Hati terasa sepi bila ku jauh dari sentuh cintamu.
Ingin selalu ada dekatmu,
selalu ada di hatimu.
Mr Photographer
You're my love, you're my life
You're my everything I need.
I give you my heart
I give you my soul
In every way
My Precious
Pinky Promise!
You are always my sister,
forever my best friend.
Love you.
#KandaDinda
Bingkisan Buat Kamu
Assalamualaikum.
Aku menulis kembali bingkisan hati ini sekadar untuk mengingatkan serta menyedarkan sesuatu untuk kita renungi di kemudian hari..
Sahabat kusayang,
Hari ini mungkin telah masuk usia setahun perkenalan kita..
Sebelum hubungan kita berlayar semakin jauh meniti usia persahabatan yang kita harapkan, seeloknya aku berterus-terang tentang apa yang mengganggu fikiran kebelakangan ini. Pengalaman lepas telah membuatkan aku berfikir sedalamnya tentang catatan ini. Aku resah andai terus berdiam. Maka, ingin aku luahkan di sini untuk kamu nilaikan.
Insya-ALLAH dengan izin Tuhan, persahabatan ini akan kita layari hingga ke akhir hayat, tetapi kamu pasti tahu bahawa semakin lama kita bersama, kita akan semakin mengenali hati budi masing-masing. Maka di sinilah timbul sekelumit kerisauan di hati aku, seandainya suatu hari kelak atau mungkin sudah di saat ini, kamu mula musykil, sangsi dan ragu atau mungkin juga kamu sudah menyimpan rasa tidak senang dalam hati atas sikap dan hati budiku yang kurang menyenangkan. Ampun dan maaf kupinta. Walau tiada peluang kedua, cukuplah kemaafan dari kamu buat diriku. Sejujurnya ketahuilah, bahawa apa yang paling aku takutkan dalam hidup ini adalah kehilangan kamu, sahabat yang paling aku sayang.
Jauh di sudut hati, tiada niat lain, aku hanya ingin menumpang kasih dan sayang dari dunia maya yang telah aku ciptakan bersama kamu. Dunia yang sejujurnya tidak pernah aku harapkan untuk menyayangi dan disayangi oleh sahabat sebaik kamu, namun sungguh.. dalam rasa tidak menyangka itu, aku akhirnya menemui kamu yang sangat tulus dan jujur dalam menghargai makna sebuah persahabatan.
Andai kata suatu hari nanti, kamu mengambil keputusan untuk meninggalkan aku mungkin gara-gara keterlanjuran sikap dan kejelekan peribadi serta hati budi ini, aku redha kerana itu mungkin pilihan yang tepat buat jalan takdir kita. Tidak akan aku halangi kehendak itu. Aku juga akui, aku bukanlah insan yang baik tetapi aku sedang cuba menjadi insan yang baik walaupun pernah banyak kali aku rebah tersungkur demi mengejar keinginan itu. Maka, aku akan mengerti dan sedayanya menerima jika suatu saat nanti terdetik di hati kamu untuk menjauhkan diri. Jika sampai itu terjadi, aku hanya ingin kamu tahu bahawa kamu akan selalu hidup dalam ingatanku bersama kenangan yang indah-indah. Takkan pernah aku lupakan.
Insya-ALLAH...
Andai kata persahabatan kita berkekalan, pertamanya, terima kasih untuk segala-galanya yang telah kamu curahkan sepanjang perkenalan kita. Terima kasih juga untuk segala-galanya yang akan kamu pertaruhkan demi mempertahankan persahabatan kita di kemudian hari. Tiada apa yang mampu aku berikan, cumalah kasih sayang dan sucinya doa agar kita terus bersama, setia dalam susah dan senang sepanjang bersahabat. Walaupun aku belum mampu menjadi yang terbaik, namun aku akan cuba membahagiakan kamu.
Sekali lagi, andai kata wujud kesilapan dan selayaknya aku dihukum atas kesilapan itu, aku terima kerana diri ini sebetulnya bukan insan yang baik bahkan tidak sempurna sama sekali. Namun, sekiranya aku layak disayangi atas nama persahabatan ini, maka aku akan berusaha menjadi insan paling bahagia untuk membahagiakan kamu yang telah mengisi satu ruang dalam hatiku. Insya-ALLAH..
Kamu yang terbaik di hati aku. Walau jauh tak pernah bersua muka, tapi kehadiran kamu terasa sangat dekat dengan jiwa, terasa sangat serasi dengan hati.
p/s : Lyz... years from now, I hope we are still in each others lives.
Kita akan sedar bahawa dunia ini tidak sekejam yang pernah kita sangka.
Ketika kesepian membatasi hati dan akal,
Tuhan kirimkan teman untuk mengisi bahagian yang hilang.
Aku seperti manusia lainnya,
Pernah melepaskan dan merasa kehilangan.
Terkadang bukan kemahuanku,
namun perjalanan takdir itu pasti lebih indah di kemudian waktu.
Aku percaya...
Kerana hari ini, ketika aku kesepian..
aku menemukan yang lebih membahagiakan.
Ada cerita tentang kita yang ingin aku lakarkan. Biar menjadi lukisan yang mempersonakan pada waktu yang cukup menyenangkan ketika kita mengenang detik itu kembali. Terima kasih wahai kamu, sahabat yang setia bersamaku. Walau jarak kita beribu batu. Jasad kita terpisahkan oleh lautan yang mungkin belum mampu aku redahi, namun aku berbahagia saat ini kerana kita masih berdiri di bawah langit yang sama. Kita masih berpijak pada tanah yang sama. Kamu mahupun aku tetap bernafas dengan udara yang sama. Dan kita juga masih percaya bahawa hati kita tidak pernah jauh.
Cukuplah itu buatku...
Aku mohon...
Jagalah dirimu baik-baik, kerana tiada dayaku bersamamu sepanjang waktu, menghalangi segala yang tidak seharusnya terjadi. Doaku selalu mengiringi kamu yang aku sayang selalu. Semoga kisah kita ini akan berpanjangan sampai waktu menjemputku. Kuharap antara kita akan baik-baik saja meski badai menghempas. Sesungguhnya, kehilangan itu cukup menyakitkan. Dan meskipun aku menyedarinya, aku masih memberikan sepenuh hatiku untuk persahabatan ini kerana aku yakin bahawa antara kita, pasti akan tetap kuat untuk bertahan.
Membilang hari-hari yang seakan menjauh dari hidup ini ternyata sukar. Bukan tidak ingin terus memandang ke depan, cuma aku seakan merasa "kehilangan" pada hari ini saat kenangan silam itu pudar perlahan-lahan. Aku selesa bernafas hari ini, tak bermakna aku sewenang-wenangnya melepaskan masa lalu. Sungguh sedikit sebanyak aku masih lemas dalam permainan waktu.
Aku ke yang berubah?
Sedangkan banyak yang telah kufikirkan tentang kamu. Telah kuhabiskan sisa hidupku yang lalu hanya untuk menyayangi kamu. Cuma kini, aku telah berhenti mencurah rasa kerana kukira sayangku itu tidak lagi menjadi keperluan buat kamu. Ya, memang aku telah jauh berubah saat aku menyedari bahawa aku hanyalah persinggahan dan hakikat itu cukup menyakitkan.
Tak perlu kamu persoalkan kenapa hari ini aku tidak lagi peduli. Jawapan kepada perubahan aku sebenarnya ada pada kamu. Dan telah aku relakan untuk perpisahan ini kerana aku tidak mahu bersedih lagi. Saat kamu pernah berbahagia tanpa menyedari air mataku, aku merasakan bahawa saat itu aku bukanlah yang terbaik kerana ternyata ada orang lain yang jauh lebih membuatkan kamu bahagia. Pergilah.
Meski masih ada tempat untuk kamu di hati ini, tapi maafkan aku, ruang itu cuma untuk perteduhan buat kenangan-kenangan kita yang masih aku sayang. Sampai saat hati aku tidak merasa kehilangan lagi, aku yakin bahawa detik itu telah kuberikan ruang itu untuk orang yang jauh lebih tahu menghargai.
Mungkin tiada kesempatan buat aku mengungkapkan, cuma aku berharap dengan bait-bait lagu ini dapat kuzahirkan pesan hati buat kamu.. mungkin buat terakhir kali, menjadi tatapan kamu suatu saat nanti.. saat aku tiada lagi di sisimu. Jaga dirimu selalu. Sampai bertemu kembali.
Alhamdulillah entri kali ni menjelma di celah-celah kesibukan. Masih mampu menulis lagi. Seronok tak terkata. Mungkin kali ni posting aku agak panjang kerana sudah terlalu lama tidak menulis dan mencurah cerita dari hati. Aku sebenarnya sangat rindu menulis! Maklumlah pekerjaan sekarang hanya menyanyi, menyanyi dan menyanyi di SMULE. Haha. Jika dulu aku menulis untuk melepaskan tekanan, cuma untuk beberapa tempoh yang lalu, aku berhenti menulis dan mula melalak, dari suara tak berapa nak elok, sumbang sana sini hingga suara aku boleh mengumpul seramai 2000 lebih follower di Smule. Kepada follower Smule aku, terima kasih kerana menerima suara aku seadanya. Haha! Nak gelak sebab benda ni macam syok sendiri je. Lantaklah nak fikir apa. Anyway, aku cuma memberikan yang terbaik sepanjang perkhidmatan aku di SMULE. Hahaha! Nyampah lak rasa. 😂😂😂
Okay, nak simpan satu gambar akaun SMULE aku
sebagai kenangan sempena entri ini ditulis. Haha!
Okay, cukup!
Now nak story pasal life. Tiga tahun tak melepak kat sini, banyak benda aku tertinggal. Kenapa aku yang tertinggal? Haha. Yalah, banyak kot peristiwa yang tak sempat aku catat kat sini sepanjang "kehilangan" aku tiga tahun lalu. Sayang seribu kali sayang sebab banyak peristiwa berlaku selama itu. Dipendekkan cerita, aku cuma menjauh dari kekecewaan, meninggalkan insan-insan yang aku sayang cuma kerana aku merasakan bahawa aku tidak diperlukan lagi di sisi mereka. Then, aku pergi untuk mengubat kecewa sendiri.
Tambah-tambah, aku dah mula dengan life baru, jadi wanita bekerjaya dengan tugas utama mendidik anak bangsa, gaji cukup-cukup makan, sibuk mengalahkan menteri, dengan cuti hujung minggu yang tak menentu, bisnes pula tenggelam timbul, ditambah juga dengan kisah cinta yang tak berapa nak kesampaian. Haha. Itu life aku sekarang. Agak terkial-kial but funny! Boleh dikatakan aku sedang merangkak-rangkak lagi mencari hala tuju hidup.
Namun, harus aku akui bahawa aku selesa dengan hidup aku sekarang! Sungguh! Betul! Siapa sangka, kepayahan mengubat kecewa silam telah membawa haluan hidup aku ke satu lembah yang baharu. Daerah yang tak pernah aku jejak tetapi rupa-rupanya wilayah itulah yang telah mengubah hidup aku hampir seratus peratus. That's why aku mulakan entri aku dengan SMULE! Yup, itulah wilayah yang aku katakan.
Aku menapak di SMULE dengan ID pertama (EqaDarnestra), kemudian bertukar ID kedua (BOS_Eqa_SM) sempena menyertai satu group di SMULE, kemudian kembali menggunakan ID pertama (EqaDarnestra) sebelum berubah menjadi ID ketiga (BOS_Darnestra_SM)... haha! Nampak macam dah lama dalam SMULE kan, padahal semua perubahan ID berlaku dalam sekelip mata je. Haha! Pendirian tak tetap masa tu kot. Tambah-tambah otak tengah celaru, fikiran tak menentu, hati tak berapa nak setuju, hidup pun tengah abu-abu. Haha.
Kenapa aku stop pada ID "BOS_Darnestra_SM"?
Yes! Ada sesuatu yang aku teringin nak tulis bermula dari ID itu. Cerita yang tak begitu popular dalam kalangan umum, tetapi cukup popular di hati aku. Haha, poyo! Actually, bermula dengan ID tu, aku kembali join group lama dalam SMULE cuma ketika itu aku bertemu dengan member baru dengan suasana yang baru. Syok! Sebab member semua kepala giler giler. Dan hari demi hari aku selesa di situ hanya kerana satu nama. Tak perlu kot aku nak mention dulu. Maybe pada entri yang akan datang. Cuma yang kalian perlu tahu, pemilik nama (ID) itulah yang sebenarnya telah membawa aku bernafas kembali dalam satu wilayah baharu. Wilayah yang sedang aku duduki kini. Wilayah yang cukup jauh dari kekecewaan pada hidup yang lalu.
Terima kasih untuk "Wilayah" itu.
Aku hargainya.
Pada entri akan datang, takkan kulepaskan kesempatan untuk mengabadikan kamu dalam tulisanku. Kamu yang aku sayang selalu. Gituuu! 😆😆 Cukuplah entri kali ini, intro kisah kita yang agak panjang telah kucoret. Haha. Sebenarnya inilah keseronokan menulis. Lebih-lebih lagi apabila menulis kisah yang ingin kita tulis untuk disimpan sebagai kenangan. Insya-Allah aku akan kembali lagi dengan "Kisah Kita" dalam next entri. Moga berkelapangan untuk menulis lagi. Amin..
Setelah sekian lama, baru tadi aku berkesempatan menyelongkar semula blog lama yang telah aku private kan dari bacaan umum. Blog yang penuh dengan kenangan dan ingatan. Nak buang, aku sayang pulak jadi aku private kan aje untuk menjadi tatapan aku di kemudian hari. Dan buktinya tadi, aku menyelongkar semula blog tu.
Hasilnya, aku terjumpa sesuatu yang amat bermakna dalam hidup aku iaitu sebuah warkah lama yang dihadiahkan oleh seseorang suatu masa lalu. Ingin aku kongsikan di sini kerana sampai ke saat ini, aku tidak pernah mahu untuk melupakannya.
Mungkin ini yang kamu tunggu-tunggu... Penjelasan dari aku yang kian lama telah kamu nantikan... Aku sering dihantui rasa bersalah atas apa yang berlaku di antara kita.. Bukan niatku untuk mengecewakan dan menghampakan harapan kamu...
Salah aku ker jika ada orang yang jatuh hati pada aku? Sungguh aku tidak pernah memaksa untuk kamu menyenangi diriku lantas merindui dan menyayangi diriku.. Bukan niat aku untuk menolak cinta kamu, namun aku tidak merasa diriku cukup sempurna dan baik untuk diri kamu... Aku takut aku tidak dapat memberi yang terbaik untuk kamu... Aku terlalu banyak kekurangan... Siapa yang tidak ingin dicintai dan disayangi malah aku bahagia bila kamu menyayangi aku.. Namun seperti apa yang aku katakan, aku takut aku tidak cukup sempurna untuk diri kamu...
Dan aku takut untuk bercinta... Aku takut bila dikecewakan sebab aku pernah melaluinya suatu ketika dahulu dan kamu pasti tahu bahawa ianya amat menyakitkan...
Mungkin ada terlintas di hatiku untuk menerima cintamu dan memberikan sepenuh kasih sayangku terhadapmu... Aku tidak sesempurna lelaki lain dalam percintaan.. mungkin kamu akan rasa diabaikan jika kamu bersama ku.. kerana aku bukan jenis yang suka bersms dan berdating... Hurm..aku buntu..
Aku juga takut jika kamu bersama ku, kamu akan terlepas peluang untuk bersama dengan seseorang yang lebih baik hanya kerana kamu sudah mengikat janji kasih dan sayang dengan diriku.. aku tidak mahu itu untuk terjadi.. biarlah aku yang sentiasa mengalah kerana aku sentiasa mahukan yang terbaik untuk orang yang tersayang, iaitu kamu... sungguh diriku menyayangi dirimu namun mencintaimu tak bermakna aku harus memiliki dirimu... asalkan kamu bahagia aku cukup bahagia.. namun, hanya satu yang aku minta, jaga dirimu baik-baik, tingkah laku dan sopanmu... insyaAllah jika kamu tak berjumpa lagi dengan seseorang yang dicintai, jika ada jodoh mungkin kita akan bersama.. Aku tidak berjanji namun aku pasti akan memiliki dirimu dan kamu akan memiliki diriku jika aku telah berkemampuan nanti..
Salam…
Tika aku membacanya kembali, sungguh, air mataku tiba-tiba tumpah membelah pipi. Bukan kerana aku bersedih di atas penolakkan cintanya terhadap diriku, namun aku menangis kerana aku cukup terharu di atas pengorbanan cinta yang telah dia berikan.
Meskipun kini aku tidak mengikat janji kasih dan cinta terhadapnya, namun entah kenapa hati ini masih setia menunggu walau tanpa dia sedari. Ya…tanpa dia sedari. Setiap kali dia ada, aku berusaha menutup rasa. Aku berusaha melihatnya sebagai seorang sahabat di kala suka dan duka. Dan aku sering percaya bahawa Allah SWT lebih tahu apa yang terbaik untukku. Jadi mulai saat ini, aku tak ingin terburu-buru!
Dan aku juga tahu bahawa Allah SWT itu sedang menguji. Jadi, bersabarlah wahai hati… Allah SWT itu punya rencana tersendiri.
“Ya Allah, Engkau telah membuka pintu hatiku untuk benar-benar tulus mencintai seseorang. Di mana aku hanya mencintai dan merinduinya di dalam hati. Dan kepercayaan ini aku sandarkan kepadaMu, di mana aku yakin bahawa Engkau akan menganugerahkan aku cinta yang terbaik. Hindari aku untuk bercinta di jalan yang salah. Hindari aku dari perasaan yang bergelora. Kau berkatilah cinta hambaMu ini ya Allah. Sesungguhnya Engkau menciptakan Hawa itu hanya untuk Adam. Begitu juga Engkau menciptakan lelaki untuk perempuan. Sekiranya benar dia yang kutunggu adalah jodoh yang telah Engkau tetapkan untukku, Kau bimbinglah kami untuk menjalani cinta yang luhur dan suci. Kau bantulah kami untuk terus setia dan kekal dalam perasaan ini. Perasaan di mana hanya hati kami yang mengetahui. Ya Allah…kuserahkan segalanya kepadaMu, kerana yang memberi cinta ke dalam hati manusia itu adalah Engkau. Jadi, aku tidak mahu cinta ini melebihi batas cintaku terhadapMu. Tunjukkanlah aku seluas-luas jalan penyelesaian dan mudah-mudahan aku bertemu jodoh yang membimbing aku ke jalanMu. InsyaAllah…”
Tidak sia-sia aku menemukan kembali warkah ini, kerana ia membuatkan aku sedar akan perkara yang lebih bermakna dalam hidup iaitu cinta. Cinta kepada pencipta adalah yang utama sebelum Allah SWT memberikan cinta ke dalam hati kita sebagai hambaNya.
Terima kasih aku ucapkan di atas warkah usang ini, tiada apa yang lebih bermakna selain mendoakan insan yang kita cintai walau hanya di dalam hati. Tak apalah kalau dia tak tahu sekalipun, yang penting itulah sebaik-baik dalam percintaan duniawi. Peace~
Seriously, lama benar aku tinggalkan blog ini terbiar berhabuk macam ni! Sedihnya tengok... 😢 dan aku tak sangka sekarang nak tulis entry dah boleh letak emoji. Haha! Kejakunan melanda.. 😂😂😂 (nampak tak emoji aku guna tu) Haha. Anyway, nak say "Hi" kat pembaca blog aku walaupun aku tahu blog ni tak ada pembaca pun. Lantaklah... lagi suka tak ada pembaca, kang rahsia terbongkar. Mampoih! Haha...😄
Okay! Now sedar tak sedar dah lebih tiga tahun aku tinggalkan blog ni...
Sepanjang tiga tahun itu sebenarnya life aku dalam keadaan tak menentu. Itu sebenarnya yang terjadi. Dan kerana situasi itu juga aku langsung tak menjengah kat blog ni macam kebiasaan aku buat tiga tahun yang lepas. Aku malaslah nak cerita pasal life aku yang tak menentu tu, better aku lupakan sebab now aku dah boleh mengatasi apa jua yang pernah menimpa aku. Haha! Gelak untuk senangkan hati je.
Buat masa sekarang ni, apa yang dapat aku kongsikan kat sini ialah life aku dah pulih. Cuma aku hidup dengan orang-orang baru di sekeliling aku. But still, aku masih sayangkan insan-insan yang pernah hadir dalam hidup aku waktu dulu-dulu. My bestfriend of course! My classmates! My Lil Sis! My Mr. Chipsmore! Haha. Aku masih sayangkan semua...
Apa yang aku tinggalkan dalam life aku yang dulu ialah suasananya. Hmm.. maksud aku ialah impian aku! Semua tu aku dah tinggalkan. Sedih memang sedih! Tapi, aku kena mula dari bawah balik. Kalau dulu orang kenal aku sebagai "Darnestra" yang aktif berseni, berteater, buat projek shooting itu ini, aktif menulis skrip, menulis novel, cerpen, cipta lagu and so on, tapi sekarang nama "Darnestra" sudah tenggelam, terkubur dalam fikiran setiap orang.
So, aku sedang membilang hari untuk bangkit semula selepas kejatuhan aku dalam tempoh tiga tahun itu. Aku akan stay dengan life sekarang sebab aku rasa aku dah selesa dengan orang-orang baru. Cukup selesa dengan "bestfriend" yang aku ada sekarang. Alhamdulillah... Thank you, ALLAH!
Saat menulis entri ni, aku sedang melayan lagu Dahsyat nyanyian Mojo. Liriknya mampu membuatkan aku menangis. Yup, dah tajuknya pun nama DAHSYAT. Perasaannya pun terasa dahsyat...!
Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu
Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Kita dua hati
Selamanya takkan terpisah
Kau dan aku
Punya cinta
Paling terindah di dunia
Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlukanmu
Kau cinta selama-lamanya...
Tak ada yang menyedihkan, tapi sebenarnya aku terharu dengan lirik ni. Kalau boleh lagu ni aku nak tujukan kepada semua insan yang aku sayang. Fahamilah dan selamilah. Perasaan aku terletak di dalamnya.
Dah lama aku tak kemas-kemas blog ni. Hari ni baru ada masa nak menjenguk, itupun lepas seorang member tanya kat aku pasal blog nih. Catatan entri hari ni adalah berkaitan dengan aktiviti aku sepanjang tahun. Okey! Masih tak terlambat kut nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014!! Yeah!! Pejam celik pejam celik dah berlabuh rupanya tirai 2013. Banyak peristiwa dan pengalaman yang berlaku dalam hidup aku. Meh, aku story sikit kat sini.
Perkara paling aku tak boleh lupa :
Tahun 2013
Aku telah kehilangan nenda tercinta, beberapa minggu sebelum raya haji. Dan yang paling menyedihkan aku tak boleh datang jenguk arwah lepas kemalangan hari tu disebabkan masalah kewangan yang tak dapat dibendung. Puas aku kenang, menangis, bersedih... sebab arwah orang yang paling rapat dengan aku dan adik-adik. Sekarang dah tak ada, terasa benar kehilangannya.
Dalam luka, pasti ada bahagianya. Tahun 2013 juga memberikan aku pengalaman yang cukup indah apabila aku buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke luar negara. Aku dan kawan-kawan buat trip ke Indonesia. Bajet pun beriban-riban jugak keluar. Hei... demi kawan, sanggup keluar bajet besar. Tak apalah! At least, ada jugak masa-masa bahagia untuk dikenang.
Seterusnya, aku dapat result gempak! Meningkat dari sem-sem lepas. Alhamdulillah...
Okey! Cukuplah kut aku story pasal 3 perkara aje untuk Tahun 2013. Sekarang nak story pulak pasal 2014.
Aktiviti sepanjang tahun :
Tahun 2014
Semestinya kuliah! Final year student, okay! Hehe.
Tulis skrip. Sekarang dah ada permintaan and may be aku akan tulis skrip untuk telemovie bergenre ketuhanan dan keagamaan. Insya-Allah proposal akan diterima. Doakan!
Jadi director. Sekarang pun aku tengah buat penggambaran bersama pelakon-pelakon aku untuk short film terbitan ED Production. Nanti aku akan uar-uarkan sebarang berita berkenaan short film ni.
Aktiviti-aktiviti kampus pun semakin banyak berlangsung. Contohnya yang paling dekat ialah Majlis Perpisahan bersama Mentor kami. Lepas tu, kena urus pasal Bengkel Terapi bersama rakan-rakan satu batch. Then, kami kena urus Majlis Perhimpunan Bulanan pulak sebelum menghadapi Praktikum Fasa akhir di sekolah-sekolah. Banyak kerja, tetapi aku boleh pulak buat selamba... Well, life kena enjoy, kan??
Aku juga sibuk dengan manuskrip novel yang kedua. Insya-Allah akan mula menulis lagi pada bila-bila masa. Cuma sekarang aku sibuk merangka jalan cerita. Dan doakan jugak untuk first manuscript aku yang sedang dalam proses penilaian oleh pihak penerbit.
Then, aku sedang membuat perancangan untuk menghasilkan sebuah naskhah skrip untuk lakonan pentas (teater). Tapi, ini perancangan aje. Entah jadi ke tidak itu belakang cerita. Apa yang aku tahu, aku sedang menyusun jalan ceritanya.
Okey! Itu aje setakat ni. Malas nak cerita banyak. Lepas ni, nak keluar kejap untuk tenangkan diri. Dah jadi hobi sekarang kut. Kalau tak keluar dengan kawan-kawan, aku jalan sorang-sorang... Gotta go! Daaa.....
Name : Eqa Darnestra Nickname : Eqa Birthday : 28 February 1991 Colours : Purple, blue, pink and white Staying at : Bintangor, Sarawak Status : It's complicated Email : eqa.darnestra@yahoo.com
Best about me...
Sekali pandang orang akan ingat aku ni sombong, tapi bila korang dah kenal lama dengan aku, aku boleh jadi terlebih friendly. Aku seorang yang sensitif tapi kadang-kadang tak tunjuk. Ada kalanya pula orang kata aku ni keras hati tapi deep down, aku sebenarnya berhati lembut, cuma susah nak tunjuk. Aku seorang yang simple dari segala aspek tapi berfikiran jauh. Aku senang diajak berbincang jika kena pada tempat dan gayanya. Di kalangan member-member aku, aku dikenali dengan sikap aku yang nakal-nakal. Nakal tu bukanlah bermaksud sesuatu perbuatan yang jahat. Nakal yang suka mengusik, sinonimlah dengan sikap mesra kawan. Bila dengan kawan, aku ni jenis yang suka buat kawan aku jadi ceria, buat mereka bergelak tawa tu memang dah jadi kebiasaan. Maklumlah, hidup kena sentiasa ceria. Aku suka berkawan dengan orang yang tidak mementingkan rupa luaran aku. Aku juga seorang yang penyayang...err, malu pula nak cakap. :'D Tapi, hakikatnya hati aku mudah sayangkan orang walaupun sikap luaran aku tidak menampakkan perasaan sebegitu. Seperti yang aku cakap, aku jenis yang susah nak tunjuk semua perkara. Hanya yang betul-betul kenal dan faham aku aje yang akan perasan yang aku sayangkan mereka. :) Dan ada satu lagi yang aku rasa penting nak bagitahu korang, dalam melakukan apa-apa sahaja kerja, aku adalah seseorang yang sukakan ketelitian dan kesempurnaan. Yalah, memang takkan ada yang sempurna, tapi aku akan buat sehabis baik. Itulah aku serba sedikitnya.
Hobi?
Kalau dalam keadaan yang tenang, aku suka melukis. Tak kiralah lukis apapun tapi yang menjadi kesukaan aku adalah melukis potret. Aku juga suka dengar muzik. Tak suka muzik yang ganas-ganas or rock kapak tu. Aku gemar layan lagu jiwang-jiwang. Menyanyi kat tingkap pun best jugak! Sambil-sambil tu tengok ke langit, tenanglah rasanya. Sampai boleh hafal 10 buah lagu kalau datang angin nak menyanyi. Selain tu, aku suka luangkan masa dengan menulis novel. Ada ilham masuk tu, cepat-cepat aku buat draf then plan ayat yang power. Bolehlah dikatakan power walaupun tak ada pengalaman lagi nak jadi novelis tanah air. :'D Sebenarnya, aku ada banyak lagi hobi, biasalah kalau dah tak boleh duduk diam bila ada masa senggang tu, macam-macamlah yang aku buat.
Lelaki idaman...
Err, perlu ke sebut? Hmm, mungkin perlu sebab usia sekarang dah bagi keizinan untuk aku sebutkan juga perkara ni walaupun belum dibolehkan untuk berkahwin. :'D Aku suka lelaki yang pakai baju kemeja corak petak-petak, nampak santai dengan seluar jean. Spesifik lah pulak. Hehe. Tapi betul! Aku suka lelaki yang begitu, nampak kemas dan santai. Penampilan dia kena sentiasa dijaga walaupun rupa tak ada tapi bila jaga penampilan, mata pun akan sedap memandang. Tak naklah yang serabai-serabai. Dia mesti simple orangnya, cool dan ada waktunya periang, tak naklah yang serius sepanjang masa. Tak ceria hidup. Tapi, aku tak suka perangai yang gila-gila tau, aku nak yang COOL. Ada masa dia serius, ada masa dia mesti pandai buat aku ketawa. Tahu menghargai, memahami, penyayang, penyabar dan sewaktu dengannya tu memang standard. Semua gadis di luar sana pun menginginkan lelaki sebegitu. Apa yang penting pada aku ialah ketaqwaannya. Aku inginkan pasangan hidup yang boleh membimbing aku mencintai Allah SWT.
Kalau nak tahu lebih banyak lagi tentang aku, bolehlah add aku kat FACEBOOK and follow aku di TWITTER. Atau hubungi aku : 013-8127*** (nombor di belakang tu cari sendiri)
Itu aje dari aku. Wassalam, bye!
Bingkisan Buat Kamu
Assalamualaikum.
Aku menulis kembali bingkisan hati ini sekadar untuk mengingatkan serta menyedarkan sesuatu untuk kita renungi di kemudian hari..
Sahabat kusayang,
Hari ini mungkin telah masuk usia setahun perkenalan kita..
Sebelum hubungan kita berlayar semakin jauh meniti usia persahabatan yang kita harapkan, seeloknya aku berterus-terang tentang apa yang mengganggu fikiran kebelakangan ini. Pengalaman lepas telah membuatkan aku berfikir sedalamnya tentang catatan ini. Aku resah andai terus berdiam. Maka, ingin aku luahkan di sini untuk kamu nilaikan.
Insya-ALLAH dengan izin Tuhan, persahabatan ini akan kita layari hingga ke akhir hayat, tetapi kamu pasti tahu bahawa semakin lama kita bersama, kita akan semakin mengenali hati budi masing-masing. Maka di sinilah timbul sekelumit kerisauan di hati aku, seandainya suatu hari kelak atau mungkin sudah di saat ini, kamu mula musykil, sangsi dan ragu atau mungkin juga kamu sudah menyimpan rasa tidak senang dalam hati atas sikap dan hati budiku yang kurang menyenangkan. Ampun dan maaf kupinta. Walau tiada peluang kedua, cukuplah kemaafan dari kamu buat diriku. Sejujurnya ketahuilah, bahawa apa yang paling aku takutkan dalam hidup ini adalah kehilangan kamu, sahabat yang paling aku sayang.
Jauh di sudut hati, tiada niat lain, aku hanya ingin menumpang kasih dan sayang dari dunia maya yang telah aku ciptakan bersama kamu. Dunia yang sejujurnya tidak pernah aku harapkan untuk menyayangi dan disayangi oleh sahabat sebaik kamu, namun sungguh.. dalam rasa tidak menyangka itu, aku akhirnya menemui kamu yang sangat tulus dan jujur dalam menghargai makna sebuah persahabatan.
Andai kata suatu hari nanti, kamu mengambil keputusan untuk meninggalkan aku mungkin gara-gara keterlanjuran sikap dan kejelekan peribadi serta hati budi ini, aku redha kerana itu mungkin pilihan yang tepat buat jalan takdir kita. Tidak akan aku halangi kehendak itu. Aku juga akui, aku bukanlah insan yang baik tetapi aku sedang cuba menjadi insan yang baik walaupun pernah banyak kali aku rebah tersungkur demi mengejar keinginan itu. Maka, aku akan mengerti dan sedayanya menerima jika suatu saat nanti terdetik di hati kamu untuk menjauhkan diri. Jika sampai itu terjadi, aku hanya ingin kamu tahu bahawa kamu akan selalu hidup dalam ingatanku bersama kenangan yang indah-indah. Takkan pernah aku lupakan.
Insya-ALLAH...
Andai kata persahabatan kita berkekalan, pertamanya, terima kasih untuk segala-galanya yang telah kamu curahkan sepanjang perkenalan kita. Terima kasih juga untuk segala-galanya yang akan kamu pertaruhkan demi mempertahankan persahabatan kita di kemudian hari. Tiada apa yang mampu aku berikan, cumalah kasih sayang dan sucinya doa agar kita terus bersama, setia dalam susah dan senang sepanjang bersahabat. Walaupun aku belum mampu menjadi yang terbaik, namun aku akan cuba membahagiakan kamu.
Sekali lagi, andai kata wujud kesilapan dan selayaknya aku dihukum atas kesilapan itu, aku terima kerana diri ini sebetulnya bukan insan yang baik bahkan tidak sempurna sama sekali. Namun, sekiranya aku layak disayangi atas nama persahabatan ini, maka aku akan berusaha menjadi insan paling bahagia untuk membahagiakan kamu yang telah mengisi satu ruang dalam hatiku. Insya-ALLAH..
Kamu yang terbaik di hati aku. Walau jauh tak pernah bersua muka, tapi kehadiran kamu terasa sangat dekat dengan jiwa, terasa sangat serasi dengan hati.
p/s : Lyz... years from now, I hope we are still in each others lives.
Kita akan sedar bahawa dunia ini tidak sekejam yang pernah kita sangka.
Ketika kesepian membatasi hati dan akal,
Tuhan kirimkan teman untuk mengisi bahagian yang hilang.
Aku seperti manusia lainnya,
Pernah melepaskan dan merasa kehilangan.
Terkadang bukan kemahuanku,
namun perjalanan takdir itu pasti lebih indah di kemudian waktu.
Aku percaya...
Kerana hari ini, ketika aku kesepian..
aku menemukan yang lebih membahagiakan.
Ada cerita tentang kita yang ingin aku lakarkan. Biar menjadi lukisan yang mempersonakan pada waktu yang cukup menyenangkan ketika kita mengenang detik itu kembali. Terima kasih wahai kamu, sahabat yang setia bersamaku. Walau jarak kita beribu batu. Jasad kita terpisahkan oleh lautan yang mungkin belum mampu aku redahi, namun aku berbahagia saat ini kerana kita masih berdiri di bawah langit yang sama. Kita masih berpijak pada tanah yang sama. Kamu mahupun aku tetap bernafas dengan udara yang sama. Dan kita juga masih percaya bahawa hati kita tidak pernah jauh.
Cukuplah itu buatku...
Aku mohon...
Jagalah dirimu baik-baik, kerana tiada dayaku bersamamu sepanjang waktu, menghalangi segala yang tidak seharusnya terjadi. Doaku selalu mengiringi kamu yang aku sayang selalu. Semoga kisah kita ini akan berpanjangan sampai waktu menjemputku. Kuharap antara kita akan baik-baik saja meski badai menghempas. Sesungguhnya, kehilangan itu cukup menyakitkan. Dan meskipun aku menyedarinya, aku masih memberikan sepenuh hatiku untuk persahabatan ini kerana aku yakin bahawa antara kita, pasti akan tetap kuat untuk bertahan.
Membilang hari-hari yang seakan menjauh dari hidup ini ternyata sukar. Bukan tidak ingin terus memandang ke depan, cuma aku seakan merasa "kehilangan" pada hari ini saat kenangan silam itu pudar perlahan-lahan. Aku selesa bernafas hari ini, tak bermakna aku sewenang-wenangnya melepaskan masa lalu. Sungguh sedikit sebanyak aku masih lemas dalam permainan waktu.
Aku ke yang berubah?
Sedangkan banyak yang telah kufikirkan tentang kamu. Telah kuhabiskan sisa hidupku yang lalu hanya untuk menyayangi kamu. Cuma kini, aku telah berhenti mencurah rasa kerana kukira sayangku itu tidak lagi menjadi keperluan buat kamu. Ya, memang aku telah jauh berubah saat aku menyedari bahawa aku hanyalah persinggahan dan hakikat itu cukup menyakitkan.
Tak perlu kamu persoalkan kenapa hari ini aku tidak lagi peduli. Jawapan kepada perubahan aku sebenarnya ada pada kamu. Dan telah aku relakan untuk perpisahan ini kerana aku tidak mahu bersedih lagi. Saat kamu pernah berbahagia tanpa menyedari air mataku, aku merasakan bahawa saat itu aku bukanlah yang terbaik kerana ternyata ada orang lain yang jauh lebih membuatkan kamu bahagia. Pergilah.
Meski masih ada tempat untuk kamu di hati ini, tapi maafkan aku, ruang itu cuma untuk perteduhan buat kenangan-kenangan kita yang masih aku sayang. Sampai saat hati aku tidak merasa kehilangan lagi, aku yakin bahawa detik itu telah kuberikan ruang itu untuk orang yang jauh lebih tahu menghargai.
Mungkin tiada kesempatan buat aku mengungkapkan, cuma aku berharap dengan bait-bait lagu ini dapat kuzahirkan pesan hati buat kamu.. mungkin buat terakhir kali, menjadi tatapan kamu suatu saat nanti.. saat aku tiada lagi di sisimu. Jaga dirimu selalu. Sampai bertemu kembali.
Alhamdulillah entri kali ni menjelma di celah-celah kesibukan. Masih mampu menulis lagi. Seronok tak terkata. Mungkin kali ni posting aku agak panjang kerana sudah terlalu lama tidak menulis dan mencurah cerita dari hati. Aku sebenarnya sangat rindu menulis! Maklumlah pekerjaan sekarang hanya menyanyi, menyanyi dan menyanyi di SMULE. Haha. Jika dulu aku menulis untuk melepaskan tekanan, cuma untuk beberapa tempoh yang lalu, aku berhenti menulis dan mula melalak, dari suara tak berapa nak elok, sumbang sana sini hingga suara aku boleh mengumpul seramai 2000 lebih follower di Smule. Kepada follower Smule aku, terima kasih kerana menerima suara aku seadanya. Haha! Nak gelak sebab benda ni macam syok sendiri je. Lantaklah nak fikir apa. Anyway, aku cuma memberikan yang terbaik sepanjang perkhidmatan aku di SMULE. Hahaha! Nyampah lak rasa. 😂😂😂
Okay, nak simpan satu gambar akaun SMULE aku
sebagai kenangan sempena entri ini ditulis. Haha!
Okay, cukup!
Now nak story pasal life. Tiga tahun tak melepak kat sini, banyak benda aku tertinggal. Kenapa aku yang tertinggal? Haha. Yalah, banyak kot peristiwa yang tak sempat aku catat kat sini sepanjang "kehilangan" aku tiga tahun lalu. Sayang seribu kali sayang sebab banyak peristiwa berlaku selama itu. Dipendekkan cerita, aku cuma menjauh dari kekecewaan, meninggalkan insan-insan yang aku sayang cuma kerana aku merasakan bahawa aku tidak diperlukan lagi di sisi mereka. Then, aku pergi untuk mengubat kecewa sendiri.
Tambah-tambah, aku dah mula dengan life baru, jadi wanita bekerjaya dengan tugas utama mendidik anak bangsa, gaji cukup-cukup makan, sibuk mengalahkan menteri, dengan cuti hujung minggu yang tak menentu, bisnes pula tenggelam timbul, ditambah juga dengan kisah cinta yang tak berapa nak kesampaian. Haha. Itu life aku sekarang. Agak terkial-kial but funny! Boleh dikatakan aku sedang merangkak-rangkak lagi mencari hala tuju hidup.
Namun, harus aku akui bahawa aku selesa dengan hidup aku sekarang! Sungguh! Betul! Siapa sangka, kepayahan mengubat kecewa silam telah membawa haluan hidup aku ke satu lembah yang baharu. Daerah yang tak pernah aku jejak tetapi rupa-rupanya wilayah itulah yang telah mengubah hidup aku hampir seratus peratus. That's why aku mulakan entri aku dengan SMULE! Yup, itulah wilayah yang aku katakan.
Aku menapak di SMULE dengan ID pertama (EqaDarnestra), kemudian bertukar ID kedua (BOS_Eqa_SM) sempena menyertai satu group di SMULE, kemudian kembali menggunakan ID pertama (EqaDarnestra) sebelum berubah menjadi ID ketiga (BOS_Darnestra_SM)... haha! Nampak macam dah lama dalam SMULE kan, padahal semua perubahan ID berlaku dalam sekelip mata je. Haha! Pendirian tak tetap masa tu kot. Tambah-tambah otak tengah celaru, fikiran tak menentu, hati tak berapa nak setuju, hidup pun tengah abu-abu. Haha.
Kenapa aku stop pada ID "BOS_Darnestra_SM"?
Yes! Ada sesuatu yang aku teringin nak tulis bermula dari ID itu. Cerita yang tak begitu popular dalam kalangan umum, tetapi cukup popular di hati aku. Haha, poyo! Actually, bermula dengan ID tu, aku kembali join group lama dalam SMULE cuma ketika itu aku bertemu dengan member baru dengan suasana yang baru. Syok! Sebab member semua kepala giler giler. Dan hari demi hari aku selesa di situ hanya kerana satu nama. Tak perlu kot aku nak mention dulu. Maybe pada entri yang akan datang. Cuma yang kalian perlu tahu, pemilik nama (ID) itulah yang sebenarnya telah membawa aku bernafas kembali dalam satu wilayah baharu. Wilayah yang sedang aku duduki kini. Wilayah yang cukup jauh dari kekecewaan pada hidup yang lalu.
Terima kasih untuk "Wilayah" itu.
Aku hargainya.
Pada entri akan datang, takkan kulepaskan kesempatan untuk mengabadikan kamu dalam tulisanku. Kamu yang aku sayang selalu. Gituuu! 😆😆 Cukuplah entri kali ini, intro kisah kita yang agak panjang telah kucoret. Haha. Sebenarnya inilah keseronokan menulis. Lebih-lebih lagi apabila menulis kisah yang ingin kita tulis untuk disimpan sebagai kenangan. Insya-Allah aku akan kembali lagi dengan "Kisah Kita" dalam next entri. Moga berkelapangan untuk menulis lagi. Amin..
Setelah sekian lama, baru tadi aku berkesempatan menyelongkar semula blog lama yang telah aku private kan dari bacaan umum. Blog yang penuh dengan kenangan dan ingatan. Nak buang, aku sayang pulak jadi aku private kan aje untuk menjadi tatapan aku di kemudian hari. Dan buktinya tadi, aku menyelongkar semula blog tu.
Hasilnya, aku terjumpa sesuatu yang amat bermakna dalam hidup aku iaitu sebuah warkah lama yang dihadiahkan oleh seseorang suatu masa lalu. Ingin aku kongsikan di sini kerana sampai ke saat ini, aku tidak pernah mahu untuk melupakannya.
Mungkin ini yang kamu tunggu-tunggu... Penjelasan dari aku yang kian lama telah kamu nantikan... Aku sering dihantui rasa bersalah atas apa yang berlaku di antara kita.. Bukan niatku untuk mengecewakan dan menghampakan harapan kamu...
Salah aku ker jika ada orang yang jatuh hati pada aku? Sungguh aku tidak pernah memaksa untuk kamu menyenangi diriku lantas merindui dan menyayangi diriku.. Bukan niat aku untuk menolak cinta kamu, namun aku tidak merasa diriku cukup sempurna dan baik untuk diri kamu... Aku takut aku tidak dapat memberi yang terbaik untuk kamu... Aku terlalu banyak kekurangan... Siapa yang tidak ingin dicintai dan disayangi malah aku bahagia bila kamu menyayangi aku.. Namun seperti apa yang aku katakan, aku takut aku tidak cukup sempurna untuk diri kamu...
Dan aku takut untuk bercinta... Aku takut bila dikecewakan sebab aku pernah melaluinya suatu ketika dahulu dan kamu pasti tahu bahawa ianya amat menyakitkan...
Mungkin ada terlintas di hatiku untuk menerima cintamu dan memberikan sepenuh kasih sayangku terhadapmu... Aku tidak sesempurna lelaki lain dalam percintaan.. mungkin kamu akan rasa diabaikan jika kamu bersama ku.. kerana aku bukan jenis yang suka bersms dan berdating... Hurm..aku buntu..
Aku juga takut jika kamu bersama ku, kamu akan terlepas peluang untuk bersama dengan seseorang yang lebih baik hanya kerana kamu sudah mengikat janji kasih dan sayang dengan diriku.. aku tidak mahu itu untuk terjadi.. biarlah aku yang sentiasa mengalah kerana aku sentiasa mahukan yang terbaik untuk orang yang tersayang, iaitu kamu... sungguh diriku menyayangi dirimu namun mencintaimu tak bermakna aku harus memiliki dirimu... asalkan kamu bahagia aku cukup bahagia.. namun, hanya satu yang aku minta, jaga dirimu baik-baik, tingkah laku dan sopanmu... insyaAllah jika kamu tak berjumpa lagi dengan seseorang yang dicintai, jika ada jodoh mungkin kita akan bersama.. Aku tidak berjanji namun aku pasti akan memiliki dirimu dan kamu akan memiliki diriku jika aku telah berkemampuan nanti..
Salam…
Tika aku membacanya kembali, sungguh, air mataku tiba-tiba tumpah membelah pipi. Bukan kerana aku bersedih di atas penolakkan cintanya terhadap diriku, namun aku menangis kerana aku cukup terharu di atas pengorbanan cinta yang telah dia berikan.
Meskipun kini aku tidak mengikat janji kasih dan cinta terhadapnya, namun entah kenapa hati ini masih setia menunggu walau tanpa dia sedari. Ya…tanpa dia sedari. Setiap kali dia ada, aku berusaha menutup rasa. Aku berusaha melihatnya sebagai seorang sahabat di kala suka dan duka. Dan aku sering percaya bahawa Allah SWT lebih tahu apa yang terbaik untukku. Jadi mulai saat ini, aku tak ingin terburu-buru!
Dan aku juga tahu bahawa Allah SWT itu sedang menguji. Jadi, bersabarlah wahai hati… Allah SWT itu punya rencana tersendiri.
“Ya Allah, Engkau telah membuka pintu hatiku untuk benar-benar tulus mencintai seseorang. Di mana aku hanya mencintai dan merinduinya di dalam hati. Dan kepercayaan ini aku sandarkan kepadaMu, di mana aku yakin bahawa Engkau akan menganugerahkan aku cinta yang terbaik. Hindari aku untuk bercinta di jalan yang salah. Hindari aku dari perasaan yang bergelora. Kau berkatilah cinta hambaMu ini ya Allah. Sesungguhnya Engkau menciptakan Hawa itu hanya untuk Adam. Begitu juga Engkau menciptakan lelaki untuk perempuan. Sekiranya benar dia yang kutunggu adalah jodoh yang telah Engkau tetapkan untukku, Kau bimbinglah kami untuk menjalani cinta yang luhur dan suci. Kau bantulah kami untuk terus setia dan kekal dalam perasaan ini. Perasaan di mana hanya hati kami yang mengetahui. Ya Allah…kuserahkan segalanya kepadaMu, kerana yang memberi cinta ke dalam hati manusia itu adalah Engkau. Jadi, aku tidak mahu cinta ini melebihi batas cintaku terhadapMu. Tunjukkanlah aku seluas-luas jalan penyelesaian dan mudah-mudahan aku bertemu jodoh yang membimbing aku ke jalanMu. InsyaAllah…”
Tidak sia-sia aku menemukan kembali warkah ini, kerana ia membuatkan aku sedar akan perkara yang lebih bermakna dalam hidup iaitu cinta. Cinta kepada pencipta adalah yang utama sebelum Allah SWT memberikan cinta ke dalam hati kita sebagai hambaNya.
Terima kasih aku ucapkan di atas warkah usang ini, tiada apa yang lebih bermakna selain mendoakan insan yang kita cintai walau hanya di dalam hati. Tak apalah kalau dia tak tahu sekalipun, yang penting itulah sebaik-baik dalam percintaan duniawi. Peace~
Seriously, lama benar aku tinggalkan blog ini terbiar berhabuk macam ni! Sedihnya tengok... 😢 dan aku tak sangka sekarang nak tulis entry dah boleh letak emoji. Haha! Kejakunan melanda.. 😂😂😂 (nampak tak emoji aku guna tu) Haha. Anyway, nak say "Hi" kat pembaca blog aku walaupun aku tahu blog ni tak ada pembaca pun. Lantaklah... lagi suka tak ada pembaca, kang rahsia terbongkar. Mampoih! Haha...😄
Okay! Now sedar tak sedar dah lebih tiga tahun aku tinggalkan blog ni...
Sepanjang tiga tahun itu sebenarnya life aku dalam keadaan tak menentu. Itu sebenarnya yang terjadi. Dan kerana situasi itu juga aku langsung tak menjengah kat blog ni macam kebiasaan aku buat tiga tahun yang lepas. Aku malaslah nak cerita pasal life aku yang tak menentu tu, better aku lupakan sebab now aku dah boleh mengatasi apa jua yang pernah menimpa aku. Haha! Gelak untuk senangkan hati je.
Buat masa sekarang ni, apa yang dapat aku kongsikan kat sini ialah life aku dah pulih. Cuma aku hidup dengan orang-orang baru di sekeliling aku. But still, aku masih sayangkan insan-insan yang pernah hadir dalam hidup aku waktu dulu-dulu. My bestfriend of course! My classmates! My Lil Sis! My Mr. Chipsmore! Haha. Aku masih sayangkan semua...
Apa yang aku tinggalkan dalam life aku yang dulu ialah suasananya. Hmm.. maksud aku ialah impian aku! Semua tu aku dah tinggalkan. Sedih memang sedih! Tapi, aku kena mula dari bawah balik. Kalau dulu orang kenal aku sebagai "Darnestra" yang aktif berseni, berteater, buat projek shooting itu ini, aktif menulis skrip, menulis novel, cerpen, cipta lagu and so on, tapi sekarang nama "Darnestra" sudah tenggelam, terkubur dalam fikiran setiap orang.
So, aku sedang membilang hari untuk bangkit semula selepas kejatuhan aku dalam tempoh tiga tahun itu. Aku akan stay dengan life sekarang sebab aku rasa aku dah selesa dengan orang-orang baru. Cukup selesa dengan "bestfriend" yang aku ada sekarang. Alhamdulillah... Thank you, ALLAH!
Saat menulis entri ni, aku sedang melayan lagu Dahsyat nyanyian Mojo. Liriknya mampu membuatkan aku menangis. Yup, dah tajuknya pun nama DAHSYAT. Perasaannya pun terasa dahsyat...!
Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu
Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Kita dua hati
Selamanya takkan terpisah
Kau dan aku
Punya cinta
Paling terindah di dunia
Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlukanmu
Kau cinta selama-lamanya...
Tak ada yang menyedihkan, tapi sebenarnya aku terharu dengan lirik ni. Kalau boleh lagu ni aku nak tujukan kepada semua insan yang aku sayang. Fahamilah dan selamilah. Perasaan aku terletak di dalamnya.
Dah lama aku tak kemas-kemas blog ni. Hari ni baru ada masa nak menjenguk, itupun lepas seorang member tanya kat aku pasal blog nih. Catatan entri hari ni adalah berkaitan dengan aktiviti aku sepanjang tahun. Okey! Masih tak terlambat kut nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014!! Yeah!! Pejam celik pejam celik dah berlabuh rupanya tirai 2013. Banyak peristiwa dan pengalaman yang berlaku dalam hidup aku. Meh, aku story sikit kat sini.
Perkara paling aku tak boleh lupa :
Tahun 2013
Aku telah kehilangan nenda tercinta, beberapa minggu sebelum raya haji. Dan yang paling menyedihkan aku tak boleh datang jenguk arwah lepas kemalangan hari tu disebabkan masalah kewangan yang tak dapat dibendung. Puas aku kenang, menangis, bersedih... sebab arwah orang yang paling rapat dengan aku dan adik-adik. Sekarang dah tak ada, terasa benar kehilangannya.
Dalam luka, pasti ada bahagianya. Tahun 2013 juga memberikan aku pengalaman yang cukup indah apabila aku buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke luar negara. Aku dan kawan-kawan buat trip ke Indonesia. Bajet pun beriban-riban jugak keluar. Hei... demi kawan, sanggup keluar bajet besar. Tak apalah! At least, ada jugak masa-masa bahagia untuk dikenang.
Seterusnya, aku dapat result gempak! Meningkat dari sem-sem lepas. Alhamdulillah...
Okey! Cukuplah kut aku story pasal 3 perkara aje untuk Tahun 2013. Sekarang nak story pulak pasal 2014.
Aktiviti sepanjang tahun :
Tahun 2014
Semestinya kuliah! Final year student, okay! Hehe.
Tulis skrip. Sekarang dah ada permintaan and may be aku akan tulis skrip untuk telemovie bergenre ketuhanan dan keagamaan. Insya-Allah proposal akan diterima. Doakan!
Jadi director. Sekarang pun aku tengah buat penggambaran bersama pelakon-pelakon aku untuk short film terbitan ED Production. Nanti aku akan uar-uarkan sebarang berita berkenaan short film ni.
Aktiviti-aktiviti kampus pun semakin banyak berlangsung. Contohnya yang paling dekat ialah Majlis Perpisahan bersama Mentor kami. Lepas tu, kena urus pasal Bengkel Terapi bersama rakan-rakan satu batch. Then, kami kena urus Majlis Perhimpunan Bulanan pulak sebelum menghadapi Praktikum Fasa akhir di sekolah-sekolah. Banyak kerja, tetapi aku boleh pulak buat selamba... Well, life kena enjoy, kan??
Aku juga sibuk dengan manuskrip novel yang kedua. Insya-Allah akan mula menulis lagi pada bila-bila masa. Cuma sekarang aku sibuk merangka jalan cerita. Dan doakan jugak untuk first manuscript aku yang sedang dalam proses penilaian oleh pihak penerbit.
Then, aku sedang membuat perancangan untuk menghasilkan sebuah naskhah skrip untuk lakonan pentas (teater). Tapi, ini perancangan aje. Entah jadi ke tidak itu belakang cerita. Apa yang aku tahu, aku sedang menyusun jalan ceritanya.
Okey! Itu aje setakat ni. Malas nak cerita banyak. Lepas ni, nak keluar kejap untuk tenangkan diri. Dah jadi hobi sekarang kut. Kalau tak keluar dengan kawan-kawan, aku jalan sorang-sorang... Gotta go! Daaa.....
Moga TUHAN mendengar doaku untukmu kerana tanda sayangku adalah selalu mendoakanmu...
Best about him...
Sekali pandang, bagi aku dia memang tak handsome! Sekadar seorang lelaki yang sedap mata memandang aje. Tetapi, sejak mengikuti perkembangan dia day by day, persepsi aku berubah perlahan-lahan. Sebab pertama, dia seorang yang suka merendah diri. Sebab kedua, dia peramah. Sebab ketiga, dia tak lokek dengan senyuman. Okay, aku akui yang aku suka tengok dia tersenyum. Bukan setakat tu aje, dari cara dia layan orang, jelas menunjukkan yang dia sangat hormat pada sesiapa saja. Dia seorang yang ada bakat tersendiri dan sesungguhnya aku suka seseorang yang berbakat besar dan komited pada kerja. Lagipun, dia nampak cool. Dah memang tersenarai dalam kategori lelaki idaman aku. Err, lupakan pasal tu! Kita fokus pada dia. :) Dia seorang yang nampak santai, bijak dan yang penting tak merokok! Haha. Apa-apapun kata orang, bagi aku dia tetap lelaki yang baik!
Hobi?
Memandangkan perkenalan antara kami bolehlah dikira agak baru lagi, tapi aku tahu serba sedikit tentang dia. Dia suka bersukan. Pernah ceburi sukan bola sepak dan apa yang dahsyat, dia ada sampai 18 kasut bola. Err, membazir betul! Tapi, kalau dah minat tak menjadi masalah. Selain itu, dia juga suka menyanyi. Katanya, lagu dan muzik itu sudah sebati dalam jiwanya. Padanlah sekarang jadi penyanyi. By the way, hobi-hobi ni terpaksa dilupakan buat sementara memandangkan sekarang dia sangat sibuk dengan kerjaya. Anyway, semoga sentiasa sukses dalam hidup.
Gadis idaman...
Perlu ke aku beritahu? Haha. Okay, aku cuma beritahu apa yang aku tahu. Si dia ni dah tetapkan tujuh syarat untuk jadi gadis idaman dia. Antaranya:
Kena jadi diri sendiri Peramah Pandai menghormati orang tua Rajin buat kerja apa saja Bijak dan cerdik pemikiran Baik budi bahasa Boleh memahami dengan sebaiknya
Hah, itulah syarat-syarat dia. Err, aku tak ada sangat dalam senarai tu kot. Tak apa, jodoh pertemuan tu kan di tangan TUHAN. :)
Itu aje yang aku nak sampaikan tentang dia. Nanti kalau ada tambahan lagi, aku akan update balik. Wassalam, bye!
Kaya, kacak dan romantik itu sebenarnya ada pada dia! :)
Bingkisan Buat Kamu
Assalamualaikum.
Aku menulis kembali bingkisan hati ini sekadar untuk mengingatkan serta menyedarkan sesuatu untuk kita renungi di kemudian hari..
Sahabat kusayang,
Hari ini mungkin telah masuk usia setahun perkenalan kita..
Sebelum hubungan kita berlayar semakin jauh meniti usia persahabatan yang kita harapkan, seeloknya aku berterus-terang tentang apa yang mengganggu fikiran kebelakangan ini. Pengalaman lepas telah membuatkan aku berfikir sedalamnya tentang catatan ini. Aku resah andai terus berdiam. Maka, ingin aku luahkan di sini untuk kamu nilaikan.
Insya-ALLAH dengan izin Tuhan, persahabatan ini akan kita layari hingga ke akhir hayat, tetapi kamu pasti tahu bahawa semakin lama kita bersama, kita akan semakin mengenali hati budi masing-masing. Maka di sinilah timbul sekelumit kerisauan di hati aku, seandainya suatu hari kelak atau mungkin sudah di saat ini, kamu mula musykil, sangsi dan ragu atau mungkin juga kamu sudah menyimpan rasa tidak senang dalam hati atas sikap dan hati budiku yang kurang menyenangkan. Ampun dan maaf kupinta. Walau tiada peluang kedua, cukuplah kemaafan dari kamu buat diriku. Sejujurnya ketahuilah, bahawa apa yang paling aku takutkan dalam hidup ini adalah kehilangan kamu, sahabat yang paling aku sayang.
Jauh di sudut hati, tiada niat lain, aku hanya ingin menumpang kasih dan sayang dari dunia maya yang telah aku ciptakan bersama kamu. Dunia yang sejujurnya tidak pernah aku harapkan untuk menyayangi dan disayangi oleh sahabat sebaik kamu, namun sungguh.. dalam rasa tidak menyangka itu, aku akhirnya menemui kamu yang sangat tulus dan jujur dalam menghargai makna sebuah persahabatan.
Andai kata suatu hari nanti, kamu mengambil keputusan untuk meninggalkan aku mungkin gara-gara keterlanjuran sikap dan kejelekan peribadi serta hati budi ini, aku redha kerana itu mungkin pilihan yang tepat buat jalan takdir kita. Tidak akan aku halangi kehendak itu. Aku juga akui, aku bukanlah insan yang baik tetapi aku sedang cuba menjadi insan yang baik walaupun pernah banyak kali aku rebah tersungkur demi mengejar keinginan itu. Maka, aku akan mengerti dan sedayanya menerima jika suatu saat nanti terdetik di hati kamu untuk menjauhkan diri. Jika sampai itu terjadi, aku hanya ingin kamu tahu bahawa kamu akan selalu hidup dalam ingatanku bersama kenangan yang indah-indah. Takkan pernah aku lupakan.
Insya-ALLAH...
Andai kata persahabatan kita berkekalan, pertamanya, terima kasih untuk segala-galanya yang telah kamu curahkan sepanjang perkenalan kita. Terima kasih juga untuk segala-galanya yang akan kamu pertaruhkan demi mempertahankan persahabatan kita di kemudian hari. Tiada apa yang mampu aku berikan, cumalah kasih sayang dan sucinya doa agar kita terus bersama, setia dalam susah dan senang sepanjang bersahabat. Walaupun aku belum mampu menjadi yang terbaik, namun aku akan cuba membahagiakan kamu.
Sekali lagi, andai kata wujud kesilapan dan selayaknya aku dihukum atas kesilapan itu, aku terima kerana diri ini sebetulnya bukan insan yang baik bahkan tidak sempurna sama sekali. Namun, sekiranya aku layak disayangi atas nama persahabatan ini, maka aku akan berusaha menjadi insan paling bahagia untuk membahagiakan kamu yang telah mengisi satu ruang dalam hatiku. Insya-ALLAH..
Kamu yang terbaik di hati aku. Walau jauh tak pernah bersua muka, tapi kehadiran kamu terasa sangat dekat dengan jiwa, terasa sangat serasi dengan hati.
p/s : Lyz... years from now, I hope we are still in each others lives.
Kita akan sedar bahawa dunia ini tidak sekejam yang pernah kita sangka.
Ketika kesepian membatasi hati dan akal,
Tuhan kirimkan teman untuk mengisi bahagian yang hilang.
Aku seperti manusia lainnya,
Pernah melepaskan dan merasa kehilangan.
Terkadang bukan kemahuanku,
namun perjalanan takdir itu pasti lebih indah di kemudian waktu.
Aku percaya...
Kerana hari ini, ketika aku kesepian..
aku menemukan yang lebih membahagiakan.
Ada cerita tentang kita yang ingin aku lakarkan. Biar menjadi lukisan yang mempersonakan pada waktu yang cukup menyenangkan ketika kita mengenang detik itu kembali. Terima kasih wahai kamu, sahabat yang setia bersamaku. Walau jarak kita beribu batu. Jasad kita terpisahkan oleh lautan yang mungkin belum mampu aku redahi, namun aku berbahagia saat ini kerana kita masih berdiri di bawah langit yang sama. Kita masih berpijak pada tanah yang sama. Kamu mahupun aku tetap bernafas dengan udara yang sama. Dan kita juga masih percaya bahawa hati kita tidak pernah jauh.
Cukuplah itu buatku...
Aku mohon...
Jagalah dirimu baik-baik, kerana tiada dayaku bersamamu sepanjang waktu, menghalangi segala yang tidak seharusnya terjadi. Doaku selalu mengiringi kamu yang aku sayang selalu. Semoga kisah kita ini akan berpanjangan sampai waktu menjemputku. Kuharap antara kita akan baik-baik saja meski badai menghempas. Sesungguhnya, kehilangan itu cukup menyakitkan. Dan meskipun aku menyedarinya, aku masih memberikan sepenuh hatiku untuk persahabatan ini kerana aku yakin bahawa antara kita, pasti akan tetap kuat untuk bertahan.
Membilang hari-hari yang seakan menjauh dari hidup ini ternyata sukar. Bukan tidak ingin terus memandang ke depan, cuma aku seakan merasa "kehilangan" pada hari ini saat kenangan silam itu pudar perlahan-lahan. Aku selesa bernafas hari ini, tak bermakna aku sewenang-wenangnya melepaskan masa lalu. Sungguh sedikit sebanyak aku masih lemas dalam permainan waktu.
Aku ke yang berubah?
Sedangkan banyak yang telah kufikirkan tentang kamu. Telah kuhabiskan sisa hidupku yang lalu hanya untuk menyayangi kamu. Cuma kini, aku telah berhenti mencurah rasa kerana kukira sayangku itu tidak lagi menjadi keperluan buat kamu. Ya, memang aku telah jauh berubah saat aku menyedari bahawa aku hanyalah persinggahan dan hakikat itu cukup menyakitkan.
Tak perlu kamu persoalkan kenapa hari ini aku tidak lagi peduli. Jawapan kepada perubahan aku sebenarnya ada pada kamu. Dan telah aku relakan untuk perpisahan ini kerana aku tidak mahu bersedih lagi. Saat kamu pernah berbahagia tanpa menyedari air mataku, aku merasakan bahawa saat itu aku bukanlah yang terbaik kerana ternyata ada orang lain yang jauh lebih membuatkan kamu bahagia. Pergilah.
Meski masih ada tempat untuk kamu di hati ini, tapi maafkan aku, ruang itu cuma untuk perteduhan buat kenangan-kenangan kita yang masih aku sayang. Sampai saat hati aku tidak merasa kehilangan lagi, aku yakin bahawa detik itu telah kuberikan ruang itu untuk orang yang jauh lebih tahu menghargai.
Mungkin tiada kesempatan buat aku mengungkapkan, cuma aku berharap dengan bait-bait lagu ini dapat kuzahirkan pesan hati buat kamu.. mungkin buat terakhir kali, menjadi tatapan kamu suatu saat nanti.. saat aku tiada lagi di sisimu. Jaga dirimu selalu. Sampai bertemu kembali.
Alhamdulillah entri kali ni menjelma di celah-celah kesibukan. Masih mampu menulis lagi. Seronok tak terkata. Mungkin kali ni posting aku agak panjang kerana sudah terlalu lama tidak menulis dan mencurah cerita dari hati. Aku sebenarnya sangat rindu menulis! Maklumlah pekerjaan sekarang hanya menyanyi, menyanyi dan menyanyi di SMULE. Haha. Jika dulu aku menulis untuk melepaskan tekanan, cuma untuk beberapa tempoh yang lalu, aku berhenti menulis dan mula melalak, dari suara tak berapa nak elok, sumbang sana sini hingga suara aku boleh mengumpul seramai 2000 lebih follower di Smule. Kepada follower Smule aku, terima kasih kerana menerima suara aku seadanya. Haha! Nak gelak sebab benda ni macam syok sendiri je. Lantaklah nak fikir apa. Anyway, aku cuma memberikan yang terbaik sepanjang perkhidmatan aku di SMULE. Hahaha! Nyampah lak rasa. 😂😂😂
Okay, nak simpan satu gambar akaun SMULE aku
sebagai kenangan sempena entri ini ditulis. Haha!
Okay, cukup!
Now nak story pasal life. Tiga tahun tak melepak kat sini, banyak benda aku tertinggal. Kenapa aku yang tertinggal? Haha. Yalah, banyak kot peristiwa yang tak sempat aku catat kat sini sepanjang "kehilangan" aku tiga tahun lalu. Sayang seribu kali sayang sebab banyak peristiwa berlaku selama itu. Dipendekkan cerita, aku cuma menjauh dari kekecewaan, meninggalkan insan-insan yang aku sayang cuma kerana aku merasakan bahawa aku tidak diperlukan lagi di sisi mereka. Then, aku pergi untuk mengubat kecewa sendiri.
Tambah-tambah, aku dah mula dengan life baru, jadi wanita bekerjaya dengan tugas utama mendidik anak bangsa, gaji cukup-cukup makan, sibuk mengalahkan menteri, dengan cuti hujung minggu yang tak menentu, bisnes pula tenggelam timbul, ditambah juga dengan kisah cinta yang tak berapa nak kesampaian. Haha. Itu life aku sekarang. Agak terkial-kial but funny! Boleh dikatakan aku sedang merangkak-rangkak lagi mencari hala tuju hidup.
Namun, harus aku akui bahawa aku selesa dengan hidup aku sekarang! Sungguh! Betul! Siapa sangka, kepayahan mengubat kecewa silam telah membawa haluan hidup aku ke satu lembah yang baharu. Daerah yang tak pernah aku jejak tetapi rupa-rupanya wilayah itulah yang telah mengubah hidup aku hampir seratus peratus. That's why aku mulakan entri aku dengan SMULE! Yup, itulah wilayah yang aku katakan.
Aku menapak di SMULE dengan ID pertama (EqaDarnestra), kemudian bertukar ID kedua (BOS_Eqa_SM) sempena menyertai satu group di SMULE, kemudian kembali menggunakan ID pertama (EqaDarnestra) sebelum berubah menjadi ID ketiga (BOS_Darnestra_SM)... haha! Nampak macam dah lama dalam SMULE kan, padahal semua perubahan ID berlaku dalam sekelip mata je. Haha! Pendirian tak tetap masa tu kot. Tambah-tambah otak tengah celaru, fikiran tak menentu, hati tak berapa nak setuju, hidup pun tengah abu-abu. Haha.
Kenapa aku stop pada ID "BOS_Darnestra_SM"?
Yes! Ada sesuatu yang aku teringin nak tulis bermula dari ID itu. Cerita yang tak begitu popular dalam kalangan umum, tetapi cukup popular di hati aku. Haha, poyo! Actually, bermula dengan ID tu, aku kembali join group lama dalam SMULE cuma ketika itu aku bertemu dengan member baru dengan suasana yang baru. Syok! Sebab member semua kepala giler giler. Dan hari demi hari aku selesa di situ hanya kerana satu nama. Tak perlu kot aku nak mention dulu. Maybe pada entri yang akan datang. Cuma yang kalian perlu tahu, pemilik nama (ID) itulah yang sebenarnya telah membawa aku bernafas kembali dalam satu wilayah baharu. Wilayah yang sedang aku duduki kini. Wilayah yang cukup jauh dari kekecewaan pada hidup yang lalu.
Terima kasih untuk "Wilayah" itu.
Aku hargainya.
Pada entri akan datang, takkan kulepaskan kesempatan untuk mengabadikan kamu dalam tulisanku. Kamu yang aku sayang selalu. Gituuu! 😆😆 Cukuplah entri kali ini, intro kisah kita yang agak panjang telah kucoret. Haha. Sebenarnya inilah keseronokan menulis. Lebih-lebih lagi apabila menulis kisah yang ingin kita tulis untuk disimpan sebagai kenangan. Insya-Allah aku akan kembali lagi dengan "Kisah Kita" dalam next entri. Moga berkelapangan untuk menulis lagi. Amin..
Setelah sekian lama, baru tadi aku berkesempatan menyelongkar semula blog lama yang telah aku private kan dari bacaan umum. Blog yang penuh dengan kenangan dan ingatan. Nak buang, aku sayang pulak jadi aku private kan aje untuk menjadi tatapan aku di kemudian hari. Dan buktinya tadi, aku menyelongkar semula blog tu.
Hasilnya, aku terjumpa sesuatu yang amat bermakna dalam hidup aku iaitu sebuah warkah lama yang dihadiahkan oleh seseorang suatu masa lalu. Ingin aku kongsikan di sini kerana sampai ke saat ini, aku tidak pernah mahu untuk melupakannya.
Mungkin ini yang kamu tunggu-tunggu... Penjelasan dari aku yang kian lama telah kamu nantikan... Aku sering dihantui rasa bersalah atas apa yang berlaku di antara kita.. Bukan niatku untuk mengecewakan dan menghampakan harapan kamu...
Salah aku ker jika ada orang yang jatuh hati pada aku? Sungguh aku tidak pernah memaksa untuk kamu menyenangi diriku lantas merindui dan menyayangi diriku.. Bukan niat aku untuk menolak cinta kamu, namun aku tidak merasa diriku cukup sempurna dan baik untuk diri kamu... Aku takut aku tidak dapat memberi yang terbaik untuk kamu... Aku terlalu banyak kekurangan... Siapa yang tidak ingin dicintai dan disayangi malah aku bahagia bila kamu menyayangi aku.. Namun seperti apa yang aku katakan, aku takut aku tidak cukup sempurna untuk diri kamu...
Dan aku takut untuk bercinta... Aku takut bila dikecewakan sebab aku pernah melaluinya suatu ketika dahulu dan kamu pasti tahu bahawa ianya amat menyakitkan...
Mungkin ada terlintas di hatiku untuk menerima cintamu dan memberikan sepenuh kasih sayangku terhadapmu... Aku tidak sesempurna lelaki lain dalam percintaan.. mungkin kamu akan rasa diabaikan jika kamu bersama ku.. kerana aku bukan jenis yang suka bersms dan berdating... Hurm..aku buntu..
Aku juga takut jika kamu bersama ku, kamu akan terlepas peluang untuk bersama dengan seseorang yang lebih baik hanya kerana kamu sudah mengikat janji kasih dan sayang dengan diriku.. aku tidak mahu itu untuk terjadi.. biarlah aku yang sentiasa mengalah kerana aku sentiasa mahukan yang terbaik untuk orang yang tersayang, iaitu kamu... sungguh diriku menyayangi dirimu namun mencintaimu tak bermakna aku harus memiliki dirimu... asalkan kamu bahagia aku cukup bahagia.. namun, hanya satu yang aku minta, jaga dirimu baik-baik, tingkah laku dan sopanmu... insyaAllah jika kamu tak berjumpa lagi dengan seseorang yang dicintai, jika ada jodoh mungkin kita akan bersama.. Aku tidak berjanji namun aku pasti akan memiliki dirimu dan kamu akan memiliki diriku jika aku telah berkemampuan nanti..
Salam…
Tika aku membacanya kembali, sungguh, air mataku tiba-tiba tumpah membelah pipi. Bukan kerana aku bersedih di atas penolakkan cintanya terhadap diriku, namun aku menangis kerana aku cukup terharu di atas pengorbanan cinta yang telah dia berikan.
Meskipun kini aku tidak mengikat janji kasih dan cinta terhadapnya, namun entah kenapa hati ini masih setia menunggu walau tanpa dia sedari. Ya…tanpa dia sedari. Setiap kali dia ada, aku berusaha menutup rasa. Aku berusaha melihatnya sebagai seorang sahabat di kala suka dan duka. Dan aku sering percaya bahawa Allah SWT lebih tahu apa yang terbaik untukku. Jadi mulai saat ini, aku tak ingin terburu-buru!
Dan aku juga tahu bahawa Allah SWT itu sedang menguji. Jadi, bersabarlah wahai hati… Allah SWT itu punya rencana tersendiri.
“Ya Allah, Engkau telah membuka pintu hatiku untuk benar-benar tulus mencintai seseorang. Di mana aku hanya mencintai dan merinduinya di dalam hati. Dan kepercayaan ini aku sandarkan kepadaMu, di mana aku yakin bahawa Engkau akan menganugerahkan aku cinta yang terbaik. Hindari aku untuk bercinta di jalan yang salah. Hindari aku dari perasaan yang bergelora. Kau berkatilah cinta hambaMu ini ya Allah. Sesungguhnya Engkau menciptakan Hawa itu hanya untuk Adam. Begitu juga Engkau menciptakan lelaki untuk perempuan. Sekiranya benar dia yang kutunggu adalah jodoh yang telah Engkau tetapkan untukku, Kau bimbinglah kami untuk menjalani cinta yang luhur dan suci. Kau bantulah kami untuk terus setia dan kekal dalam perasaan ini. Perasaan di mana hanya hati kami yang mengetahui. Ya Allah…kuserahkan segalanya kepadaMu, kerana yang memberi cinta ke dalam hati manusia itu adalah Engkau. Jadi, aku tidak mahu cinta ini melebihi batas cintaku terhadapMu. Tunjukkanlah aku seluas-luas jalan penyelesaian dan mudah-mudahan aku bertemu jodoh yang membimbing aku ke jalanMu. InsyaAllah…”
Tidak sia-sia aku menemukan kembali warkah ini, kerana ia membuatkan aku sedar akan perkara yang lebih bermakna dalam hidup iaitu cinta. Cinta kepada pencipta adalah yang utama sebelum Allah SWT memberikan cinta ke dalam hati kita sebagai hambaNya.
Terima kasih aku ucapkan di atas warkah usang ini, tiada apa yang lebih bermakna selain mendoakan insan yang kita cintai walau hanya di dalam hati. Tak apalah kalau dia tak tahu sekalipun, yang penting itulah sebaik-baik dalam percintaan duniawi. Peace~
Seriously, lama benar aku tinggalkan blog ini terbiar berhabuk macam ni! Sedihnya tengok... 😢 dan aku tak sangka sekarang nak tulis entry dah boleh letak emoji. Haha! Kejakunan melanda.. 😂😂😂 (nampak tak emoji aku guna tu) Haha. Anyway, nak say "Hi" kat pembaca blog aku walaupun aku tahu blog ni tak ada pembaca pun. Lantaklah... lagi suka tak ada pembaca, kang rahsia terbongkar. Mampoih! Haha...😄
Okay! Now sedar tak sedar dah lebih tiga tahun aku tinggalkan blog ni...
Sepanjang tiga tahun itu sebenarnya life aku dalam keadaan tak menentu. Itu sebenarnya yang terjadi. Dan kerana situasi itu juga aku langsung tak menjengah kat blog ni macam kebiasaan aku buat tiga tahun yang lepas. Aku malaslah nak cerita pasal life aku yang tak menentu tu, better aku lupakan sebab now aku dah boleh mengatasi apa jua yang pernah menimpa aku. Haha! Gelak untuk senangkan hati je.
Buat masa sekarang ni, apa yang dapat aku kongsikan kat sini ialah life aku dah pulih. Cuma aku hidup dengan orang-orang baru di sekeliling aku. But still, aku masih sayangkan insan-insan yang pernah hadir dalam hidup aku waktu dulu-dulu. My bestfriend of course! My classmates! My Lil Sis! My Mr. Chipsmore! Haha. Aku masih sayangkan semua...
Apa yang aku tinggalkan dalam life aku yang dulu ialah suasananya. Hmm.. maksud aku ialah impian aku! Semua tu aku dah tinggalkan. Sedih memang sedih! Tapi, aku kena mula dari bawah balik. Kalau dulu orang kenal aku sebagai "Darnestra" yang aktif berseni, berteater, buat projek shooting itu ini, aktif menulis skrip, menulis novel, cerpen, cipta lagu and so on, tapi sekarang nama "Darnestra" sudah tenggelam, terkubur dalam fikiran setiap orang.
So, aku sedang membilang hari untuk bangkit semula selepas kejatuhan aku dalam tempoh tiga tahun itu. Aku akan stay dengan life sekarang sebab aku rasa aku dah selesa dengan orang-orang baru. Cukup selesa dengan "bestfriend" yang aku ada sekarang. Alhamdulillah... Thank you, ALLAH!
Saat menulis entri ni, aku sedang melayan lagu Dahsyat nyanyian Mojo. Liriknya mampu membuatkan aku menangis. Yup, dah tajuknya pun nama DAHSYAT. Perasaannya pun terasa dahsyat...!
Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu
Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Kita dua hati
Selamanya takkan terpisah
Kau dan aku
Punya cinta
Paling terindah di dunia
Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlukanmu
Kau cinta selama-lamanya...
Tak ada yang menyedihkan, tapi sebenarnya aku terharu dengan lirik ni. Kalau boleh lagu ni aku nak tujukan kepada semua insan yang aku sayang. Fahamilah dan selamilah. Perasaan aku terletak di dalamnya.
Dah lama aku tak kemas-kemas blog ni. Hari ni baru ada masa nak menjenguk, itupun lepas seorang member tanya kat aku pasal blog nih. Catatan entri hari ni adalah berkaitan dengan aktiviti aku sepanjang tahun. Okey! Masih tak terlambat kut nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014!! Yeah!! Pejam celik pejam celik dah berlabuh rupanya tirai 2013. Banyak peristiwa dan pengalaman yang berlaku dalam hidup aku. Meh, aku story sikit kat sini.
Perkara paling aku tak boleh lupa :
Tahun 2013
Aku telah kehilangan nenda tercinta, beberapa minggu sebelum raya haji. Dan yang paling menyedihkan aku tak boleh datang jenguk arwah lepas kemalangan hari tu disebabkan masalah kewangan yang tak dapat dibendung. Puas aku kenang, menangis, bersedih... sebab arwah orang yang paling rapat dengan aku dan adik-adik. Sekarang dah tak ada, terasa benar kehilangannya.
Dalam luka, pasti ada bahagianya. Tahun 2013 juga memberikan aku pengalaman yang cukup indah apabila aku buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke luar negara. Aku dan kawan-kawan buat trip ke Indonesia. Bajet pun beriban-riban jugak keluar. Hei... demi kawan, sanggup keluar bajet besar. Tak apalah! At least, ada jugak masa-masa bahagia untuk dikenang.
Seterusnya, aku dapat result gempak! Meningkat dari sem-sem lepas. Alhamdulillah...
Okey! Cukuplah kut aku story pasal 3 perkara aje untuk Tahun 2013. Sekarang nak story pulak pasal 2014.
Aktiviti sepanjang tahun :
Tahun 2014
Semestinya kuliah! Final year student, okay! Hehe.
Tulis skrip. Sekarang dah ada permintaan and may be aku akan tulis skrip untuk telemovie bergenre ketuhanan dan keagamaan. Insya-Allah proposal akan diterima. Doakan!
Jadi director. Sekarang pun aku tengah buat penggambaran bersama pelakon-pelakon aku untuk short film terbitan ED Production. Nanti aku akan uar-uarkan sebarang berita berkenaan short film ni.
Aktiviti-aktiviti kampus pun semakin banyak berlangsung. Contohnya yang paling dekat ialah Majlis Perpisahan bersama Mentor kami. Lepas tu, kena urus pasal Bengkel Terapi bersama rakan-rakan satu batch. Then, kami kena urus Majlis Perhimpunan Bulanan pulak sebelum menghadapi Praktikum Fasa akhir di sekolah-sekolah. Banyak kerja, tetapi aku boleh pulak buat selamba... Well, life kena enjoy, kan??
Aku juga sibuk dengan manuskrip novel yang kedua. Insya-Allah akan mula menulis lagi pada bila-bila masa. Cuma sekarang aku sibuk merangka jalan cerita. Dan doakan jugak untuk first manuscript aku yang sedang dalam proses penilaian oleh pihak penerbit.
Then, aku sedang membuat perancangan untuk menghasilkan sebuah naskhah skrip untuk lakonan pentas (teater). Tapi, ini perancangan aje. Entah jadi ke tidak itu belakang cerita. Apa yang aku tahu, aku sedang menyusun jalan ceritanya.
Okey! Itu aje setakat ni. Malas nak cerita banyak. Lepas ni, nak keluar kejap untuk tenangkan diri. Dah jadi hobi sekarang kut. Kalau tak keluar dengan kawan-kawan, aku jalan sorang-sorang... Gotta go! Daaa.....
Kata orang hidup ni tak akan indah bila tak berteman. Jadi, rajin-rajinlah berteman dan melawat ke blog kengkawan seperjuangan. Hehe.
Blog-blog or sites kat atas ni memang site yang sering menjadi kunjungan aku kalau ada masa terluanglah. Kalau tak suka aku letak link blog korang kat sini boleh beritahu awal-awal okay?
Terima kasih!
XoXo
Miss Novelist!
Important Things In My Life
Kadang-kadang dalam hidup ini terlalu banyak perkara yang kita lalui dan ia akan menjadi satu wilayah yang penuh dengan kenangan apabila kita berhasrat untuk menyimpannya dalam ingatan. Semoga apa yang aku abadikan di sini akan kekal untuk selamanya.