::Diari Si Kotak Hati::
Assalamualaikum


Welcome to my Kotak Hati. Fahami aku dalam tulisanku.


Stuff Diary About Him Site


Owner

Miss Novelist




Hati terasa sepi bila ku jauh dari sentuh cintamu.
Ingin selalu ada dekatmu,
selalu ada di hatimu.


Mr Photographer



You're my love, you're my life
You're my everything I need.
I give you my heart
I give you my soul
In every way


My Precious



Pinky Promise!
You are always my sister,
forever my best friend.
Love you.

#KandaDinda



Lagu sendiri
Manuskrip siap!
Koleksi novel
Jadi novelis
Guitar
Honda City
Trip to Langkawi
Europe, here I come!
Travel to Istanbul
Travel to Australia
Jadi bestfriend AHR
Car license
Iphone
Kedai hadiah
Mirrorless Camera
Mr Photographer!
Jumpa Kanda Kesayangan
Nikah tanpa couple



Kenangan Yang Akan Aku Jaga




Hidup ini mulai sibuk dan dihujani dengan aneka masalah berbaur ujian yang tak penat kunjung tiba. Namun, di sebalik semua itu, tetap tak menghalang perkara-perkara bahagia mencelah di antaranya. Dan aku masih mampu tersenyum walau sebenarnya hati sedang dilanda kepenatan. :')


Terima kasih duhai sahabat..
Di setiap masalah, engkau hadir tanpa aku duga..
Memberikan aku senyuman..
Yang ada kalanya membuatkan aku menangis terharu,
Dan menjadikan ia kenangan dalam ingatan
Lalu aku yakin bahawa engkau akan selalu ada..
Kerana kebersamaan kita semakin mendekat..
Dan perasaan kita semakin mengikat..


Aku menulis malam ini hanya untuk mengenang kembali beberapa tempoh yang sudah aku lalui bersama seorang insan bergelar "kawan baik".. teringat balik saat dia menyatakan kesedihan ketika aku seolah-olah tidak menghargai usahanya..

Kau tahu aku mengidam nak merasa aiskrim Chicken Hartz tu kan? Dari situ timbul satu kenangan yang ingin aku simpan sampai bila-bila. Teringat aku, pada malam kita sekelas berbuka puasa bersama-sama di rumah mentor kita.. kaulah yang jadi kepala meleraikan segala kekusutan. Sungguh, aku sangat respect dengan keberanian tindakan kau masa tu. Kagum aku sebab ada kawan macam kau!

Dan apa yang aku tak boleh lupa, bila kau kata yang kau bersusah-payah carikan aiskrim tu sebagai pencuci mulut gara-gara ingin memenuhi hasrat aku yang nak sangat makan aiskrim Chicken Hartz. Aku sangat tak menduga tindakan kau. Tapi sayangnya masa tu aku cuma merasa secawan kecil aje sebab dah kekenyangan. Lagipun, aiskrim Wall's dengan aiskrim Chicken Hartz rasanya tak sama.. :)

Selepas kau dengar jawapan aku, kau buat-buat muka sedih dan kata, "...sampai hati kau cakap macam tu, bersusah-payah aku cari aiskrim tu untuk kau sebab mengenangkan kau yang mengidam sangat nak makan aiskrim Chicken Hartz. Tapi, kau makan secawan aje.."

Walaupun nampak kau main-main, tapi jauh di sudut hati aku tahu kau betul-betul terasa dengan tindakan aku. Tapi kau tak tahu, sebenarnya kata-kata kau tu lah yang membuatkan aku selalu tersenyum setiap kali terkenangkannya. Masa aku ada masalah, bila aku teringat balik... aku akan tersenyum. Dan sehingga semalam, engkau masih lagi mengungkit perkara yang sama lalu membuatkan aku bertambah yakin yang kau benar-benar lakukannya untuk aku..

You know what?
Itu adalah perkara paling cute yang kau pernah buat untuk aku... kau memang kawan aku yang sweet walaupun jarang sekali kau tunjuk. Aku sangat menghargainya okay! Dan itu adalah perkara yang aku tunggu-tunggu, di mana kau berusaha melakukan sesuatu untuk aku.. Terasa yang aku sudah mula mengisi tempat dalam kamus persahabatan kau. :) Terima kasih...

Hei, kawan... kali ini, aku tak ingin menoleh ke belakang lagi, walaupun di hadapan aku berjuta halangan menanti.. tapi, dengan adanya kau aku tak perlu risau. Sebab engkaulah kawan yang memimpin aku, menghulurkan tangan saat aku memerlukan dan jika aku terlalai, kau ada untuk menyedarkan.

Meskipun perkara yang aku ceritakan di sini hanyalah perkara paling remeh dan kecil di mata orang malah di pandangan dunia ini, namun ketahuilah bahawa perkara itu adalah perkara paling besar dalam hidup aku. Suatu hari nanti, saat kau baca entri ni.. aku ingin kau tahu dan simpan teguh dalam hati yang kau akan selalu menjadi sahabat kesayangan aku. Meski aku dah tak ada, tetapi kenangan ini tetap aku tinggalkan untuk kau. Jagalah ia baik-baik okay? :)







Rindu kau, kawan...
-Miss Novelist-










Labels: