::Diari Si Kotak Hati::
Assalamualaikum


Welcome to my Kotak Hati. Fahami aku dalam tulisanku.


Stuff Diary About Him Site


Owner

Miss Novelist




Hati terasa sepi bila ku jauh dari sentuh cintamu.
Ingin selalu ada dekatmu,
selalu ada di hatimu.


Mr Photographer



You're my love, you're my life
You're my everything I need.
I give you my heart
I give you my soul
In every way


My Precious



Pinky Promise!
You are always my sister,
forever my best friend.
Love you.

#KandaDinda



Lagu sendiri
Manuskrip siap!
Koleksi novel
Jadi novelis
Guitar
Honda City
Trip to Langkawi
Europe, here I come!
Travel to Istanbul
Travel to Australia
Jadi bestfriend AHR
Car license
Iphone
Kedai hadiah
Mirrorless Camera
Mr Photographer!
Jumpa Kanda Kesayangan
Nikah tanpa couple



Cinta Yang Suci




Aku menyimpan impian untuk mencintai dan dicintai seseorang,
Seseorang yang jauh lebih sempurna dari aku...

Tapi, aku harus melupakan impian itu untuk sementara waktu,
Sebab cinta aku kepada ALLAH belum cukup sempurna...
dan aku harus mengejar cinta itu dahulu sebelum mendapatkan cinta manusia...

Yang lebih mengukuhkan alasan aku untuk melupakan sejenak perasaan cinta terhadap manusia adalah disebabkan oleh kata-kata yang tercatat dalam gambar di atas, lantas membuatkan aku berfikir dan banyak membaca tentang baik buruknya dunia percintaan.


"Cinta yang suci adalah cinta selepas perkahwinan..."


Ya, memang aku tidak menafikannya...
Aku pula semakin bersemangat ingin mengejar cinta selepas berkahwin,
kerana aku sedar nikmat kebahagiaan itu menjanjikan yang terbaik...

Anyway....
Kalau pun aku jatuh cinta, aku cuma akan memendam perasaan itu,
Salah satu jalan yang terbaik, adalah berdoa untuk orang yang kita cintai,
bukan cakap dengan dia 'I Love You....'
setakat cakap I Love You takkan menjanjikan apa-apa pun,
so, better kita berdoa kepada Tuhan semoga cinta dalam hati kita tu berkekalan...
then, apa yang terbaik sebenarnya adalah cinta dalam hati,
Walaupun sakit memendam, tetapi kita sandarkan kepercayaan kita kepada Tuhan
bahawa jodoh kita telah ditetapkan olehNya...


Kalau kita rindu dia, kita sampaikan rindu kita tu melalui doa dan mengingati ALLAH
InsyaALLAH... suatu hari nanti, Tuhan akan perkenankan rindu kita untuk berlabuh kepada orangnya...


Sebab tu cinta selepas berkahwin adalah lebih bermakna,
kita tak bosan menghadap muka suami kita hari-hari sebab sebelum ni kita tak pernah keluar dating dengan dia, tak pernah berkepit sana-sini, tak pernah bertentang mata... kita juga tak bosan dengar suara dia sebab sebelum ni kita tak pernah calling calling, dan semestinya kita berdebar-debar nak dengar dia cakap, "Sayang... I Love You..." sebab sebelum ni kita tak pernah dengar lelaki cakap I Love You kat kita, dan semestinya ungkapan tu kedengaran sangat bermakna di telinga kita sebab seorang suami mengungkapkannya buat pertama kali. Bukankah indah perasaan tu?


Haha...
Rasanya aku ni tak boleh pergi jauh lagi...
Melalut-lalut angaunya dan boleh jatuh dosa bila terlalu memikirkan perasaan ni.
Better aku stop!
Terlalu memikirkan sangat buat apa?
Sebab Tuhan telah menjanjikannya untuk kita... :)




"Mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata...
dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju yang dingin, bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang..."







XoXo
Miss Novelist






Labels: