::Diari Si Kotak Hati::
Assalamualaikum


Welcome to my Kotak Hati. Fahami aku dalam tulisanku.


Stuff Diary About Him Site


Owner

Miss Novelist




Hati terasa sepi bila ku jauh dari sentuh cintamu.
Ingin selalu ada dekatmu,
selalu ada di hatimu.


Mr Photographer



You're my love, you're my life
You're my everything I need.
I give you my heart
I give you my soul
In every way


My Precious



Pinky Promise!
You are always my sister,
forever my best friend.
Love you.

#KandaDinda



Lagu sendiri
Manuskrip siap!
Koleksi novel
Jadi novelis
Guitar
Honda City
Trip to Langkawi
Europe, here I come!
Travel to Istanbul
Travel to Australia
Jadi bestfriend AHR
Car license
Iphone
Kedai hadiah
Mirrorless Camera
Mr Photographer!
Jumpa Kanda Kesayangan
Nikah tanpa couple



Missing You..


Missing you, Onni..
Ya Allah, ubahlah rasa rindu ini,
menjadi kekuatan buat Onni..
Tabahkan hatinya..
Bahagiakanlah dia dengan hikmah yang tiada tara..
Selepas berat dugaan yang Engkau turunkan..
Aku percaya..
Tiada kasih yang lebih besar melainkan kasih-Mu..
Tiada cinta yang lebih agung melainkan cinta-Mu..


Miss you
With Love
-Eqa-

Labels: ,




Tak Sanggup Lagi..



Aku tak sanggup lagi melihat kesedihan itu. 
Apatah lagi melihat air mata yang tak henti mengalir. 

Ya, Allah.. 
Kau ringankanlah beban dalam hatinya. 
Kuatkanlah Onni, Ya Allah..
Moga ada sinar baharu buat Onni dan anak-anak..

Amin.

Labels: ,




Sahabat



Sahabat,
banyak yang telah hilang antara kita,
kerana waktu yang selalu cemburu,
kerana sayang tak selamanya sama,
kerana rindu lambat-laun akan pergi,
dan hati perlahan-lahan tawar..

Meski begitu..
aku mahu kekal di sini,
walau yang tinggal hanya kenangan kita,
dan yang pergi cuma,
waktu yang bukan milik kita lagi..

Sahabat,
aku akan tetap di sini,
seperti bintang yang tak pernah meninggalkan langitnya.



Sayang kamu sahabatku..










XoXo
-Miss Novelist-


Labels:




Maafkan Aku





Kepada insan yang aku tinggalkan..


Ketika aku menyedari yang aku sedang terperangkap dalam jalan cerita yang salah, aku masih berusaha untuk menjadikan segalanya kelihatan indah di mata semua orang yang mendampingiku. Aku masih cuba untuk menutup jurang dan memecahkan dinding yang memisahkan aku dengan mereka. Aku masih cuba untuk menutup lubang-lubang keretakan dalam hubungan yang sedang berantakan.

Tetapi ada kalanya, apabila tiba suatu saat, aku mulai bosan untuk menutup segala keretakan itu. Aku bosan dengan kekecewaan dan kemarahan yang terbuku dalam hati ini.

Saat keadaan mulai tidak terkawal dan hati sudah tidak mampu untuk aku tenangkan, jalan paling mudah yang aku temui hanyalah dengan pergi meninggalkan semuanya. Kerana aku sudah tidak bertemu sebarang penyelesaian untuk memperbaiki hubungan kita yang sedang perlahan-lahan karam. Aku juga tidak nampak sebarang alasan untuk terus kekal bersama kamu apabila hati ini terus terluka hari demi hari. Aku tidak nampak  jalan lain yang membolehkan aku untuk terus bertahan.

Dalam proses meninggalkan semua itu, aku sedar bahawa aku sebenarnya turut menyakiti kamu. Aku bertindak seakan perasaan kamu tidak penting bagi aku. Aku bertindak seolah-olah aku merasakan kamu layak untuk merasai kesakitan itu, sama seperti apa yang aku rasa selama ini. Aku bertindak seakan-akan aku adalah mangsa keadaan dan kamu adalah penjenayahnya. Sesungguhnya, aku sedar bahawa aku bersalah dan mementingkan diri sendiri. Maafkan aku.

Maafkan aku kerana meninggalkan kamu. Maafkan aku kerana menyinggung perasaan dan melukai hatimu. Maafkan aku kerana meluahkan semua yang terbuku dalam hati dan fikiranku tanpa bertimbang rasa terhadap perasaanmu yang mungkin terluka dengan kata-kataku. Maafkan aku kerana terus membiarkan kamu tenggelam bersama kekecewaan terhadapku. Maafkan aku kerana masih memilih untuk pergi, walaupun kamu dan ramai lagi yang masih berharap agar aku terus kekal bertahan.

Aku belajar untuk percaya, bahawa pilihan yang kita buat dalam hidup ini suatu hari nanti pasti akan membawa kita berdiri tepat di tempat yang sepatutnya. Aku belajar untuk percaya, tidak kira sama ada keputusan yang kita ambil itu betul mahupun salah, pada akhirnya, ia akan mengajar kita untuk menjadi lebih kuat dan lebih bijak memilih.

Aku juga percaya bahawa 'masa' akan selalu menjadi 'teman terbaik' kita. Masa akan menyembuhkan segala luka. Masa juga menjadikan kita lebih kuat dengan cara tersendiri.

Aku menyedari bahawa aku takkan berdaya untuk maju ke depan jika aku masih berpegang pada kepahitan yang aku bawa dari masa lalu. Dan aku juga telah memaafkan semua orang yang aku tinggalkan. Aku turut memaafkan diri sendiri dengan harapan kamu juga akan memaafkan aku.

Aku berharap agar suatu hari nanti kamu akan mengerti dengan keputusan ini meski hakikatnya aku juga tidak mahu segalanya berakhir begini. Semoga kamu juga sedar akan alasan kenapa aku tidak memilih untuk kekal bersama kamu malah memilih jalan sebaliknya. Sebelah hatiku sebenarnya masih ingin berada di situ, bersama kamu. Cuma aku tidak berdaya lagi.

Aku berharap yang suatu hari nanti, apabila kita kembali menoleh ke masa lalu, kita akan saling mengenang waktu-waktu indah yang kita kongsi bersama, bukannya saat-saat yang melukakan. Malah aku juga akan terus berharap, yang kita akan bertemu di persimpangan jalan yang sama dan saat itu kita masih lagi berteman.

Aku pasrah dan menerima dengan sepenuh hati segala apa yang terjadi. Perlahan-lahan, aku percaya yang aku bakal bertemu dengan kebahagiaan yang aku cari. Perlahan-lahan, aku percaya perjalanan hidup aku akan terungkai satu demi satu dan membawa aku berdiri lebih dekat dengan segala impianku.

Aku belajar menghapuskan segala keegoan dengan mengaku bersalah atas apa yang telah terjadi antara kita. Kerana tidak ada yang lebih manis selain hidup dalam ketenangan hati dan bebas dari segala perasaan bersalah serta kemarahan. Tidak ada yang lebih baik selain melepaskan diri dari semua itu.

Dan dengan memaafkan, aku mampu tersenyum lagi mulai hari ini.
Terima kasih atas segalanya.




Terus sayang..
XoXo

-Miss Novelist-


Labels: , ,




Bingkisan Buat Kamu



Assalamualaikum.
Aku menulis kembali bingkisan hati ini sekadar untuk mengingatkan serta menyedarkan sesuatu untuk kita renungi di kemudian hari..




Sahabat kusayang,
Hari ini mungkin telah masuk usia setahun perkenalan kita..

Sebelum hubungan kita berlayar semakin jauh meniti usia persahabatan yang kita harapkan, seeloknya aku berterus-terang tentang apa yang mengganggu fikiran kebelakangan ini. Pengalaman lepas telah membuatkan aku berfikir sedalamnya tentang catatan ini. Aku resah andai terus berdiam. Maka, ingin aku luahkan di sini untuk kamu nilaikan.

Insya-ALLAH dengan izin Tuhan, persahabatan ini akan kita layari hingga ke akhir hayat, tetapi kamu pasti tahu bahawa semakin lama kita bersama, kita akan semakin mengenali hati budi masing-masing. Maka di sinilah timbul sekelumit kerisauan di hati aku, seandainya suatu hari kelak atau mungkin sudah di saat ini, kamu mula musykil, sangsi dan ragu atau mungkin juga kamu sudah menyimpan rasa tidak senang dalam hati atas sikap dan hati budiku yang kurang menyenangkan. Ampun dan maaf kupinta. Walau tiada peluang kedua, cukuplah kemaafan dari kamu buat diriku. Sejujurnya ketahuilah, bahawa apa yang paling aku takutkan dalam hidup ini adalah kehilangan kamu, sahabat yang paling aku sayang.

Jauh di sudut hati, tiada niat lain, aku hanya ingin menumpang kasih dan sayang dari dunia maya yang telah aku ciptakan bersama kamu. Dunia yang sejujurnya tidak pernah aku harapkan untuk menyayangi dan disayangi oleh sahabat sebaik kamu, namun sungguh.. dalam rasa tidak menyangka itu, aku akhirnya menemui kamu yang sangat tulus dan jujur dalam menghargai makna sebuah persahabatan.

Andai kata suatu hari nanti, kamu mengambil keputusan untuk meninggalkan aku mungkin gara-gara keterlanjuran sikap dan kejelekan peribadi serta hati budi ini, aku redha kerana itu mungkin pilihan yang tepat buat jalan takdir kita. Tidak akan aku halangi kehendak itu. Aku juga akui, aku bukanlah insan yang baik tetapi aku sedang cuba menjadi insan yang baik walaupun pernah banyak kali aku rebah tersungkur demi mengejar keinginan itu. Maka, aku akan mengerti dan sedayanya menerima jika suatu saat nanti terdetik di hati kamu untuk menjauhkan diri. Jika sampai itu terjadi, aku hanya ingin kamu tahu bahawa kamu akan selalu hidup dalam ingatanku bersama kenangan yang indah-indah. Takkan pernah aku lupakan.

Insya-ALLAH...
Andai kata persahabatan kita berkekalan, pertamanya, terima kasih untuk segala-galanya yang telah kamu curahkan sepanjang perkenalan kita. Terima kasih juga untuk segala-galanya yang akan kamu pertaruhkan demi mempertahankan persahabatan kita di kemudian hari. Tiada apa yang mampu aku berikan, cumalah kasih sayang dan sucinya doa agar kita terus bersama, setia dalam susah dan senang sepanjang bersahabat. Walaupun aku belum mampu menjadi yang terbaik, namun aku akan cuba membahagiakan kamu. 

Sekali lagi, andai kata wujud kesilapan dan selayaknya aku dihukum atas kesilapan itu, aku terima kerana diri ini sebetulnya bukan insan yang baik bahkan tidak sempurna sama sekali. Namun, sekiranya aku layak disayangi atas nama persahabatan ini, maka aku akan berusaha menjadi insan paling bahagia untuk membahagiakan kamu yang telah mengisi satu ruang dalam hatiku. Insya-ALLAH.. 

Kamu yang terbaik di hati aku. Walau jauh tak pernah bersua muka, tapi kehadiran kamu terasa sangat dekat dengan jiwa, terasa sangat serasi dengan hati.




p/s : Lyz... years from now, I hope we are still in each others lives. 
Love you always.





XoXo
-Miss Novelist-






Labels:




Teristimewa Yang Aku Miliki



Saat kita memiliki teman untuk berkongsi rasa,
Kita akan sedar bahawa dunia ini tidak sekejam yang pernah kita sangka.
Ketika kesepian membatasi hati dan akal,
Tuhan kirimkan teman untuk mengisi bahagian yang hilang.
Aku seperti manusia lainnya,
Pernah melepaskan dan merasa kehilangan.
Terkadang bukan kemahuanku,
namun perjalanan takdir itu pasti lebih indah di kemudian waktu.
Aku percaya...
Kerana hari ini, ketika aku kesepian..
aku menemukan yang lebih membahagiakan.


Ada cerita tentang kita yang ingin aku lakarkan. Biar menjadi lukisan yang mempersonakan pada waktu yang cukup menyenangkan ketika kita mengenang detik itu kembali. Terima kasih wahai kamu, sahabat yang setia bersamaku. Walau jarak kita beribu batu. Jasad kita terpisahkan oleh lautan yang mungkin belum mampu aku redahi, namun aku berbahagia saat ini kerana kita masih berdiri di bawah langit yang sama. Kita masih berpijak pada tanah yang sama. Kamu mahupun aku tetap bernafas dengan udara yang sama. Dan kita juga masih percaya bahawa hati kita tidak pernah jauh. 
Cukuplah itu buatku...

Aku mohon...
Jagalah dirimu baik-baik, kerana tiada dayaku bersamamu sepanjang waktu, menghalangi segala yang tidak seharusnya terjadi. Doaku selalu mengiringi kamu yang aku sayang selalu. Semoga kisah kita ini akan berpanjangan sampai waktu menjemputku. Kuharap antara kita akan baik-baik saja meski badai menghempas. Sesungguhnya, kehilangan itu cukup menyakitkan. Dan meskipun aku menyedarinya, aku masih memberikan sepenuh hatiku untuk persahabatan ini kerana aku yakin bahawa antara kita, pasti akan tetap kuat untuk bertahan.

Terima kasih, sahabat...
Kau teristimewa yang aku miliki kini.
Kamu yang terbaik!
You know who you are.
Sayang selalu.😍😍




XoXo,
-Miss Novelist-






Labels: ,




Pesan




Assalamualaikum..
Pesan buat insan tersayang.


Di saat ku tiada nanti
Tiada lagi di sisimu
Jangan kau bersedih dan menangis

Engkau insan yang kusayang
Yang paling kukasih dirimu
Amat bererti di hidupku

Nanti di akhir nafasku
Lihatlah ku buat kali yang terakhir
Doa doakanlah aku
Di saat aku menghadap-Nya

Jaga dirimu, sayangku
Di saatku bila tiada di sisimu
Semoga cinta kita kan bersama
di hatimu...

Jadikan aku yang terakhir
Sampai nafasku terhenti di hujung waktu
Saat kukirim cinta yang abadi...


Mungkin tiada kesempatan buat aku mengungkapkan, cuma aku berharap dengan bait-bait lagu ini dapat kuzahirkan pesan hati buat kamu.. mungkin buat terakhir kali, menjadi tatapan kamu suatu saat nanti.. saat aku tiada lagi di sisimu. Jaga dirimu selalu. Sampai bertemu kembali.
Aku sayang kamu.



XoXo
-Miss Novelist-

Labels: , ,




Terasa Ingin Menulis "Kisah Kita"


Assalamualaikum..
Hi Peeps!

Alhamdulillah entri kali ni menjelma di celah-celah kesibukan. Masih mampu menulis lagi. Seronok tak terkata. Mungkin kali ni posting aku agak panjang kerana sudah terlalu lama tidak menulis dan mencurah cerita dari hati. Aku sebenarnya sangat rindu menulis! Maklumlah pekerjaan sekarang hanya menyanyi, menyanyi dan menyanyi di SMULE. Haha. Jika dulu aku menulis untuk melepaskan tekanan, cuma untuk beberapa tempoh yang lalu, aku berhenti menulis dan mula melalak, dari suara tak berapa nak elok, sumbang sana sini hingga suara aku boleh mengumpul seramai 2000 lebih follower di Smule. Kepada follower Smule aku, terima kasih kerana menerima suara aku seadanya. Haha! Nak gelak sebab benda ni macam syok sendiri je. Lantaklah nak fikir apa. Anyway, aku cuma memberikan yang terbaik sepanjang perkhidmatan aku di SMULE. Hahaha! Nyampah lak rasa. 😂😂😂



Okay, nak simpan satu gambar akaun SMULE aku
sebagai kenangan sempena entri ini ditulis. Haha!


Okay, cukup!
Now nak story pasal life. Tiga tahun tak melepak kat sini, banyak benda aku tertinggal. Kenapa aku yang tertinggal? Haha. Yalah, banyak kot peristiwa yang tak sempat aku catat kat sini sepanjang "kehilangan" aku tiga tahun lalu. Sayang seribu kali sayang sebab banyak peristiwa berlaku selama itu. Dipendekkan cerita, aku cuma menjauh dari kekecewaan, meninggalkan insan-insan yang aku sayang cuma kerana aku merasakan bahawa aku tidak diperlukan lagi di sisi mereka. Then, aku pergi untuk mengubat kecewa sendiri.

Tambah-tambah, aku dah mula dengan life baru, jadi wanita bekerjaya dengan tugas utama mendidik anak bangsa, gaji cukup-cukup makan, sibuk mengalahkan menteri, dengan cuti hujung minggu yang tak menentu, bisnes pula tenggelam timbul, ditambah juga dengan kisah cinta yang tak berapa nak kesampaian. Haha. Itu life aku sekarang. Agak terkial-kial but funny! Boleh dikatakan aku sedang merangkak-rangkak lagi mencari hala tuju hidup. 

Namun, harus aku akui bahawa aku selesa dengan hidup aku sekarang! Sungguh! Betul! Siapa sangka, kepayahan mengubat kecewa silam telah membawa haluan hidup aku ke satu lembah yang baharu. Daerah yang tak pernah aku jejak tetapi rupa-rupanya wilayah itulah yang telah mengubah hidup aku hampir seratus peratus. That's why aku mulakan entri aku dengan SMULE! Yup, itulah wilayah yang aku katakan.

Aku menapak di SMULE dengan ID pertama (EqaDarnestra), kemudian bertukar ID kedua (BOS_Eqa_SM) sempena menyertai satu group di SMULE, kemudian kembali menggunakan ID pertama (EqaDarnestra) sebelum berubah menjadi ID ketiga (BOS_Darnestra_SM)... haha! Nampak macam dah lama dalam SMULE kan, padahal semua perubahan ID berlaku dalam sekelip mata je. Haha! Pendirian tak tetap masa tu kot. Tambah-tambah otak tengah celaru, fikiran tak menentu, hati tak berapa nak setuju, hidup pun tengah abu-abu. Haha.

Kenapa aku stop pada ID "BOS_Darnestra_SM"?

Yes! Ada sesuatu yang aku teringin nak tulis bermula dari ID itu. Cerita yang tak begitu popular dalam kalangan umum, tetapi cukup popular di hati aku. Haha, poyo! Actually, bermula dengan ID tu, aku kembali join group lama dalam SMULE cuma ketika itu aku bertemu dengan member baru dengan suasana yang baru. Syok! Sebab member semua kepala giler giler. Dan hari demi hari aku selesa di situ hanya kerana satu nama. Tak perlu kot aku nak mention dulu. Maybe pada entri yang akan datang. Cuma yang kalian perlu tahu, pemilik nama (ID) itulah yang sebenarnya telah membawa aku bernafas kembali dalam satu wilayah baharu. Wilayah yang sedang aku duduki kini. Wilayah yang cukup jauh dari kekecewaan pada hidup yang lalu.


Terima kasih untuk "Wilayah" itu.
Aku hargainya.


Pada entri akan datang, takkan kulepaskan kesempatan untuk mengabadikan kamu dalam tulisanku. Kamu yang aku sayang selalu. Gituuu! 😆😆 Cukuplah entri kali ini, intro kisah kita yang agak panjang telah kucoret. Haha. Sebenarnya inilah keseronokan menulis. Lebih-lebih lagi apabila menulis kisah yang ingin kita tulis untuk disimpan sebagai kenangan. Insya-Allah aku akan kembali lagi dengan "Kisah Kita" dalam next entri. Moga berkelapangan untuk menulis lagi. Amin..




xoxo
-MissNovelist-



Labels: , ,




Puisi Buat Sahabat






Puisi Buat Sahabat



Sesekali jadilah kawan yang mendengar
Bukan hanya bercerita 
Fahami hati dan perasaannya 
Kerana dia juga manusia
Dia ada rasa takut
Ada rasa bimbang 
Sedih dan kecewa
Dia juga ada kelemahan 
Dia perlukan kawan sebagai kekuatan
Kita selalu melihat dia ketawa
Tapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka
Di sebalik senyumannya 
Mungkin banyak kesedihan yang ingin diluahkan
Di sebalik ketenangannya
Mungkin tersimpan seribu kekalutan
Kita tidak tahu 
Dan tidak akan pernah tahu
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia
Mungkin kita akan tahu





p/s : aku berusaha menjadi sahabat yang kau perlu saat kau bersedih dan memerlukan teman untuk bercerita apa saja.. aku janji, aku akan selalu ada... di sisi dan di hati...









XoXo,
Miss Novelist







Labels:




Someday Is Today...




Someday everything will make perfect sense.
So, for now, laugh at the confusion,
smile through the tears,
and keep reminding yourself that everything happens for a reason.



Suatu hari nanti aku harap...

  • Tulisan-tulisan aku di atas kertas kecil yang pernah aku selitkan dalam kamus milik kau akan selalu menjadi tatapan mata kau...
  • Patung kura-kura, si 'Tuti' yang pemalas itu akan sentiasa membuatkan kau tersenyum saat menatapnya...
  • Baju t-shirt warna pink pemberian aku akan kau pakai setiap kali kau teringatkan aku...
  • Hadiah lambang persahabatan kita akan kau jaga sampai bila-bila...
  • Setiap gambar kita akan menghiasi album-album kenangan kau...
  • Klip-klip video kenangan yang kita pernah buat bersama akan membuatkan kau ketawa saat menontonnya kembali...


Aku tidak meminta lebih,
cuma berharap agar semua itu akan kau jaga sampai bila-bila,
meski tanpa pengetahuan aku,
namun aku yakin bahawa engkau seorang sahabat yang sangat menghargai..
tak kira di mana pun kita berada,
walaupun terpaksa berpisah antara dua dunia berbeza,
simpanlah kenangan itu untuk aku...
kenanglah ia selagi aku masih menjadi sahabatmu...




Terima kasih sahabat...
Hmm, boleh aku berharap seperkara lagi?
Err, someday.. aku nak ke Paris.. dengan kau??
maybe, dengan bakal husband aku jugak..
hehe...




Hope ini bukan entry sedih...
cuma entry untuk sebuah 'HARAPAN'
sebab suatu hari nanti berlaku kerana hari ini...






...someday is today...
Miss Novelist








Labels:




Persahabatan Yang Indah...




Apabila kita berjauhan dari keluarga, 
Tuhan kirimkan kita sahabat baik untuk menjaga kita..
Dia sememangnya maha adil,
tak pernah Dia membiarkan kita berseorangan,
setiap kita, Dia telah ciptakan teman masing-masing..
dan mungkinkah engkau adalah orang yang Tuhan pilih untuk menemani aku wahai kawan?


Jika benar Tuhan telah menentukan engkau sebagai teman suka duka buatku, sejujurnya aku sangat bersyukur! Belum pernah kujumpa sahabat sebaikmu. Sedikitpun aku tak pernah dengar engkau mengeluh setiap kali aku memerlukan pertolonganmu. Pengorbananmu membuatkan aku sedar bahawa aku harus menjagamu sebaiknya. Dan aku perlu untuk menjaga hubungan ini sebaik mungkin.

Hei kawan! Sejujurnya, aku amat merinduimu saat ini. Banyak kata yang tak mampu kuungkapkan kepada dirimu. Jika aku mengirimkan mesej hanya sekadar untuk bertanyakan khabar dan tanpa sebarang tujuan, itu bermakna aku ingin engkau tahu bahawa aku sedang memikirkanmu. Hanya itu yang aku mampu lakukan jika aku rindu.

Aku lega apabila akhirnya aku berjaya mendapatkan jawapan di atas persoalan aku selama ini. Jika aku berdoa untukmu dalam sujudku, adakah Tuhan akan memakbulkan doaku itu? Persoalan yang sering bermain dalam fikiranku. Ya, Tuhan akan memakbulkannya selagi doa itu adalah terbaik untukmu! Aku sangat gembira mendengar jawapan itu dari seorang insan. Aku amat berharap yang suatu hari nanti, apabila sampai saatnya, doaku akan sampai juga kepadamu... :)

Mungkin aku terlalu banyak bercerita tentangmu di sini dan aku berharap cerita-cerita ini tidak membosankan bagi sesiapa saja yang membacanya. Aku cuma mahu membuktikan bahawa persahabatan itu sangat indah!



Menatap indahnya senyuman di wajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya persahabatan terindah
Saat kau sentiasa ada di sisiku
Banyak kata yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Kuingin kau tahu
Ku selalu menjadi sahabatmu
Yang menyayangimu sepanjang hidupku



Tahu lirik lagu kat atas tu kan? Aku saja-saja ubah... bukan untuk dinyanyikan, tetapi untuk ditatap setiap bait liriknya. Besar maknanya, hanya aku yang tahu. :) Apa-apapun... kudoakan semoga persahabatan kita ni akan berkekalan sampai bila-bila walaupun suatu hari nanti kita akan berpisah! 

Aku sedang menghitung detik  itu tau! Bukan maknanya aku tak sabar-sabar nak tengok hari tu tiba. Tapi sesungguhnya setahun lebih dari sekarang adalah masa-masa yang sangat tidak ingin aku hadapi. Kalau boleh, aku tak ingin waktu ni terus berjalan dan membawakan hari itu untuk aku. Aku mahu kita bersama selamanya. Menjadi sahabat selamanya! Tapi... hmm...







XoXo,
Miss Novelist









Labels:




Kenangan Yang Akan Aku Jaga




Hidup ini mulai sibuk dan dihujani dengan aneka masalah berbaur ujian yang tak penat kunjung tiba. Namun, di sebalik semua itu, tetap tak menghalang perkara-perkara bahagia mencelah di antaranya. Dan aku masih mampu tersenyum walau sebenarnya hati sedang dilanda kepenatan. :')


Terima kasih duhai sahabat..
Di setiap masalah, engkau hadir tanpa aku duga..
Memberikan aku senyuman..
Yang ada kalanya membuatkan aku menangis terharu,
Dan menjadikan ia kenangan dalam ingatan
Lalu aku yakin bahawa engkau akan selalu ada..
Kerana kebersamaan kita semakin mendekat..
Dan perasaan kita semakin mengikat..


Aku menulis malam ini hanya untuk mengenang kembali beberapa tempoh yang sudah aku lalui bersama seorang insan bergelar "kawan baik".. teringat balik saat dia menyatakan kesedihan ketika aku seolah-olah tidak menghargai usahanya..

Kau tahu aku mengidam nak merasa aiskrim Chicken Hartz tu kan? Dari situ timbul satu kenangan yang ingin aku simpan sampai bila-bila. Teringat aku, pada malam kita sekelas berbuka puasa bersama-sama di rumah mentor kita.. kaulah yang jadi kepala meleraikan segala kekusutan. Sungguh, aku sangat respect dengan keberanian tindakan kau masa tu. Kagum aku sebab ada kawan macam kau!

Dan apa yang aku tak boleh lupa, bila kau kata yang kau bersusah-payah carikan aiskrim tu sebagai pencuci mulut gara-gara ingin memenuhi hasrat aku yang nak sangat makan aiskrim Chicken Hartz. Aku sangat tak menduga tindakan kau. Tapi sayangnya masa tu aku cuma merasa secawan kecil aje sebab dah kekenyangan. Lagipun, aiskrim Wall's dengan aiskrim Chicken Hartz rasanya tak sama.. :)

Selepas kau dengar jawapan aku, kau buat-buat muka sedih dan kata, "...sampai hati kau cakap macam tu, bersusah-payah aku cari aiskrim tu untuk kau sebab mengenangkan kau yang mengidam sangat nak makan aiskrim Chicken Hartz. Tapi, kau makan secawan aje.."

Walaupun nampak kau main-main, tapi jauh di sudut hati aku tahu kau betul-betul terasa dengan tindakan aku. Tapi kau tak tahu, sebenarnya kata-kata kau tu lah yang membuatkan aku selalu tersenyum setiap kali terkenangkannya. Masa aku ada masalah, bila aku teringat balik... aku akan tersenyum. Dan sehingga semalam, engkau masih lagi mengungkit perkara yang sama lalu membuatkan aku bertambah yakin yang kau benar-benar lakukannya untuk aku..

You know what?
Itu adalah perkara paling cute yang kau pernah buat untuk aku... kau memang kawan aku yang sweet walaupun jarang sekali kau tunjuk. Aku sangat menghargainya okay! Dan itu adalah perkara yang aku tunggu-tunggu, di mana kau berusaha melakukan sesuatu untuk aku.. Terasa yang aku sudah mula mengisi tempat dalam kamus persahabatan kau. :) Terima kasih...

Hei, kawan... kali ini, aku tak ingin menoleh ke belakang lagi, walaupun di hadapan aku berjuta halangan menanti.. tapi, dengan adanya kau aku tak perlu risau. Sebab engkaulah kawan yang memimpin aku, menghulurkan tangan saat aku memerlukan dan jika aku terlalai, kau ada untuk menyedarkan.

Meskipun perkara yang aku ceritakan di sini hanyalah perkara paling remeh dan kecil di mata orang malah di pandangan dunia ini, namun ketahuilah bahawa perkara itu adalah perkara paling besar dalam hidup aku. Suatu hari nanti, saat kau baca entri ni.. aku ingin kau tahu dan simpan teguh dalam hati yang kau akan selalu menjadi sahabat kesayangan aku. Meski aku dah tak ada, tetapi kenangan ini tetap aku tinggalkan untuk kau. Jagalah ia baik-baik okay? :)







Rindu kau, kawan...
-Miss Novelist-










Labels:




Cerita Hujung Minggu




Hi peeps!
Malam yang sunyi tiba lagi. Actually, aku paling tak suka setiap kali hujung minggu datang. Jumaat... Sabtu... Ahad... tik tok tik tok tik tok.. ibarat waktu itu terlalu lambat berdetik. Naik rimas aku menghitung waktu. Orang, kalau hujung-hujung minggu macam ni, seronok... enjoy.. boleh keluar ke mana-mana. Aku?? Duduk dalam bilik segi empat ni, tengok dinding sambil layan rasa sunyi.

Yup, memang sunyi walaupun ada kawan-kawan. Setiap kali hujung minggu, beginilah keadaannya. Ibarat diserang garuda. Kalaulah aku ada sebuah proton ke, produa ke... dah lama aku nyah dari asrama ni. Tapi, nak buat macam mana, lesen kereta pun tak ada.

Ada lesen ke, tak ada lesen ke... itu story kedua. Story utama aku malam ni hanya nak bercakap pasal hujung minggu 'kali ini' yang terasa sangat panjang untuk dilalui. Kenapa? Sebab lepas ni, seminggu aku tak jumpa kawan baik aku pasal ahad ni nak kena berangkat ke Kuala Lumpur. Dah la petang tadi dia balik, dia main blah macam tu aje. Tak tinggalkan apa-apa pesan pun. Sedih la jugak tapi nak buat macam mana.

Sanggup pulak aku tak nak join kawan-kawan lain keluar gara-gara nak say "goodbye!" kat dia, tapi at last tengok, err.... dia menghilang macam tu aje. Erm, ada kalanya tiada apa yang nak dikisahkan sangat. Takkan nak besarkan perkara kecil pulak. Ada waktu aku hanya pasrah. Well, kawan baik aku tu memang begitu. Seperti apa pun dia, dia tetap kawan baik! Tak ada apa yang boleh ubah pendirian aku tentang dia. Dia tetap kawan baik aku.

By the way, hujung minggu yang panjang ni kena jugak dilalui. Sunyi... sepi... mungkin dah lama sebati dalam diri. Kadang-kadang kita kena pandai berdikari supaya suatu hari nanti hidup kita ni tak terlalu bergantung pada orang lain.

Apa pun, aku pasti akan merindukan kawan baik aku tu sambil dalam hati aku sangat berharap yang segala gerak-geri dia ni pasti punya alasan dan tersimpan sesuatu yang bermakna. Well, kita tak pernah tahu apa di hati orang. Cuma mampu menjadi insan yang memahami. :)


Goodluck to me untuk Pertandingan Dondang Sayang di Kuala Lumpur nanti...
Semoga Allah permudahkan segala urusan..
Hei kawan! Aku berharap yang aku akan terima mesej dari kau pada hari pertandingan nanti.. :')
Bye... 






With love,
Miss Novelist







Labels:




Kawan VS Kawan Baik




Hello!
Now, rasa nak update sesuatu..
Bosan giler duduk kat rumah tak ada apa-apa nak buat.
Rasanya, better update something kat sini. :)


Malam ni nak kongsi pasal perbezaan antara kawan dan kawan baik!
Friend and Bestfriend!


Kawan :
...akan menenangkankan kau bila cinta kau kena reject dengan mana-mana lelaki..

Kawan baik :
..akan datang cari lelaki tu dan cakap, 
"...Kau gay kan? Sebab tu kau reject dia.."

Kawan :
..akan sentiasa ada di sisi kau bila kau putus cinta...

Kawan baik :
...akan call your boyfriend dalam diam and cakap, 
"...kau tunggulah balasan dari aku!"

Kawan :
..akan tolong kau bangun balik masa kau jatuh kat mana-mana..

Kawan baik :
..akan tengok kejap, then terus jalan and cakap, 
"..bangunlah, ngek! Nanti kita lambat pulak..."

Kawan :
...akan bagi kau masa untuk bersiap kalau nak pergi mana-mana..

Kawan baik :
...tak sabar-sabar nak keluar dan cakap, 
"...dalam 5 saat lagi, kau mesti dah siap!"

Kawan :
..akan tolong kau cari 'Mr Right"..

Kawan baik :
..akan culik and hadiahkan 'Mr Right' tu untuk kau..

Kawan :
..akan tanya kau, "..okey ke tak?" bila kau sedih dan menangis..

Kawan baik :
...akan ketawakan kau dan cakap.. 
"Ha! Ha! Cengeng!"

Kawan :
...akan berikan payungnya untuk kau time2 hujan..

Kawan baik :
...akan ambil payung kau dan cakap, "Lari geng lari!!"

Kawan :
...akan jamin kau masa kau kena masuk penjara..

Kawan baik :
..akan masuk sekali dalam penjara dan cakap, "..hebatlah! Lain kali kita buat lagi okay?"

Kawan :
...tak pernah minta kau sponser dia makan..

Kawan baik :
...akan sentiasa buat kau kurang makan dan minum sebab asyik sponser dia makan...

Kawan :
...tak pernah tengok kau menangis...

Kawan baik :
...tak akan beritahu orang lain yang kau menangis, dia cuma akan ketawakan kau masa tu jugak time kau tak rasa sedih lagi dan tak rasa 'down'...

Kawan :
...pinjam barang-barang kau dan beberapa hari kemudian dia akan pulangkan balik...

Kawan baik :
...akan hilangkan barang yang dia pinjam dari kau dan kemudian dia cakap, "..sorry, salah aku! Nah, ambil tisu ni, jangan sedih k?"

Kawan :
...hanya tahu beberapa perkara tentang kau...

Kawan baik :
...boleh tulis seberapa banyak perkara yang memalukan dalam hidup kau..

Kawan :
...akan tinggalkan kau bila kebanyakkan orang melakukannya...

Kawan baik :
...akan terajang semua orang yang berani tinggalkan kau..

Kawan :
...akan ketuk pintu bilik kau kalau dia nak masuk...

Kawan baik :
..terus masuk dan cakap, "Wei, kau buat apa!"

Kawan :
...akan makan atau minum sisa makanan kau yang tak habis bila dia tahu kau dah tak larat nak habiskan semua tu...

Kawan baik :
..akan jeling makanan kau dan cakap, "Wei, habiskan! Tak baik membazir.."

Kawan :
..akan nasihatkan kau kalau kau buat silap..

Kawan baik :
..akan kuat berleter dan marah kau ikut sedap mulut dia..

Kawan :
..kau mesti beritahu dia supaya simpan rahsia kau dari pengetahuan orang lain..

Kawan baik :
...dia tahu dan akan simpan rahsia tu sampai bila-bila..

Kawan :
...hanya kekal masa persekolahan atau masa study aje...

Kawan baik :
...akan kekal sampai bila-bila...

Kawan :
..dia akan baca dan ignore entry ni..

Kawan baik :
..akan ketawa sorang2 dan cakap dalam hati, 
"Heh, teruk jugak aku ni tapi kat siapa lagi aku nak buat semua ni kalau bukan kat kau!" 
Terus dia SMS kau dan tanya, "Wei, kau apa khabar?"



Sekadar bertanya khabar pun dah memadai tau!
Miss you my dear friend... :'D












XoXo,
Miss Novelist








Labels:




Perkara Paling Bermakna





Hi peeps,
Assalamualaikum...

Malam ni aku fikir tak nak menconteng lagi di journal ni, tapi tiba-tiba ilham datang dan memaksa aku untuk menulis lagi walaupun dalam kesibukkan melayan Facebook sambil menikmati Roti John Ayam bersama Teh C Special.. Haha! Tak ada la penting sangat pun perkara yang disibukkan.

Okay! Jika dua malam yang lepas aku menulis tentang seorang "Best Friend", malam ni jari-jari aku tak sabar nak menaip di papan kekunci si Laptop Ungu yang semakin uzur ni. Aku ingin bercerita tentang bintang-bintang yang bersinar. Ilham ni muncul dari seorang kawan yang tiba-tiba tag nama aku kat sebuah gambar di Facebook.

Warning dulu! Ni entri main-main, tak ada benda serius yang nak dibincangkan pun. Kalau rasa membazir masa menatap tulisan ni, baik close sekarang! Cepat! Hehe, tapi buat sesiapa yang ingin mengambil risiko untuk meneruskan jugak perjalanan entri ni, cuma baca dan komenlah sesuatu supaya entri ni terasa lebih bermakna...



:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:



Pengajaran terakhir dalam kelas Sintaksis hari ini telah membuatkan aku membawa pulang sesuatu dari situ. Aku bawa pulang sekeping gambar, dua biji epal, sebungkus nasi lemak dan sebutir bintang. Hah! Memanglah.. hari-hari dalam kelas Sintaksis memang kami sekelas akan sentiasa menerima ganjaran atas apa yang telah kami capai.

Tapi, jika direnung balik semua tu, perkara yang lebih penting adalah makna yang tersirat. Jika lihat dari mata, kita sebenarnya buta. Hanya melihat melalui hati akan menjadikan kita manusia yang celik dan faham erti yang tersimpan. 

Sekeping gambar adalah kenangan, dua biji epal adalah nilai pengajaran, sebungkus nasi lemak adalah keikhlasan dan sebutir bintang adalah inspirasi.. Itu persepsi aku.. 

Err, lost kejap!! Budak-budak ni lepak bising betullah! Idea lari... idea lari...

Err, emm... err.. okay! Aku bukan nak bercerita tentang benda-benda tu, aku kan nak bercakap tentang bintang-bintang tadi. Dalam kelas aku ada 21 bintang yang paling bersinar. Masing-masing ada kelebihan dan bakat tersendiri. Aku percaya, setiap satu antara kami akan bersinar dengan cara tersendiri.

Actually, aku tak ada idea nak tulis panjang-panjang. Sekadar ingin memenuhi hati yang sedang berbunga-bunga dengan makna 'bintang-bintang'. Haha. Almaklumlah, tadi kawan-kawan post ayat jiwang-jiwang kat FB. Aku pun tak nak ketinggalan... Haha... Jangan marah ar...

Okay, susah-susah nak fikir... aku off dululah. Sapu-sapu habuk kat blog ni kejap. Fuhh! Bersih dah... Selamat membaca... menyesal tak singgah baca entri ni?? Hehe...




"Bisiklah pada hati, aku akan jadi bintang yang paling bersinar!"
Terima kasih kat Lecturer kami sebab memberikan pengajaran yang sangat bermakna hari ni...

Bye!





XoXo,
Miss Novelist







Labels:




Entri Istimewa Untuk Bestfriend




Sunyi...
Macam tu lah aku rasa sekarang. Masa-masa sunyi begini buat aku teringat dan terkenang betapa bermaknanya saat kawan baik ada di sisi aku. Boleh gurau-gurau siap saling membuli lagi. Hek3, betapa bestnya saat tu kan? Ketawa sama-sama, gurau sama-sama...

Hari tu, masa aku di Kuala Lumpur, seronok membeli-belah di Pasar Seni, aku terjumpa sesuatu yang hampir sama seperti dalam gambar kat atas tu. Kalung untuk "Best Friend" dan harganya sangat mahal. Tak mampu aku nak memilikinya. Jadi, aku beli sesuatu yang lain untuk kawan baik aku walaupun hati aku meronta-ronta nak kalung tu. Aku nak hadiahkan pada kawan baik aku tu dan cakap kat dia macam ni : 

"...ni hadiah dari aku sempena persahabatan kita. Kau jagalah baik-baik ok?"


Haha, merepek je aku. Dari dulu sampai sekarang, sepatah ayat macam ni pun aku tak pernah berani nak beritahu dia. Aku jenis yang pengecut bila harus bercakap perkara macam ni depan-depan. Segala perasaan sayang aku pada kawan aku tu hanya mampu aku simpan dalam hati dan luah kat sini... sebab aku tahu, dia tak akan baca entry ni hinggalah suatu hari bila tiba masanya dia mulai sedar dan mula care semua perkara tentang aku. :')

Aku tahu dia kawan yang baik walaupun dia jarang tunjuk yang dia care dengan aku. Dia tak pernah beritahu yang dia sayang or rindu kat aku bila kami berjauhan. Cuma aku kadang-kadang pernah mesej dia dan cakap yang aku rindu dia, itupun aku beritahu dengan cara 'main-main'. Tapi, aku berharap sangat yang dia faham dengan cara 'main-main' aku tu, dan tahu yang sebenarnya aku memang sangat memerlukan dia saat aku rindu dan sunyi macam ni.

Balik aje dari Kuala Lumpur tu, aku tak sabar nak jumpa dia dan hadiahkan sesuatu yang aku dapat dari sana. Sesuatu yang boleh buat aku teringat kat dia dan dia juga boleh jadikan hadiah tu sebagai kenangan. Kat hadiah tu aku tulis...

"Abadikan kenangan ini di dalam hati..."

Sejujurnya, aku berusaha untuk menghargai dia. Aku tidak mahu perkara lebih dua tahun lepas terjadi lagi, di mana persahabatan kami pernah goyah gara-gara sikap aku yang seperti kebudak-budakkan. Aku akui, aku bukannya baik sangat. Aku punyai kelemahan tersendiri. Dan selepas beberapa tahun berlalu dan kini kami kembali rapat. Aku tak mahu mempersiakan peluang ini lagi. Aku sudah mula selesa dengan persahabatan ini. Biarlah orang lain meninggalkan aku, dalam hati aku cuma berharap dia tak akan meninggalkan aku.

Hei, kawan!
Aku berusaha jadi kawan yang 'sweet' di mata kau tau? Ingat lagi malam hari jadi kau? Aku sangat kecewa bila rancangan aku batal saat-saat akhir. Dan mujur malam esoknya aku berjaya juga celebrate hari jadi kau walaupun cuma di tempat yang kurang 'standard'. Kita celebrate dalam kereta je dengan kek dan hadiah sebuah patung kura-kura yang kau panggil 'Tuti'. Puas aku cari Tuti di merata kedai dan akhirnya aku terjumpa juga, sesuai dengan kemampuan aku. Tapi tak apa, apalah yang lebih berharga selain dari sebuah persahabatan yang aku miliki sekarang? Malam tu, aku berharap yang surprise aku akan jadi perkara paling sweet yang pernah aku buat sepanjang kita jadi bestfriend, tapi sayangnya kau cakap benda ni 'tak sweet pun'. Aku kesal sendiri di atas kelemahan aku dan berusaha serta tak pernah jemu mencuba untuk memperbaikinya.

Ingat lagi hadiah baju T merah jambu yang aku hadiahkan selang dua malam lepas kita sambut hari jadi kau? Sebenarnya, aku nak cakap yang baju tu adalah hadiah untuk persahabatan kita tapi entah kenapa tiba-tiba aku cakap yang tu hadiah untuk hari jadi kau. Okay! Sebenarnya aku malu nak berterus-terang! Itulah perkara yang sebenarnya. Tetapi, malam tu ada satu perkara yang buat aku gembira, bila kau cakap, "...ini baru sweet!!" Kau cakap macam tu lepas kau tahu yang aku beli baju sepasang untuk kita. Okay, baru nampak sikit kejayaan aku sebagai kawan yang sweet. Hek3..

Hei kawan!
Aku selalu menyusahkan kau, maafkan aku. Kelemahan diri ini buat aku tak boleh kawal diri dari menyusahkan kau. Aku berjanji, lain kali aku akan berusaha sendiri dan aku cuba kurangkan perkara-perkara yang membuatkan kau rasa susah dengan aku. Tapi, bila-bila masa kau perlukan aku, kau cakap aje ok? Aku sentiasa ingin 'memberi' pada kawan baik aku dan tiada perkataan 'susah' selagi ia dilakukan demi seorang kawan. :)

Aku berharap yang suatu hari nanti kau akan pandang aku sebagai seorang kawan baik yang ada di hati kau. Sebab tika ini, aku belum nampak sebarang posisi untuk aku dalam kamus persahabatan kau. Walaupun kita tak turun kelas sama-sama, kaum dan agama berbeza, jarang ada masa untuk diluangkan bersama, masalah pun jarang kita kongsi berdua dan terlalu banyak perkara yang berbeza antara kita, tapi aku masih dapat rasa yang kita sentiasa dekat. Aku masih boleh tersenyum saat aku teringat semua perkara yang kita lalui. Aku dah tak perlukan teman lain bila kau ada menemani aku.

Harapan aku, suatu hari nanti kau akan baca entri ni. Entri yang sangat panjang istimewa untuk tatapan kau. Aku tak mengharap lebih, aku cuma nak kau tahu yang aku sayang kau dan kita akan sama-sama jaga persahabatan ni. Berusaha melengkapi apa yang kurang antara kita. Berusaha untuk mengakhiri setiap masalah dengan jalan yang terbaik. Saling menegur bila salah seorang antara kita tersilap. Saling berpesan untuk kebaikan diri. Sentiasa melindungi dan menguatkan antara satu sama lain. Semuanya demi persahabatan kita yang sudah kembali mekar.



Terima kasih aku ucapkan kerana persahabatan ini... :'D



p/s : Entri ni bukan untuk menyinggung perasaan siapa-siapa, tetapi sekadar nak beritahu yang aku ada bestfriend yang sweet walaupun dia tak pernah tunjuk... hehe..

bye!






XoXo,
-Miss Novelist-





Labels: