|
Assalamualaikum Owner ![]() Mr Photographer ![]() You're my love, you're my life My Precious ![]() Pinky Promise!
| Maafkan Aku Kepada insan yang aku tinggalkan..
Ketika aku menyedari yang aku sedang terperangkap dalam jalan cerita yang salah, aku masih berusaha untuk menjadikan segalanya kelihatan indah di mata semua orang yang mendampingiku. Aku masih cuba untuk menutup jurang dan memecahkan dinding yang memisahkan aku dengan mereka. Aku masih cuba untuk menutup lubang-lubang keretakan dalam hubungan yang sedang berantakan.
Tetapi ada kalanya, apabila tiba suatu saat, aku mulai bosan untuk menutup segala keretakan itu. Aku bosan dengan kekecewaan dan kemarahan yang terbuku dalam hati ini.
Saat keadaan mulai tidak terkawal dan hati sudah tidak mampu untuk aku tenangkan, jalan paling mudah yang aku temui hanyalah dengan pergi meninggalkan semuanya. Kerana aku sudah tidak bertemu sebarang penyelesaian untuk memperbaiki hubungan kita yang sedang perlahan-lahan karam. Aku juga tidak nampak sebarang alasan untuk terus kekal bersama kamu apabila hati ini terus terluka hari demi hari. Aku tidak nampak jalan lain yang membolehkan aku untuk terus bertahan.
Dalam proses meninggalkan semua itu, aku sedar bahawa aku sebenarnya turut menyakiti kamu. Aku bertindak seakan perasaan kamu tidak penting bagi aku. Aku bertindak seolah-olah aku merasakan kamu layak untuk merasai kesakitan itu, sama seperti apa yang aku rasa selama ini. Aku bertindak seakan-akan aku adalah mangsa keadaan dan kamu adalah penjenayahnya. Sesungguhnya, aku sedar bahawa aku bersalah dan mementingkan diri sendiri. Maafkan aku.
Maafkan aku kerana meninggalkan kamu. Maafkan aku kerana menyinggung perasaan dan melukai hatimu. Maafkan aku kerana meluahkan semua yang terbuku dalam hati dan fikiranku tanpa bertimbang rasa terhadap perasaanmu yang mungkin terluka dengan kata-kataku. Maafkan aku kerana terus membiarkan kamu tenggelam bersama kekecewaan terhadapku. Maafkan aku kerana masih memilih untuk pergi, walaupun kamu dan ramai lagi yang masih berharap agar aku terus kekal bertahan.
Aku belajar untuk percaya, bahawa pilihan yang kita buat dalam hidup ini suatu hari nanti pasti akan membawa kita berdiri tepat di tempat yang sepatutnya. Aku belajar untuk percaya, tidak kira sama ada keputusan yang kita ambil itu betul mahupun salah, pada akhirnya, ia akan mengajar kita untuk menjadi lebih kuat dan lebih bijak memilih.
Aku juga percaya bahawa 'masa' akan selalu menjadi 'teman terbaik' kita. Masa akan menyembuhkan segala luka. Masa juga menjadikan kita lebih kuat dengan cara tersendiri.
Aku menyedari bahawa aku takkan berdaya untuk maju ke depan jika aku masih berpegang pada kepahitan yang aku bawa dari masa lalu. Dan aku juga telah memaafkan semua orang yang aku tinggalkan. Aku turut memaafkan diri sendiri dengan harapan kamu juga akan memaafkan aku.
Aku berharap agar suatu hari nanti kamu akan mengerti dengan keputusan ini meski hakikatnya aku juga tidak mahu segalanya berakhir begini. Semoga kamu juga sedar akan alasan kenapa aku tidak memilih untuk kekal bersama kamu malah memilih jalan sebaliknya. Sebelah hatiku sebenarnya masih ingin berada di situ, bersama kamu. Cuma aku tidak berdaya lagi.
Aku berharap yang suatu hari nanti, apabila kita kembali menoleh ke masa lalu, kita akan saling mengenang waktu-waktu indah yang kita kongsi bersama, bukannya saat-saat yang melukakan. Malah aku juga akan terus berharap, yang kita akan bertemu di persimpangan jalan yang sama dan saat itu kita masih lagi berteman.
Aku pasrah dan menerima dengan sepenuh hati segala apa yang terjadi. Perlahan-lahan, aku percaya yang aku bakal bertemu dengan kebahagiaan yang aku cari. Perlahan-lahan, aku percaya perjalanan hidup aku akan terungkai satu demi satu dan membawa aku berdiri lebih dekat dengan segala impianku.
Aku belajar menghapuskan segala keegoan dengan mengaku bersalah atas apa yang telah terjadi antara kita. Kerana tidak ada yang lebih manis selain hidup dalam ketenangan hati dan bebas dari segala perasaan bersalah serta kemarahan. Tidak ada yang lebih baik selain melepaskan diri dari semua itu.
Dan dengan memaafkan, aku mampu tersenyum lagi mulai hari ini.
Terima kasih atas segalanya.
Terus sayang..
XoXo
-Miss Novelist-
Labels: Friendship, Life, Love Ingin Selalu
Dari matamu
Keningmu bibirmu
Memberikan senyuman padaku
Untuk rasa indah
Walau segala yang ada di mata
Takkan pernah mengubah hatiku
Untuk inginkanmu
Tapi bagaimana?
Untukku mendapatkan semua jiwamu
Untuk kau bersamaku selalu
Mengapa?
Sukarnya untukku membuang
Perasaan cintaku padamu
Mengapa?
Dirimu mengikat ragaku
Sehingga hatiku ingin selalu denganmu
Hari ini aku menulis tentang kamu.
Setelah hampir enam tahun berlalu...
Sehingga hari ini, terasa inilah kali pertama aku menulis lagi sesuatu tentang kamu. Sesuatu yang aku kira hanya menjadi kenangan buat aku.
Pernah aku berharap..
Agar suatu hari nanti kita akan bersua lagi dan mungkin itulah kesempatan untuk aku wujudkan kembali cerita kita yang pernah terhenti.
Namun.
Yang aku dapat dari harapanku kini cuma air mata. Harapan yang tinggal berlalu dibawa angin. Kesempatan itu kau bawa pergi bersamamu. Terasa seperti aku sedang kepatahan sayap saat ini. Mengapa?
Setiap kali aku memikirkanmu, yang datang kepadaku hanyalah kesedihan. Mengapa? Mungkinkah kesedihan itu sebenarnya penyesalan? Penyesalan kerana aku tidak mempertahankan kisah kita yang lalu. Penyesalan kerana aku tidak berusaha untuk mewujudkan kembali kasih sayang kita yang aku tinggalkan begitu saja. Penyesalan kerana aku tidak berdaya untuk merapatkan kembali jurang antara kita.
Benar. Rasa ini sebenarnya penyesalan.
Sedangkan aku sejujurnya ingin selalu bersama kamu, menyayangi kamu hingga ke akhir hayat, namun aku tidak mampu mengubah keadaan kita. Hingga akhirnya aku terlambat.
Maafkan aku kerana tidak mampu menatap kamu buat kali terakhir.
Maafkan aku..
Moga penyesalan ini menjadikan aku seorang yang lebih menghargai. Tenanglah kamu di sana wahai kesayangan. Meski masih sukar untukku terima, namun waktu akan menyembuhkan. Terima kasih untuk masa lalu kita yang cukup indah di mata aku. Dan pemergianmu juga terlihat begitu indah di mata setiap insan yang menyayangimu. Alhamdulillah, kamu insan yang disayangi ramai wahai kesayangan. Semua insan mendoakan syurga buatmu. Insya-ALLAH.
Terima kasih untuk segalanya.
Dan akan aku tebus penyesalan ini andai kesempatan mengizinkan.
Sampai kita bertemu lagi, aku pasti akan selalu merinduimu. Dan ingin selalu merinduimu.
p/s :
"BamBam teristimewa pemberianmu.." Terima kasih Kak Zara. XoXo Adikmu, -Miss Novelist- Labels: Love Pernahkah "Kau" Rasa?
Pernahkah kau rasa?
Tersekat.
Terperangkap.
Terjerat dengan realiti?
Kadang-kadang kau teringin melangkah seperti orang lain.
Mengembara..
Menyambung pelajaran..
Memiliki..
Berkahwin..
Mempunyai anak..
Menjalani hari-hari tua bersama seseorang..
Di saat semuanya realiti bagi mereka,
ianya hanya fantasi pada kau.
Terkadang terbuai fantasi, bila tersedar.. realiti merangkul kau semula.
Kaki yang ingin melangkah, ditarik semula pada saat terdengar suara hati yang berbisik..
"Itu bukan tempatmu, kau tidak layak berada di situ.."
Benarkah?
Kau mula keliru.
Di saat hanya ada satu jalan yang tersedia, jalan yang seakan jauh perjalanannya, jalan yang mungkin akan memerangkap kau semula di kemudian hari, muncul satu jalan yang lebih selamat, yang memberi kau peluang untuk bebas. Namun jalan yang selamat tidak mudah, tetap ada syaratnya.
Apa yang ada pada kau, belum cukup untuk memenuhi syarat-syarat itu, namun engkau masih berusaha mencari cara untuk memenuhinya, agar jalan itu mampu kau lalui dengan lapang dada. Sayangnya, jika jalan selamat itu juga mungkin akan membuatkan kau tersungkur, maka jalan yang awal tadi pasti akan menjadi pilihan seterusnya untuk kau lalui jua. Jalan yang mungkin memerangkap kau di kemudian hari.
Dan.
Kau kuatkan hati, kau bisikkan pada diri..
"Begitulah hidup, setiap orang berbeza ujian. Ini ujian bagiku. Insya-ALLAH tidak kira jalan apa yang aku pilih, selagi masih berpaut pada-Nya, pasti akan muncul sinar di penghujung jalan."
Lalu.
Kau teruskan hidup dengan senyuman, meskipun payah.
Berusaha untuk tetap mensyukuri apa yang ada, menghargai setiap detik yang dimiliki dan terus berdoa untuk harapan baru.
Jika kau pernah merasakan itu,
maka demikian juga aku pada saat ini.
Semoga kita sama-sama bertemu bahagia di kemudian hari.
p/s : "Kali ini, aku ikhlas melepaskanmu."
XoXo
-Miss Novelist-
Pesan
Assalamualaikum..
Pesan buat insan tersayang.
Di saat ku tiada nanti
Tiada lagi di sisimu
Jangan kau bersedih dan menangis
Engkau insan yang kusayang
Yang paling kukasih dirimu
Amat bererti di hidupku
Nanti di akhir nafasku
Lihatlah ku buat kali yang terakhir
Doa doakanlah aku
Di saat aku menghadap-Nya
Jaga dirimu, sayangku
Di saatku bila tiada di sisimu
Semoga cinta kita kan bersama
di hatimu...
Jadikan aku yang terakhir
Sampai nafasku terhenti di hujung waktu
Saat kukirim cinta yang abadi...
Mungkin tiada kesempatan buat aku mengungkapkan, cuma aku berharap dengan bait-bait lagu ini dapat kuzahirkan pesan hati buat kamu.. mungkin buat terakhir kali, menjadi tatapan kamu suatu saat nanti.. saat aku tiada lagi di sisimu. Jaga dirimu selalu. Sampai bertemu kembali.
Aku sayang kamu.
XoXo
-Miss Novelist-
Labels: Friendship, Life, Love --Warkah Cinta Usang--
--Tweet!--
Setelah sekian lama, baru tadi aku berkesempatan menyelongkar semula blog lama yang telah aku private kan dari bacaan umum. Blog yang penuh dengan kenangan dan ingatan. Nak buang, aku sayang pulak jadi aku private kan aje untuk menjadi tatapan aku di kemudian hari. Dan buktinya tadi, aku menyelongkar semula blog tu.
Hasilnya, aku terjumpa sesuatu yang amat bermakna dalam hidup aku iaitu sebuah warkah lama yang dihadiahkan oleh seseorang suatu masa lalu. Ingin aku kongsikan di sini kerana sampai ke saat ini, aku tidak pernah mahu untuk melupakannya.
Mungkin ini yang kamu tunggu-tunggu... Penjelasan dari aku yang kian lama telah kamu nantikan... Aku sering dihantui rasa bersalah atas apa yang berlaku di antara kita.. Bukan niatku untuk mengecewakan dan menghampakan harapan kamu...
Salah aku ker jika ada orang yang jatuh hati pada aku? Sungguh aku tidak pernah memaksa untuk kamu menyenangi diriku lantas merindui dan menyayangi diriku.. Bukan niat aku untuk menolak cinta kamu, namun aku tidak merasa diriku cukup sempurna dan baik untuk diri kamu... Aku takut aku tidak dapat memberi yang terbaik untuk kamu... Aku terlalu banyak kekurangan... Siapa yang tidak ingin dicintai dan disayangi malah aku bahagia bila kamu menyayangi aku.. Namun seperti apa yang aku katakan, aku takut aku tidak cukup sempurna untuk diri kamu...
Dan aku takut untuk bercinta... Aku takut bila dikecewakan sebab aku pernah melaluinya suatu ketika dahulu dan kamu pasti tahu bahawa ianya amat menyakitkan...
Mungkin ada terlintas di hatiku untuk menerima cintamu dan memberikan sepenuh kasih sayangku terhadapmu... Aku tidak sesempurna lelaki lain dalam percintaan.. mungkin kamu akan rasa diabaikan jika kamu bersama ku.. kerana aku bukan jenis yang suka bersms dan berdating... Hurm..aku buntu..
Aku juga takut jika kamu bersama ku, kamu akan terlepas peluang untuk bersama dengan seseorang yang lebih baik hanya kerana kamu sudah mengikat janji kasih dan sayang dengan diriku.. aku tidak mahu itu untuk terjadi.. biarlah aku yang sentiasa mengalah kerana aku sentiasa mahukan yang terbaik untuk orang yang tersayang, iaitu kamu... sungguh diriku menyayangi dirimu namun mencintaimu tak bermakna aku harus memiliki dirimu... asalkan kamu bahagia aku cukup bahagia.. namun, hanya satu yang aku minta, jaga dirimu baik-baik, tingkah laku dan sopanmu... insyaAllah jika kamu tak berjumpa lagi dengan seseorang yang dicintai, jika ada jodoh mungkin kita akan bersama..
Aku tidak berjanji namun aku pasti akan memiliki dirimu dan kamu akan memiliki diriku jika aku telah berkemampuan nanti..
Salam…
Tika aku membacanya kembali, sungguh, air mataku tiba-tiba tumpah membelah pipi. Bukan kerana aku bersedih di atas penolakkan cintanya terhadap diriku, namun aku menangis kerana aku cukup terharu di atas pengorbanan cinta yang telah dia berikan.
Meskipun kini aku tidak mengikat janji kasih dan cinta terhadapnya, namun entah kenapa hati ini masih setia menunggu walau tanpa dia sedari. Ya…tanpa dia sedari. Setiap kali dia ada, aku berusaha menutup rasa. Aku berusaha melihatnya sebagai seorang sahabat di kala suka dan duka. Dan aku sering percaya bahawa Allah SWT lebih tahu apa yang terbaik untukku. Jadi mulai saat ini, aku tak ingin terburu-buru!
Dan aku juga tahu bahawa Allah SWT itu sedang menguji. Jadi, bersabarlah wahai hati… Allah SWT itu punya rencana tersendiri.
“Ya Allah, Engkau telah membuka pintu hatiku untuk benar-benar tulus mencintai seseorang. Di mana aku hanya mencintai dan merinduinya di dalam hati. Dan kepercayaan ini aku sandarkan kepadaMu, di mana aku yakin bahawa Engkau akan menganugerahkan aku cinta yang terbaik. Hindari aku untuk bercinta di jalan yang salah. Hindari aku dari perasaan yang bergelora. Kau berkatilah cinta hambaMu ini ya Allah. Sesungguhnya Engkau menciptakan Hawa itu hanya untuk Adam. Begitu juga Engkau menciptakan lelaki untuk perempuan. Sekiranya benar dia yang kutunggu adalah jodoh yang telah Engkau tetapkan untukku, Kau bimbinglah kami untuk menjalani cinta yang luhur dan suci. Kau bantulah kami untuk terus setia dan kekal dalam perasaan ini. Perasaan di mana hanya hati kami yang mengetahui. Ya Allah…kuserahkan segalanya kepadaMu, kerana yang memberi cinta ke dalam hati manusia itu adalah Engkau. Jadi, aku tidak mahu cinta ini melebihi batas cintaku terhadapMu. Tunjukkanlah aku seluas-luas jalan penyelesaian dan mudah-mudahan aku bertemu jodoh yang membimbing aku ke jalanMu. InsyaAllah…”
Tidak sia-sia aku menemukan kembali warkah ini, kerana ia membuatkan aku sedar akan perkara yang lebih bermakna dalam hidup iaitu cinta. Cinta kepada pencipta adalah yang utama sebelum Allah SWT memberikan cinta ke dalam hati kita sebagai hambaNya.
Terima kasih aku ucapkan di atas warkah usang ini, tiada apa yang lebih bermakna selain mendoakan insan yang kita cintai walau hanya di dalam hati. Tak apalah kalau dia tak tahu sekalipun, yang penting itulah sebaik-baik dalam percintaan duniawi. Peace~
xoxo
-Miss Novelist-
Labels: Love Perasaanku Di Situ
Saat menulis entri ni, aku sedang melayan lagu Dahsyat nyanyian Mojo. Liriknya mampu membuatkan aku menangis. Yup, dah tajuknya pun nama DAHSYAT. Perasaannya pun terasa dahsyat...!
Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu
Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Kita dua hati
Selamanya takkan terpisah
Kau dan aku
Punya cinta
Paling terindah di dunia
Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlukanmu
Kau cinta selama-lamanya...
Tak ada yang menyedihkan, tapi sebenarnya aku terharu dengan lirik ni. Kalau boleh lagu ni aku nak tujukan kepada semua insan yang aku sayang. Fahamilah dan selamilah. Perasaan aku terletak di dalamnya.
p/s :
Hei, kesayanganku...
Aku mohon jangan pergi..
Menyiksaku dengan rindu..
Jiwa ini perlukanmu...!
xoxo
-Miss Novelis-
Labels: Love Entri Untuk Mak
Mak..
Selamat Hari Ibu..
Terima kasih sebab melahirkan, membesarkan dan menjaga diri ini dan adik-adik sepanjang 22 tahun dengan penuh susah payah. Mak sekolahkan kami, beri pendidikan yang cukup sempurna supaya anak-anak mak jadi anak yang berguna dan dapat menjaga mak dan ayah sampai bila-bila. Semoga dengan berkat rezeki halal yang mak dan ayah berikan sepanjang kehidupan ini, anak-anak mak ni akan berjaya dunia akhirat. Doa-doa dan restu mak ternyata sentiasa mengiringi kami. Terima kasih atas pengorbanan yang tak terhingga dengan harapan saya akan diberi peluang untuk menjaga dan membalas budi mak dan ayah sehingga ke akhirnya.
Rindu mak sangat! :')
XoXo,
Miss Novelist
Labels: Love Tentang Seseorang...
Assalamualaikum...
Hi, hello!
Tengok dari gambar dan tajuk entri, dah semestinya aku ingin bercerita tentang seseorang yang istimewa di hati, Mr. Photographer! Setakat ni dah ramai yang tertanya-tanya siapa si dia 'Mr. P..? Cuma aku belum memberikan sebarang jawapan atas pertanyaan tu. Someday, bila aku rasa perlu dan sesuai, mungkin aku akan bersedia untuk menyatakannya. :)
Entri kali ni cuma ingin bercerita tentang keperibadian si dia yang sentiasa buat hati aku berbunga-bunga... Sorrylah kepada sesiapa yang tak tahan baca entri ni, dipersilakan untuk klik ikon X pada browser anda. Hehe...
Mr. P...
Satu-satunya orang yang jadi tempat aku berkongsi cerita walaupun kami ni tak pernah langsung bersua muka. Bolehlah dikira kami bukan teman yang rapat. Cuma kenal dah hampir setahun dan selalu berkongsi cerita di laman sosial Facebook. Berjumpa tu tak pernah langsung disebabkan kesibukkan masing-masing. Aku tak kisah selagi aku ada tempat untuk bercerita dan selagi ada orang yang sentiasa memberikan nasihat.
Before ni, aku telah mengalami satu musim kejatuhan yang tak pernah aku rasai sebelum ni. Huh, memang tak boleh terimalah saat tu! Bertubi-tubi dugaan datang! Berasak-asak berita sedih menjengah telinga aku. Sebagai insan lemah, sememangnya sudah menjadi lumrah untuk aku mencari balik kekuatan diri dengan bantuan orang-orang sekeliling dan mujur ada si dia ni walaupun pada asalnya aku tak terfikir pun nak luahkan masalah-masalah tu pada dia. Tapi, at last aku mencari dia juga.
Ternyata luahan aku tak sia-sia. Kali ni dia balas mesej aku panjang berjela-jela dan buat pertama kalinya dia buat macam tu. Sekarang ni, aku dalam proses mengenali dia. Jadi, dari mesej tu aku telah memberi satu penilaian pada diri dia. Oh, merendah diri orangnya... :) Memang sudah terbukti.
Kali ini aku rasa dia benar-benar bagi support. Dan aku sangat berterima kasih... Dari kata-kata dia, ia sangat memberikan aku satu motivasi.
"Apabila kita jatuh, berusaha untuk bangun balik. Kita jatuh, kita bangun balik! Jatuh, bangun balik! Tiada jalan lain selain bangun kembali!"
Sweet kan bila ada lelaki pandai bagi nasihat dengan kata-kata macam tu? Ini pertama kali dalam hidup aku pakai nasihat dari lelaki. Selalunya, perempuan bagi nasihat bernas. Jarang dengar lelaki bagi nasihat berguna. Paling-paling pun mereka akan cakap, "Alaaa... chill lah! Enjoy life! Buat apa nak susahkan hati fikir benda-benda macam tu!" Hah, tak ke haru-biru? Hehe...
Okay, aku suka cara dia dan hati ni akan selalu berbunga-bunga kalau teringat pasal dia. Senang cerita, dalam hati aku ni dia dah jadi insan yang istimewa. Harap-harap mak ayah aku terimalah pilihan hati ni. Cuma sekarang, aku hanya menyimpan semua perasaan dalam hati sebab aku percaya kalau dia jodoh aku, dia akan datang pada aku. Berdoa dalam hati... :)
Setakat ni kita orang berkawan aje k... dan aku suka hubungan persahabatan ni. :)
XoXo,
Miss Novelist
Labels: Love Everything I Need
You’re my love, you're my life
you’re my everything I need
I give you my heart
I give you my soul
in every way
Hati merasa sepi
bila ku jauh dari sentuh cintamu
ingin selalu ada dekatmu
selalu ada di hatimu
Jangan tinggalkan dan jangan ku lepaskan
untuk memaluku
dekatku
di setiap detak jantungku
XoXo,
Miss Novelist!
Labels: Love Antara Aku, Dia dan Mereka
Dia adalah orang yang sangat jauh dari aku.
Terlalu tinggi untuk aku gapai.
Terlalu dalam untuk aku selam.
Terlalu jauh untuk aku kejar dalam hidup ini.
Entah kenapa aku terjebak dalam perasaan yang pada hakikatnya sangat mengarut di mata orang lain. Sedang aku tak menganggap perasaan ini main-main. Apabila memikirkan persepsi orang lain dan kemelut perasaan di hati sendiri, aku jadi keliru.
Kalau dia tahu perasaan ini tersimpan kemas untuknya, akankah hubungan kami yang baru bermula sebagai 'kawan' ini akan kekal? Atau dia akan menjauh? Memikirkan kemungkinan-kemungkinan itu, membuatkan aku jadi takut untuk berhadapan dan meluahkan segalanya pada dia.
Ah! Kalau ada yang tahu siapa dia dalam hati aku, pasti aku akan diketawakan orang! Yalah, siapa aku jika hendak dibandingkan dengan dia yang sudah jauh ke depan. Dia sedang memerhatikan ribuan orang yang ada di sekelilingnya, padahal aku adalah di antara orang-orang yang sedang memerhatikan dia seorang. Ibarat jutaan penonton yang menyaksikan seorang penyanyi popular di atas pentas.
Haha, aku mula merepek lagi.
Kalau dalam hati dah ada setaman cinta,
tak mustahil aku nak biarkan ia layu macam tu aje,
Aku akan kejar impian tu dan buang jauh-jauh persepsi orang lain,
Kami dah berjanji, andai suatu hari nanti dengan izin ALLAH kami pasti akan bertemu...
Tak sabar pulak menunggu saat tu.
Bukan senang nak adakan satu pertemuan dengan dia tau.
Hey Mr Photographer!
Awak berhutang dengan saya satu temu janji okay!
XoXo,
Miss Novelist!
Labels: Love Hati Yang Terikat
Kuakui hati ini telah terikat pada kata yang dipanggil 'cinta'. Sehingga hampir setiap hari aku ingin menulis tentangnya. Kerana aku masih tiada kesempatan untuk meluahkannya pada orang yang telah mengikat perasaan ini. Aku hanya mampu menulisnya di sini dengan harapan suatu hari nanti dia akan tahu segala perasaan ni.
Sungguhpun aku telah banyak kali dilamar cinta, baru kali ini aku merasakan satu perasaan yang benar-benar tulus. Kerana itu aku mahu terus menyimpannya dan moga-moga kesucian perasaan yang aku jaga ini tak akan tercela sama sekali. Aku juga berharap TUHAN akan menjaganya untukku.
Memang benar kita akan sakit kerana memendam perasaan ini sendiri tanpa pengetahuan pihak yang lagi satu. Tapi apalah yang terdaya? Kerana yang dicintai itu terlalu sukar untuk digapai. Lalu jadilah aku seperti pungguk rindukan bulan, ibarat menunggu buah yang takkan jatuh. Harap-harap someday akan ada juga sinar untuk aku pertahankan perasaan yang semakin berbunga ni.
Mr Photographer!
Err, nothing. :)
XoXo,
Miss Novelist!
Labels: Love Hanya Pada Dia
Dia kaya, kacak dan romantik! :)
Dia kaya dengan kesabaran, kacak dengan senyuman
dan romantik dengan sifat tenangnya
Semua ini hanya ada pada dia!
.
.
.
.
.
.
.
.
Ya ALLAH, semoga kami dipertemukan suatu hari nanti dan saat itu aku pasti akan mendapatkan jawapan bagi persoalan hati yang sedang bermain kini.
AMIN
XoXo, Miss Novelist! Labels: Love Perbezaan Bukan Penghalang Kebersamaan
Ada kala aku merasakan perbezaan antara kita telah membataskan segalanya.
Sehingga aku harus mengasingkan sekeping hati ini menjauh darimu.
Kau bagaikan kejora indah di dada malam
sedangkan aku hanya mampu melihat dari jauh, untuk menggapaimu apatah lagi.
.
.
.
.
.
Tetapi kini aku sedang memberi pengertian pada sang hati.
Sungguhpun kita tidak mampu sehaluan dalam perbezaan, tetapi kita masih mampu untuk saling melengkapi demi sebuah kebersamaan.
Perbezaan bukan penghalang!
p/s : ...duhai hati, sembuhlah...
XoXo, Miss Novelist! Labels: Love Sekeping Hati
Tidak kira di mana pun kita berada, pada dua tempat yang berbeza, tetapi kita tetap berada di bawah langit yang sama, dua hati yang seringkali jauh sebenarnya akan selalu dekat apabila kita saling mengingati...
.
.
.
.
.
.
Aku akan menunggu perkhabaranmu sampai bila-bila...
XoXo,
Miss Novelist!
Labels: Love |