai. Tenanglah kamu di sana wahai kesayangan. Meski masih sukar untukku terima, namun waktu akan menyembuhkan. Terima kasih untuk masa lalu kita yang cukup indah di mata aku. Dan pemergianmu juga terlihat begitu indah di mata setiap insan yang menyayangimu. Alhamdulillah, kamu insan yang disayangi ramai wahai kesayangan. Semua insan mendoakan syurga buatmu. Insya-ALLAH.

Terima kasih untuk segalanya. 
Dan akan aku tebus penyesalan ini andai kesempatan mengizinkan.
Sampai kita bertemu lagi, aku pasti akan selalu merinduimu. Dan ingin selalu merinduimu.


p/s :


"BamBam teristimewa pemberianmu.."
Terima kasih Kak Zara.


XoXo
Adikmu,
-Miss Novelist-

Labels:




Pernahkah "Kau" Rasa?


Pernahkah kau rasa?
Tersekat.
Terperangkap.
Terjerat dengan realiti?

Kadang-kadang kau teringin melangkah seperti orang lain.
Mengembara..
Menyambung pelajaran..
Memiliki..
Berkahwin..
Mempunyai anak..
Menjalani hari-hari tua bersama seseorang..

Di saat semuanya realiti bagi mereka,
ianya hanya fantasi pada kau.
Terkadang terbuai fantasi, bila tersedar.. realiti merangkul kau semula.
Kaki yang ingin melangkah, ditarik semula pada saat terdengar suara hati yang berbisik..

"Itu bukan tempatmu, kau tidak layak berada di situ.."

Benarkah?
Kau mula keliru.

Di saat hanya ada satu jalan yang tersedia, jalan yang seakan jauh perjalanannya, jalan yang mungkin akan memerangkap kau semula di kemudian hari, muncul satu jalan yang lebih selamat, yang memberi kau peluang untuk bebas. Namun jalan yang selamat tidak mudah, tetap ada syaratnya.

Apa yang ada pada kau, belum cukup untuk memenuhi syarat-syarat itu, namun engkau masih berusaha mencari cara untuk memenuhinya, agar jalan itu mampu kau lalui dengan lapang dada. Sayangnya, jika jalan selamat itu juga mungkin akan membuatkan kau tersungkur, maka jalan yang awal tadi pasti akan menjadi pilihan seterusnya untuk kau lalui jua. Jalan yang mungkin memerangkap kau di kemudian hari.

Dan.
Kau kuatkan hati, kau bisikkan pada diri..
"Begitulah hidup, setiap orang berbeza ujian. Ini ujian bagiku. Insya-ALLAH tidak kira jalan apa yang aku pilih, selagi masih berpaut pada-Nya, pasti akan muncul sinar di penghujung jalan."

Lalu.
Kau teruskan hidup dengan senyuman, meskipun payah. 
Berusaha untuk tetap mensyukuri apa yang ada, menghargai setiap detik yang dimiliki dan terus berdoa untuk harapan baru.

Jika kau pernah merasakan itu, 
maka demikian juga aku pada saat ini.
Semoga kita sama-sama bertemu bahagia di kemudian hari.



p/s : "Kali ini, aku ikhlas melepaskanmu."






XoXo
-Miss Novelist-



Labels: ,