::Diari Si Kotak Hati::
Assalamualaikum


Welcome to my Kotak Hati. Fahami aku dalam tulisanku.


Stuff Diary About Him Site


Owner

Miss Novelist




Hati terasa sepi bila ku jauh dari sentuh cintamu.
Ingin selalu ada dekatmu,
selalu ada di hatimu.


Mr Photographer



You're my love, you're my life
You're my everything I need.
I give you my heart
I give you my soul
In every way


My Precious



Pinky Promise!
You are always my sister,
forever my best friend.
Love you.

#KandaDinda



Lagu sendiri
Manuskrip siap!
Koleksi novel
Jadi novelis
Guitar
Honda City
Trip to Langkawi
Europe, here I come!
Travel to Istanbul
Travel to Australia
Jadi bestfriend AHR
Car license
Iphone
Kedai hadiah
Mirrorless Camera
Mr Photographer!
Jumpa Kanda Kesayangan
Nikah tanpa couple



Entri Istimewa Untuk Bestfriend




Sunyi...
Macam tu lah aku rasa sekarang. Masa-masa sunyi begini buat aku teringat dan terkenang betapa bermaknanya saat kawan baik ada di sisi aku. Boleh gurau-gurau siap saling membuli lagi. Hek3, betapa bestnya saat tu kan? Ketawa sama-sama, gurau sama-sama...

Hari tu, masa aku di Kuala Lumpur, seronok membeli-belah di Pasar Seni, aku terjumpa sesuatu yang hampir sama seperti dalam gambar kat atas tu. Kalung untuk "Best Friend" dan harganya sangat mahal. Tak mampu aku nak memilikinya. Jadi, aku beli sesuatu yang lain untuk kawan baik aku walaupun hati aku meronta-ronta nak kalung tu. Aku nak hadiahkan pada kawan baik aku tu dan cakap kat dia macam ni : 

"...ni hadiah dari aku sempena persahabatan kita. Kau jagalah baik-baik ok?"


Haha, merepek je aku. Dari dulu sampai sekarang, sepatah ayat macam ni pun aku tak pernah berani nak beritahu dia. Aku jenis yang pengecut bila harus bercakap perkara macam ni depan-depan. Segala perasaan sayang aku pada kawan aku tu hanya mampu aku simpan dalam hati dan luah kat sini... sebab aku tahu, dia tak akan baca entry ni hinggalah suatu hari bila tiba masanya dia mulai sedar dan mula care semua perkara tentang aku. :')

Aku tahu dia kawan yang baik walaupun dia jarang tunjuk yang dia care dengan aku. Dia tak pernah beritahu yang dia sayang or rindu kat aku bila kami berjauhan. Cuma aku kadang-kadang pernah mesej dia dan cakap yang aku rindu dia, itupun aku beritahu dengan cara 'main-main'. Tapi, aku berharap sangat yang dia faham dengan cara 'main-main' aku tu, dan tahu yang sebenarnya aku memang sangat memerlukan dia saat aku rindu dan sunyi macam ni.

Balik aje dari Kuala Lumpur tu, aku tak sabar nak jumpa dia dan hadiahkan sesuatu yang aku dapat dari sana. Sesuatu yang boleh buat aku teringat kat dia dan dia juga boleh jadikan hadiah tu sebagai kenangan. Kat hadiah tu aku tulis...

"Abadikan kenangan ini di dalam hati..."

Sejujurnya, aku berusaha untuk menghargai dia. Aku tidak mahu perkara lebih dua tahun lepas terjadi lagi, di mana persahabatan kami pernah goyah gara-gara sikap aku yang seperti kebudak-budakkan. Aku akui, aku bukannya baik sangat. Aku punyai kelemahan tersendiri. Dan selepas beberapa tahun berlalu dan kini kami kembali rapat. Aku tak mahu mempersiakan peluang ini lagi. Aku sudah mula selesa dengan persahabatan ini. Biarlah orang lain meninggalkan aku, dalam hati aku cuma berharap dia tak akan meninggalkan aku.

Hei, kawan!
Aku berusaha jadi kawan yang 'sweet' di mata kau tau? Ingat lagi malam hari jadi kau? Aku sangat kecewa bila rancangan aku batal saat-saat akhir. Dan mujur malam esoknya aku berjaya juga celebrate hari jadi kau walaupun cuma di tempat yang kurang 'standard'. Kita celebrate dalam kereta je dengan kek dan hadiah sebuah patung kura-kura yang kau panggil 'Tuti'. Puas aku cari Tuti di merata kedai dan akhirnya aku terjumpa juga, sesuai dengan kemampuan aku. Tapi tak apa, apalah yang lebih berharga selain dari sebuah persahabatan yang aku miliki sekarang? Malam tu, aku berharap yang surprise aku akan jadi perkara paling sweet yang pernah aku buat sepanjang kita jadi bestfriend, tapi sayangnya kau cakap benda ni 'tak sweet pun'. Aku kesal sendiri di atas kelemahan aku dan berusaha serta tak pernah jemu mencuba untuk memperbaikinya.

Ingat lagi hadiah baju T merah jambu yang aku hadiahkan selang dua malam lepas kita sambut hari jadi kau? Sebenarnya, aku nak cakap yang baju tu adalah hadiah untuk persahabatan kita tapi entah kenapa tiba-tiba aku cakap yang tu hadiah untuk hari jadi kau. Okay! Sebenarnya aku malu nak berterus-terang! Itulah perkara yang sebenarnya. Tetapi, malam tu ada satu perkara yang buat aku gembira, bila kau cakap, "...ini baru sweet!!" Kau cakap macam tu lepas kau tahu yang aku beli baju sepasang untuk kita. Okay, baru nampak sikit kejayaan aku sebagai kawan yang sweet. Hek3..

Hei kawan!
Aku selalu menyusahkan kau, maafkan aku. Kelemahan diri ini buat aku tak boleh kawal diri dari menyusahkan kau. Aku berjanji, lain kali aku akan berusaha sendiri dan aku cuba kurangkan perkara-perkara yang membuatkan kau rasa susah dengan aku. Tapi, bila-bila masa kau perlukan aku, kau cakap aje ok? Aku sentiasa ingin 'memberi' pada kawan baik aku dan tiada perkataan 'susah' selagi ia dilakukan demi seorang kawan. :)

Aku berharap yang suatu hari nanti kau akan pandang aku sebagai seorang kawan baik yang ada di hati kau. Sebab tika ini, aku belum nampak sebarang posisi untuk aku dalam kamus persahabatan kau. Walaupun kita tak turun kelas sama-sama, kaum dan agama berbeza, jarang ada masa untuk diluangkan bersama, masalah pun jarang kita kongsi berdua dan terlalu banyak perkara yang berbeza antara kita, tapi aku masih dapat rasa yang kita sentiasa dekat. Aku masih boleh tersenyum saat aku teringat semua perkara yang kita lalui. Aku dah tak perlukan teman lain bila kau ada menemani aku.

Harapan aku, suatu hari nanti kau akan baca entri ni. Entri yang sangat panjang istimewa untuk tatapan kau. Aku tak mengharap lebih, aku cuma nak kau tahu yang aku sayang kau dan kita akan sama-sama jaga persahabatan ni. Berusaha melengkapi apa yang kurang antara kita. Berusaha untuk mengakhiri setiap masalah dengan jalan yang terbaik. Saling menegur bila salah seorang antara kita tersilap. Saling berpesan untuk kebaikan diri. Sentiasa melindungi dan menguatkan antara satu sama lain. Semuanya demi persahabatan kita yang sudah kembali mekar.



Terima kasih aku ucapkan kerana persahabatan ini... :'D



p/s : Entri ni bukan untuk menyinggung perasaan siapa-siapa, tetapi sekadar nak beritahu yang aku ada bestfriend yang sweet walaupun dia tak pernah tunjuk... hehe..

bye!






XoXo,
-Miss Novelist-





Labels: