::Diari Si Kotak Hati::
Assalamualaikum


Welcome to my Kotak Hati. Fahami aku dalam tulisanku.


Stuff Diary About Him Site


Owner

Miss Novelist




Hati terasa sepi bila ku jauh dari sentuh cintamu.
Ingin selalu ada dekatmu,
selalu ada di hatimu.


Mr Photographer



You're my love, you're my life
You're my everything I need.
I give you my heart
I give you my soul
In every way


My Precious



Pinky Promise!
You are always my sister,
forever my best friend.
Love you.

#KandaDinda



Lagu sendiri
Manuskrip siap!
Koleksi novel
Jadi novelis
Guitar
Honda City
Trip to Langkawi
Europe, here I come!
Travel to Istanbul
Travel to Australia
Jadi bestfriend AHR
Car license
Iphone
Kedai hadiah
Mirrorless Camera
Mr Photographer!
Jumpa Kanda Kesayangan
Nikah tanpa couple



Istanbul, Aku Datang!


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, musim exam sudah berlalu beberapa hari lepas dan sekarang aku sedang sibuk mengemas barang-barang dan pulang ke kampung halaman yang dirindui dan dicintai. Semestinya sedang merindui keluarga yang dicintai. Tak sabar rasanya nak menatap wajah ayah bonda dan adik-adik.

Sebelum berangkat pulang, aku sempat meluangkan masa dengan kawan-kawan satu hari suntuk. Maklumlah, dah menjadi aktiviti wajib bila cuti semester tiba.  Apa-apa pun, aku bukan nak berkongsi tentang aktiviti yang kita orang buat sepanjang satu hari suntuk tu. Aku nak berkongsi tentang satu movie yang aku tengok dengan kawan-kawan.

Buat pertama kalinya aku rasa excited sangat nak tengok movie di pawagam sampai aku tetapkan pendirian nak tengok movie ni pada hari pertama ia ditayangkan di pawagam berhampiran. Alhamdulillah, hajat aku kesampaian, sharp pada 8 November 2012, jam 1.20 tengah hari, tayangan pertama pulak tu, aku paksa kawan-kawan sampai awal di MBO The Spring semata-mata nak tengok movie ni. Giler tak excited?! Kalau heroin dia adalah heroin pujaan aku. :'D


Filem wajib tonton!



Jadi, entry kali ni aku nak buat review sikit tentang filem ni. ISTANBUL, AKU DATANG! Filem arahan Bernard Chauly ni memaparkan satu kisah yang cukup menarik. Dian (Lisa Surihani) merupakan seorang blogger yang selalu update tentang kisah percintaannya dengan kekasih hati, Azad (Tomok) di blog. Hasrat dan impian Dian adalah apabila tiba saat Azad melamarnya di Istanbul. Jadi, demi mencapai hasrat, Dian sanggup meredah apa saja kepayahan untuk bertemu kekasih hatinya di Istanbul. Tetapi, satu persatu peristiwa berlaku menyebabkan Dian bertemu dengan Harris (Beto Kusyairy), lelaki yang tinggal bersama Dian di sebuah apartment tanpa disengajakan akibat dari satu penipuan. Konflik timbul, apabila Azad salah faham dengan keadaan...

Aku tak nak beri sinopsis panjang-panjang, biarlah korang tengok sendiri. Aku syorkan korang tengok filem ni dan nilai sendiri. Bagi aku, jalan cerita Istanbul, Aku Datang! ni cukup menarik berlatarbelakangkan Istanbul sebagai tempat penggambaran utama. Cukup cantik! Walaupun kisah percintaannya agak klise dan mungkin boleh diteka penghujungnya bagi sesiapa yang menontonnya untuk pertama kali, tapi pembawakan watak dan karakter oleh para pelakon menjadikan filem ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. 



Wajah excited Dian (Lisa Surihani) bila sampai di Istanbul.


Babak demi babak yang berlangsung tidak membuatkan para penonton tertunggu-tunggu. Pengarah filem ini sering menyelitkan unsur komedi dengan keletah Lisa Surihani yang semestinya comel dengan watak gadis periang, dengan wajah cool Tomok dan sikap romantisnya serta telatah Beto yang membuatkan penonton tidak kering gusi.

Walaupun pada awal cerita menyelitkan unsur-unsur komedi romantis, tetapi filem ini turut memaparkan satu sempadan kisah di mana terletaknya kepayahan, kesedihan dan terasa satu perasaan sia-sia dalam sesetengah babak. Kalau korang dah tengok, barulah korang akan faham apa yang aku cuba nak perkatakan. Itu pun kalau korang seangkatan or sekepala dengan pendapat aku. :D




Cerita ni memang seimbang. Awal-awal cerita memang menyeronokkan, tertawa melihat pelbagai telatah dan bila sampai satu tahap yang sangat sesuai masanya, cerita ini mula bermain dengan emosi kita. Ia sangat seimbang dalam pembahagian jalan ceritanya. Tidak dalam sesetengah filem, mula-mula tu sikit aje part yang bahagia tiba-tiba masuk terus part sedih. Bagi aku ia tak balance dan membuatkan orang tertanya-tanya, "Eh, kenapa tiba-tiba pulak jadi macam ni? Baru je nak bahagia dan sedih pulak."

Bagi aku, Istanbul, Aku Datang! cukup berbeza kerana kegembiraan tu sangat menonjol dan mula hilang perlahan-lahan bila scene sedih nak masuk and bila sampai satu tahap, kesedihan tu makin memuncak. Apabila kesedihan sampai pada tahap kemuncaknya, di situlah penonton akan dapat mendalami jalan cerita dan terus menusuk ke hati. Ada sesetengah cerita, baru kita nak feel sikit, dia dah tukar scene lain pulak, kan tak best macam tu...




Dan lagi satu yang menarik dalam filem ni bila mereka buat penggambaran di Istanbul. Sangat sesuai dengan matlamat filem tentang pencarian cinta dan keromantisannya. Lagi satu, secara tidak langsung filem ni turut mempromosikan Istanbul sebagai tempat yang cukup menarik dan indah untuk dikunjungi. Seriously, hati aku tertarik untuk melawat ke Kota Cinta tu someday!!! Hehe...

Anyway, ni penilaian aku tentang ISTANBUL, AKU DATANG! lepas tengok filem ni untuk pertama kalinya. Dan sekarang aku akui, aku tengah demam filem nih. Terasa nak tengok lagi di pawagam! Memang tak puas. Buat pertama kalinya aku rasa tak rugi tengok filem Melayu. Aku bagi filem ni 4.5 daripada 5 bintang!

So, kalau nak tahu sendiri, korang mesti tengok sendiri. 
Bye, setakat tu aje review aku...ada apa-apa nak dikongsi, jangan lupa tinggalkan komen di bawah tau? 
TQ! ^_^



ISTANBUL, AKU DATANG!






XoXo,
Miss Novelist!




Labels: