::Diari Si Kotak Hati::
Assalamualaikum


Welcome to my Kotak Hati. Fahami aku dalam tulisanku.


Stuff Diary About Him Site


Owner

Miss Novelist




Hati terasa sepi bila ku jauh dari sentuh cintamu.
Ingin selalu ada dekatmu,
selalu ada di hatimu.


Mr Photographer



You're my love, you're my life
You're my everything I need.
I give you my heart
I give you my soul
In every way


My Precious



Pinky Promise!
You are always my sister,
forever my best friend.
Love you.

#KandaDinda



Lagu sendiri
Manuskrip siap!
Koleksi novel
Jadi novelis
Guitar
Honda City
Trip to Langkawi
Europe, here I come!
Travel to Istanbul
Travel to Australia
Jadi bestfriend AHR
Car license
Iphone
Kedai hadiah
Mirrorless Camera
Mr Photographer!
Jumpa Kanda Kesayangan
Nikah tanpa couple



Hablun Minallah Wa Hablun Minannas



Ketika kita cuba menjaga hati orang lain,
hati kita sendiri mungkin akan terluka,
jika ada pahala di dalam kelukaan itu,
adakah kita masih tetap mahu mementingkan hati kita?

...Hablun Minallah Wa Hablun Minannas...

Allah suka pada orang-orang yang berusaha menjaga hubungan. Ingatlah, ada Syurga yang menanti setiap kebaikan...walaupun kecil.



Assalamualaikum,

Di tengah-tengah kesibukkan mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan ni, aku sempat selongkar-selongkar beberapa laman web dan blog-blog yang ada menyentuh tentang kata-kata kat atas dan aku cukup tertarik dengan konsep "Hablun Minallah Wa Hablun Minannas".

Secara ringkasnya dari sudut kefahaman aku sendiri, konsep tu membawa maksud menjaga hubungan dengan Allah menjadi satu keutamaan namun di samping itu kita hendaklah menjaga hubungan sesama manusia juga.


Hablun Minallah (Soal menjaga hubungan dengan Allah SWT)
Hablun Minannas (Soal menjaga hubungan dengan manusia)


Sesungguhnya, dalam hidup ini kita semestinya meletakkan Allah SWT sebagai keutamaan kita tetapi janganlah kita sampai mengabaikan hubungan sesama manusia apabila dikatakan keutamaan kita adalah pada Allah SWT. Di atas muka bumi ini, kita sentiasa memerlukan seseorang untuk bergantung hidup, kawan sebagai tempat untuk bercerita dan keluarga sebagai tempat untuk berkongsi segalanya. Allah SWT menciptakan manusia adalah untuk saling menyayangi dan menjaga antara satu sama lain. Tetapi pada masa yang sama kita tidak mengenepikan Allah SWT sebagai pencipta dan pelindung kita. Jadi, kerana itulah kita harus menyelami konsep "Hablun Minallah Wa Hablun Minannas" ini dengan sebaik mungkin agar kita tidak terpesong dari landasan yang lurus.

Alhamdulillah,

Terdetik di hati aku untuk berkongsi tentang konsep ini kerana aku tiba-tiba mengenangkan beberapa perkara yang telah lepas. Perkara yang terjadi ini aku anggap sebagai panduan untuk aku memperbaiki kehidupan ke arah sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah, dengan izin Allah SWT, aku akan mampu mencapai satu tahap perubahan yang aku idam-idamkan selama ini. Hanya Allah je yang tahu. :)

Aku tertarik dengan konsep "Hablun Minallah Wa Hablun Minannas" ini kerana ia telah menyedarkan aku tentang satu perkara. Di mana, pada kehidupan masa lalu, aku bolehlah dikatakan terlalu menjaga hubungan sesama manusia sehingga mengabaikan hubungan aku dengan Allah SWT. MashaAllah, betapa jahilnya kehidupan aku pada masa tu. Mengabaikan hubungan dengan Allah SWT itu adalah perkara yang besar dosanya. Aku akui, aku adalah hamba Allah yang tidak bertaqwa kepadaNya pada kehidupan masa lalu.

Namun, aku sangat bersyukur kerana adanya hidayah daripada Allah SWT. Tengok, betapa sayangnya Allah SWT kepada kita. Dia turunkan hidayah walaupun selama ini hamba-hambaNya telah melupakanNya. Sungguh, aku berasa malu untuk berharap hidayah yang entah ke berapa kali telah Allah SWT berikan kepada aku kerana setiap kali aku merasakan hidayah itu, aku sering mengabaikannya. Betapa jahilnya aku dalam menilai kasih sayang Allah SWT. Tetapi, sebelum aku hanyut lebih jauh, mujurlah kini Allah SWT menarik aku semula untuk meniti landasan yang dikehendakiNya. Alhamdulillah, aku memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga. Syukran Ya Allah...

Berbalik kepada konsep tersebut dan berdasarkan pengalaman masa lalu aku, ia sangat berkait rapat. Dalam kita menjaga hubungan dengan orang lain, kita tidak harus melupakan Allah SWT. Kenapa aku kata macam tu? Sebab, apabila kita menyayangi orang lain hanya kerana Allah SWT, insyaAllah... Allah akan menjaga hubungan itu untuk kita dan ia tidak akan berakhir jika tidak dengan izinNya.

Selain itu, kenapa pula aku kaitkan soal hati dalam hubungan sesama manusia? Kerana hati manusia adalah perkara yang paling penting untuk dijaga. Demi menjaga hubungan sesama manusia, kita kena menjaga hatinya. Benar, hati kita bakal terluka tetapi aku berpegang pada satu konsep di mana dalam setiap kelukaan hati kita demi untuk menjaga perasaan orang lain tu, wujudnya pahala. Seperti yang aku sebut dalam kata-kata di atas, Allah suka pada orang-orang yang berusaha menjaga hubungan. InsyAllah, sekecil-kecil kebaikan yang kita lakukan sebenarnya ada ganjaran yang menanti kita. Ganjaran yang lebih besar nikmatnya.

Jadi, sebelum aku mengakhiri entry yang panjang lebar ni, sekali lagi aku nak tegaskan, Allah SWT menuntut hamba-hambaNya untuk menjaga hubungan sesama mereka tetapi harus diingat, meletakkan Allah SWT sebagai keutamaan adalah perkara yang MESTI kita lakukan. Jangan kita abaikan Allah SWT hanya kerana leka menjaga hubungan sesama manusia. Pendek kata, kedua-duanya mesti ada. Baik dengan Allah, baiklah dengan manusia. InsyaAllah...kehidupan kita akan sentiasa berada dalam keberkatan Allah SWT.


Hablun Minallah Wa Hablun Minannas...
Wassalam...






Labels: